Salam... saya dah cuba buat carian di laman web pihak tuan tapi tak jumpa cara ejaan yg tepat... utk perkataan berikut sama ada dieja rapat atau jarak: 1.dikemas kini /dikemaskini? 2.mengemas kini / mengemaskini? 3.pengemaskinian? ( wujud ke ayat tu). Terima kasih | Ejaan yang betul ialah dikemas kini, mengemas kini dan pengemaskinian. Perkataan kemas kini apabila menerima imbuhan pada awal atau akhir perkataan sahaja, ejaannya dua perkataan dan apabila menerima imbuhan pada awal dan akhirnya seperti pe-...-an dalam pengemaskinian baharulah dieja satu perkataan. | Ejaan | 22.11.2012 |
TERJEMAHAN Bidang: Teknologi Maklumat Perkataan Inggeris: Update Terjemahan asas: kemas kini S1: Jika padanan kata kerja untuk "to update" ialah "mengemaskinikan", "dikemaskinikan", atau "dikemas kini", apakah padanan kata nama dalam B Melayu? S2: Saya pernah terjumpa kata "pengemaskinian". Harap jelaskan adakah ia KK atau KN? TK | Pengemaskinian ialah Kata Nama kerana perkataan tersebut menerangkan perihal atau proses mengemas kini sesuatu. | Tatabahasa | 02.02.2012 |
Selamat malam, saya ingin membaca penerangan yang tuan beri kepada individu lain.Bagaimanakah caranya saya boleh membaca soalan individu dan jawapan tuan? terima kasih. | Untuk sementara waktu medan Arkib Soalan ditutup untuk paparan awam bagi tujuan pengemaskinian. Medan ini akan dibuka semula setelah selesai dikemas kini agar tidak timbul sebarang kekeliruan kepada pengguna. | Lain-lain | 03.08.2011 |
tuan/puan bagi perkataan kuat kuasa dan guna pakai jika ditambah imbuhan awalan , apitan ejaan bagi perkataan tersebut adakah terpisah atau tidak? contoh: dikuatkuasakan berkuatkuasa, diguna pakai, menggunapakai. terima kasih. | Pada asalnya kata majmuk dieja dua perkataan seperti kuat kuasa dan kemas kini. Apabila menerima awalan atau akhiran kata majmuk masih deja dua perkataan seperti berkuat kuasa dan dikemas kini. Namun apabila kata majmuk menerima apitan sama ada apitan ke-...-an atau pe-...-an barulah dieja satu perkataan seperti dikuatkuasakan dan pengemaskinian. | Ejaan | 06.06.2012 |
SEJAK BELAKANGAN INI, BANYAK KATA PINJAMAN DARIPADA B.INGGERIS DI'MELAYU'KAN. SAYA ADA MENYEMAK KAMUS DEWAN EDISI KE-4, KATA PINJAMAN ITU DITERIMA PAKAI MASUK DALAM DAFTAR ISTILAH. SEBAGAI CONTOH: CELEBRITY MENJADI SELEBRITI, CONCLUSION MENJADI KONKLUSI, PADAHAL KITA BOLEH TERJEMAHKAN KEPADA BAHASA MELAYU (ORANG YANG TERKENAL DAN KESIMPULAN). SAYA SEDIA MAKLUM B.MELAYU MEMPUNYAI SIFAT MUNDAH LENTUR DAN MUDAH MENERIMA PELBAGAI BAHASA TETAPI KENAPA KITA TIDAK MENGAMBIL LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU ITU SENDIRI?? | Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan sebuah kamus umum bahasa Melayu. Pengumpulan kata baru dan penghuraian makna bagi kata baru serta pengemaskinian makna pada kata yang sedia ada dibuat berdasarkan kajian korpus dan juga berdasarkan maklumat daripada kamus lain yang disusun dan yang diterbitkan oleh DBP sendiri, dan juga kamus terbitan penerbit lain. Kata-kata tertentu yang merupakan kata pinjaman diterima pakai sebagai istilah dalam bidang-bidang khusus dan sebagai Kata pinjaman digunakan dalam konteks khusus dan teknikal. | Lain-lain | 27.04.2008 |
salam. Diharapkan pihak tuan dapat mengemaskinikan arkib soalan dengan menyemak semula jawapan yang mengelirukan pengguna.Contohnya jawapan berkaitan hukum DM.Ada jawapan yang menyenaraikan penghawa dingin betul dan pendingin hawa jawapan yang betul.Begitu juga dengan kata majmuk dan kata ganda. Contohnya ada jawapan yang menyenaraikan sampah sarap dan sopan santun sebagai majmuk dan ada yang mengatakan sebagai kata ganda serta perlu ada tanda (-).Harap pihak tuan mengambil tindakan yang sewajarnya dengan menggugurkan jawapan yang salah daripada senarai arkib soalan.Pengguna yang keliru. | Encik Ahmad Alhadi Bakar, Terima kasih atas teguran yang diberikan. Untuk makluman tuan, pihak kami sedang menguruskan pengemaskinian arkib soalan yang dimaksudkan. | Lain-lain | 30.03.2010 |
Apakah panduan yang boleh kita ikut bagi memastikan sesuatu perkataan itu ditulis secara jarak atau rapat. Misalnya dikenalpasti atau dikenal pasti, berkuatkuasa atau berkuat kuasa, kemas kini atau kemaskini dan sebagainya. Terima kasih. | Pada asalnya kata majmuk dieja dua perkataan seperti kuat kuasa dan kemas kini. Apabila menerima awalan atau akhiran kata majmuk masih deja dua perkataan seperti berkuat kuasa dan dikemas kini. Namun apabila kata majmuk menerima apitan sama ada apitan ke-...-an atau pe-...-an barulah dieja satu perkataan seperti dikuatkuasakan dan pengemaskinian. | | Ejaan | 08.11.2013 |