Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengertiannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan pengesahan untuk terjemahan beberapa perkataan/frasa: 1) persada - dalam konteks "persada seni", adakah pengertiannya lebih kepada industri seni secara amnya atau wadah yang digunakan dalam industri seni? 2) truthful knowledge - ilmu sahih, adakah terjemahan ini tepat, atau pun padanan dalam bahasa Inggeris lebih tepat "valid knowledge"? 3) spiritual struggle - jihad kerohanian, bolehkah istilah ini digunakan dalam konteks keagamaan?Berikut merupakan jawapan untuk soalan-soalan yang dinyatakan:

1. Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, "persada" bermaksud bidang yang diceburi. Oleh itu, persada seni bermakna bidang seni.

2. Padanan bahasa Melayu untuk "truthful knowledge" ialah ilmu sebenar.

3. Padanan bahasa Melayu untuk "spiritual struggle" ialah perjuangan kerohanian. Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
Lain-lain03.06.2022
Salam sejahtera, Apakah terjemahan bagi "prioritize"? Tiada maklumat ini didapati di DBP. Mohon bantuan DBP untuk terjemahan dan pengertiannya. Terima kasih.Salam, tuan priority membawa makna keutamaan, prioritize pula membawa makna perlakuan mengutamakan.Penyemakan dan penterjemahan09.02.2015
Saya dapati Kementerian Pelajaran Singapura menyediakan daftar PERIBAHASA. Satu daripada Peribahasa (Simpulan Bahasa) itu ialah : Berani mati dan pengertiannya ialah orang yang bertekad. Apabila saya cuba mengajar murid-murid saya dengan pengertian "orang yang nekad atau orang yang tidak endahkan keselamatan dirinya, mereka kata itu tidak tepat. Harap pihak tuan dapat beri penjelasannya. Terima kasih.

Kamus Dewan menakrifkan berani mati sebagai tidak takut mati. Perkataan tekad pula bermaksud berazam atau berniat dalam konteks ini orang yang berazam dan berniat untuk mati. Jika diteliti maksud frasa "tidak takut mati" dan "berazam untuk mati", kedua-duanya membawa maksud yang berbeza. Oleh itu, ada baiknya saudara berbincang dengan panel penulis daftar peribahasa tersebut bagi mengungkapkan maksud sebenar ungkapan tersebut. 

Tatabahasa03.07.2011
saya Wan Asnah Wan Mahmud,belajar di universiti Fatoni, ingin bertanya DBP perkataan "zalim" berasal dari bahasa apa?dan apakah pengertiannya?Perkataan "zalim" mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah tidak berperikemanusiaan, tidak adil,bengis dan kejam. Asal daripada perkataan Arab iaitu "lalim".Tatabahasa22.09.2014
saya rohimah toanongo sedang belajar di universiti fatoni kelas dasar,saya ingin bertanya tentang perkataan 'Guru' berasal dari bahasa apa dan apakah pengertiannya dan terimakasihMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat guru membawa maksud : orang yg kerjanya mengajar; pengajar; pendidik. ~ besar guru yg mengetuai sesebuah sekolah; pengetua sekolah: ~ mengaji orang yg mengajar seseorang membaca al-Quran. ~ pelatih pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; guru yg masih berlatih. ~ pelawat guru atau pegawai pelajaran yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah. ~ penolong guru yg membantu guru besar. berguru 1 belajar kpd; (pergi) menuntut ilmu kpd: Banyak orang yg ~ kpd Haji Hussain. 2 berbuat atau berlaku spt guru: Dia sebenarnya bukan guru tetapi pandai ~. perguruan 1 segala macam tempat menuntut ilmu; tempat belajar. 2 segala yg bersangkutan dgn guru: Maktab ~ Sultan Idris, Tanjung Malim telah didirikan dlm tahun 1920.Makna22.09.2014
Saya Aesah Yapha sedang belajar di universiti fatoni kelas dasar,saya ingin bertanya tentang perkataan 'HIKMAH' berasal dari bahasa apa dan apakah pengertiannya dan terima kasih atas jawapannya.Kata ‘hikmah’ ialah kata pinjaman daripada kata Arab. Sila layari prpm.dbp.gov.my/" target="_blank">http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari" untuk mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainyaMakna22.09.2014
tiada carian makna bagi perkataan 'allegorical', boleh tuan/puan menerbitkan makna perkataan tersebutUntuk makluman, tidak terdapat huraian untuk istilah "allegorical" dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, terdapat huraian untuk istilah "allegory" dalam bidang Kesusasteraan seperti yang berikut:

1. Bentuk metafora yang diluaskan pengertiannya di mana objek, manusia dan gerak laku dalam sesebuah kisah, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi disamakan dengan pengertian lain yang terletak di luar kisah isu sendiri.

2. Bentuk naratif yang memperkatakan sesuatu subjek menggunakan subjek lain yang mempunyai padanan atau kesamaan dengan subjek yang pertama. Contohnya, sebuah cerita mempunyai maksud lain yang tersembunyi di sebalik maksud harfiahnya. Cerita biasanya boleh berdiri secara utuh dengan maksudnya yang tersendiri. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang memahami alegori, cerita tersebut mempunyai maksud lain di sebalik maksud yang tersurat. Maksud tersirat pula menyerlah apabila padanan persis antara cerita yang tersurat dengan maksud yang tersirat dapat ditemukan secara satu persatu.
Istilah31.08.2016

Kembali ke atas