Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngem.ba.ra] | ڤڠمبارا

Definisi : orang yg mengembara: David Livingstone ialah seorang ~ yg terkenal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngem.ba.ra] | ڤڠمبارا

Definisi : orang yg mengembara; penjelajah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembara
Kata Terbitan : mengembara, mengembarai, pengembaraan, pengembara,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Saya hendak kepastian berkaitan terjemahan untuk istilah 'backpaker'. Adakah terjemahan pengembara beg galas adalah terjemahan paling sepadan untuk istilah ini? Saya telah membuat carian umum di dalam PRPM tetapi tidak mendapati sebarang padanan. Sebaliknya hanya menjumpai terjemahan bagi 'backpack' iaitu beg galas. Mohon maklum balas daripada pihak DBP. Terima kasih.Terdapat dua istilah yang berbeza berkaitan "backpacker" mengikut kesesuaian teks iaitu:

1)  Pengembara beg galas:  Pengembara yang pergi ke sesebuah tempat dengan hanya membawa sebuah beg yang berisi segala keperluan.
2) Pelancong beg galas:  Pelancong jenis kelas ekonomi yang hanya menggunakan kemudahan asas yang tidak melibatkan kos yang tinggi.
Istilah27.07.2018
Selamat petang. Mohon pencerahan. 1. Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat. Kata terkenal dalam ayat 1 ialah kata kerja atau kata adjektif? 2.Pelumba yang memenangi perlumbaan itu sangat terkenal. Kata terkenal dalam ayat 2 ialah kata kerja atau kata adjektif? Terima kasih.1. Bangsa Arab terkenal dalam sejarah sebagai pengembara yang hebat. Terkenal - kata kerja tak transitif
2. Pelumba yang memenangi perlumbaan itu sangat terkenal. Terkenal - kata adjektif 
Tatabahasa25.07.2021
Penggunaan istilah manakah yang betul -- pasukan kembara atau pasukan pengembara?

Encik Ong,

Kalau dalam bentuk istilah yang betul ialah pasukan kembara.

Tatabahasa12.08.2010
Apakah terjemahan untuk "free and easy traveller"?Cadangan kami ialah Pengembara Bebas dan MudahPenyemakan dan penterjemahan22.09.2015
di hutan atau di dalam hutan? ataupun kedua-dua diterima?Kedua-dua frasa di hutan dan di dalam hutan betul dan boleh digunakan Contohnya "Pengembara itu sesat di dalam hutan" dan "Pokok balak banyak terdapat di hutan simpan.Tatabahasa25.10.2017
apakah kegunaan di dalam dan dalamPenggunaan kata sendi nama di dalam - digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama  yang menunjukkan tempat. Contohnya: Pengembara itu sesat di dalam hutan. Manakala kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. contohnya: Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita. (Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga hlm. 266 dan 284.Tatabahasa17.05.2018
apakah perbezaan penggunaan 'di dalam' dan 'dalam'?

Kata sendi nama "di dalam" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, contohnya "Pengembara itu sesat di dalam hutan".  Kata sendi nama "dalam" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak, contohnya  "Persoalan itu bermain-main dalam fikirannya".

Tatabahasa16.12.2009
Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya ingin tanya mengapakah perkataan yang berimbuhan ber...kan adalah kata kerja tak transitif yang tidak boleh dipasifkan. Terima kasih. :)

Dalam buku Tatabahasa Dewan diterangkan bahawa  ayat dengan kata kerja tak transitif berimbuhan ber-…-kan yang diikuti oleh pelengkap tidak boleh dipasifkan. Contoh ayat: Pengembara itu berselimutkan embun. Ayat ini tidak boleh dipasifkan seperti yang berikut: Embun diselimutkan oleh pengembara itu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga Halaman 144 – 147).

Tatabahasa20.08.2021
Salam sejahtera, di dalam dunia atau dalam dunia? Bagaimana ingin membezakan "di dalam" dan "dalam"? "Hal ini demikian kerana" atau "hal ini kerana"? Mohon pencerahannya.Penggunaan kata sendi nama di dalam - digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama  yang menunjukkan tempat. Contohnya: Pengembara itu sesat di dalam hutan. Manakala kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. contohnya: Kita harus fasih bertutur dalam bahasa kebangsaan kita. (Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 266 dan 284.Lain-lain20.12.2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagaimanakah unruk membezakan penggunaan "dalam" dan "di dalam"? Adakah buku yang sesuai untuk dijadikan rujukan. Terima kasih.

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya dalam ayat: Pengembara itu sesat di dalam hutan.

Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti
di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan.

Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti
dalam fikiran, dalam bidang Sains dan dalam kehidupan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk
Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 470 hingga 471, buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 265 hingga 266 dan laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa12.12.2024
12

Kembali ke atas