'Seorang budak lelaki bernama Ton memulakan pengembaraan ajaib setelah suatu / sesuatu bencana berlaku.' Dalam ayat di atas, 'suatu' atau 'sesuatu' lebih sesuai digunakan? Apakah perbezaan antara 'suatu' dengan 'sesuatu'? Terima kasih. | Suatu ialah hanya satu, satu: tidak ~ pun; tiap-tiap ~; ~ hari; 2. sl tiap-tiap satu: pd ~ bagai empat puluh helai, pd sehelai empat puluh perkara bunganya; 3. sl pertama-tama, yg pertama: ~ kerajaan dlm dunia, kedua kerajaan kpd keinderaan, ketiga tempat kerajaan dlm bumi; Sesuatu pula ialah perkara (hal, barang, dll) yang kurang atau belum tentu: kepalanya tunduk ke bumi seperti orang mencari ~ yang hilang; segala ~ segala apa, apa-apa; Seorang budak lelaki bernama Ton memulakan pengembaraan ajaib setelah sesuatu bencana berlaku. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
1.apakah maksud bagi perkataan dramatik? 2.apakah makna dekorasi? 3.apakah makna aromatik? 4.apakah yang dimaksudkan dengan pengembaraan? 5.apakah ekpedisi? | Makna dramatik ialah 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menimbulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb): dia menceritakan kisah ~ yg menimpa dirinya. Dekorasi pula ialah 1. hiasan, gambar hiasan; 2. bintang kehormatan yg dianugerahkan kerana bakti (jasa. Aromatik bkn sebatian organik yg berkaitan dgn benzena. Pengembaraan ialah 1. perihal (perbuatan) mengembara: cerita yg mengisahkan ~ seorang putera raja; 2. tempat mengembara, tempat yg dijelajahi. Ekspedisi ialah penghantaran atau pengiriman tentera utk sesuatu tindakan dll; 2. perjalanan atau pemergian ke sesuatu tempat utk menyiasat (mencari, menemui, dll). | Makna | 07.02.2010 |
Boleh saya tahu berapakah bilangan maksimum suku kata dalam perkataan? Contohnya, 'pengembaraan' ada 5 suku kata. Adakah perkataan dalam BM mempunyai lebih daripada 5 suku kata? Jika ya, apakah bilangan maksimum jumlah suku kata? | Untuk makluman, bilangan suku kata bergantung kepada perkataan itu sendiri. Tidak ada had maksimum, mahupun minimum. Contoh suku kata yang lebih daripada 5 ialah telekomunikasi (7 suku kata). | Tatabahasa | 19.12.2015 |
Definisi Sastera Panji | Sastera Panji adalah karya-karya berbentuk hikayat yang secara umum berkisar di sekitar pengembaraan dan percintaan watak utamanya. Antara contoh karya Sastera Panji ialah Hikayat Chekil Waneng Pati, Hikayat Misa Perabu Jaya, Hikayat Panji Semirang, Cerita Damar Wulan dan lanin-lain. | Lain-lain | 22.11.2007 |
Adakah pihak DBP menerbitkan buku kanak-kanak dan remaja dalam Bahasa Inggeris? Saya telah siap menulis sebuah novel kanak-kanak bertajuk "The Machindra Gang", iaitu kesah pengembaraan tiga sahabat baik (Mahir, Chin Han & Chandra) dengan guru mereka yang dengan tidak sengaja telah kembalik ke zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bersama-sama ini saya serta sinopsis novel tersebut. Jika DBP berminat menerbitkan novel ini, saya akan hantar manuskripnya dalam bentuk cakera padat. Terima kasih. Wassalam. | Dewan Bahasa dan Pustaka lebih mengutamakan penerbitan karya dalam bahasa Melayu, tetapi ada juga menerbitkan karya bahasa asing, seperti Inggeris, Cina dan lain-lain. Sekiranya saudara berminat untuk menghantar karya ke Dewan Bahasa dan Pustaka, bolehlah alamatkan kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. Saudara juga boleh menghantarnya dalam bentuk digital dan mengalamatkan kepada Puan Zalila Sharif, Ketua PURNAMA di alamat emel zalila@dbp.gov.my | Lain-lain | 14.05.2010 |
saya ingin tanya tentang pelipur lara.jenis,bentuk,peranan dan lain-lain yang berkenaan dengan pelipur lara.harap anda dapat membantu.terima kasih | Pelipur lara ialah orang yang pandai bercerita dengan panjang lebar dan pandai menyampaikan cerita sehingga boleh menarik perhatian pendengar( khalayak). Secara umum, orang yang menyampaikan sesuatu cerita (pada waktu dahulu) dikenali sebagai penglipur lara, namun terdapat nama lain atau panggilan lagi kepada pencerita berdasarkan daerah atau negeri. Contohnya di Perlis dan Langkawi di panggil Awang Batil atau Awang Belanga. Di Kedah pula dipanggil Tuk Jubang, sedangkan di Kelantan digelar Tuk Selampit dan di Pahang di panggil Pencerita sahaja. Jenis-jenis cerita penglipur lara yang selalu dituturkan ialah Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Terung Pipit dan beberapa lagi hikayat yang sangat popular dalam kalangan masyarakat dahulu. Bentuk cerita penglipur lara mudah dan lurus. pada umumnya bentuk ceritanya terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kelahiran wira, pengembaraan wira dan kejayaan wira dalam pengembaraan dan pulang ke negeri asalnya. | Lain-lain | 23.04.2008 |
salam, saya ingin bertanya.apakah dimaksudkan sastera panji?,apakah ciri-ciri sastera panji? dan apakah funsi sesebuah sastera panji? kedua apakah buku yang sesuai untuk saya membuat rujukan bagi menkaji sastera panji. terima kasih | Panji adalah kata dalam bahasa Jawa Kuno yang digunakan sebagai gelaran bagi golongan bangsawan. Kemudian kata ini diberikan kepada anak raja yang menjadi watak utama dalam cerita-cerita panji. Ciri-ciri umum cerita panji ialah 1. plot yang yang sama dalam setiap cerita panji. 2. Tema pengembaraan panji untuk mencari kekasihnya 3. Unsur penyamaran dan lain-lain. Antara cerita panji yang terkenal ialah Hikayat Panji Semirang, Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma, Hikayat Chekil Waneng Pati, Hikayat Misa Perabu Jaya, Cerita Damar Wulan dan lain-lain. Untuk merujuk lebih maklumat tentang Sastera Panji, saudara boleh dapatkan buku Kesusasteraan Melayu Tradisional yang diterbitkan oleh DBP. Sekian, terima kasih. Bahasa Jiwa Bangsa. | Lain-lain | 12.08.2009 |
assalamualaikum..saya ingin bertanya mengenai biografi penulis novel 'Mencari Teduh di Kuala' iaitu Siti Aminah Hj Yusof dan penulis novel 'Kirana' iaitu Sarimah Bardon. | Mencari Teduh di Kuala Siti Aminah Haji Yusof (03 55193732)NO. 10, JALAN RODAT 11/2 H,40100 SHAH ALAM, Selangor
Beliau dilahirkan di Temerloh, Pahang pada 25 September 1945. Beliau banyak menumpukan perhatian kepada penulisan karya remaja. Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA dalam beberapa siri peraduan. Menerima hadiah penghargaan (cerpen) pada tahun 1981 dan pada tahun berikutnya, menerima hadiah penghargaan bagi novel Biarlah Ia Berlalu. Manakala novel Aku Anak Timur memenangi tempat pertama dalam Peraduan Menulis Novel Pengembaraan ESSO-Gapena 1984. Novel lain yang diterbitkan oleh DBP ialah Masih Sayang, Di Hujung Perjalanan dan Jalur Senja. Beliau pernah bertugas sebagai pendidik dan kini, telah bersara selepas tugas terakhirnya di Maktab Perguruan Teknik Cheras, Kuala Lumpur. Kirana Sarimah Bardon (03 61859952)Lot 8620, Kg. Nakhoda Kanan,68100 Batu Caves,Selangor Beliau lahir pada 20 Mei 1963 di Selangor. Beliau mempunyai kelulusan Sarjana Muda Pendidikan dari UPM. Beliau mula mengikuti kursus penulisan KEPEZI pada tahun 1996. Novel Kirana merupakan hasil daripada bimbingan Zaharah Nawawi. Kini, beliau merupakan seorang pendidik. | Lain-lain | 02.06.2008 |