Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nge.sah] | ڤڠصح

Definisi : sesuatu (orang dsb) yg mengesah-kan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengesah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kepada Pihak Berkenaan, Saya ingin tahu bagaimana cara untuk mendapatkan pengesah dari DBP untuk visual Paparan Iklan projek. Adakah saya boleh mendapat pengesahan melalui online?
Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Jika tuan telah mendaftar, masuk semula menggunakan kod pengaktifan yang diberi, dan jika ini merupakan permohonan pertama maka maka klik permohonan baru. Perlu diingat medan yang bertanda * perlu dilengkapkan.
Lain-lain27.04.2017
Fail bagi permohonon lesen syarikat saya ke MBSA telah ditolak kerana pada SIJIL PENGESAHAN BAHASA dibahagian ilustrasi/gambar tidak terdapat gambar yang telah saya upload ketika membuat permohonan pada DBP. Diharap pihak DBP dapat membantu saya dalam mencetak gambar pada SIJIL PENGESAH BAHASA ini. terima kasih.Sila hantar semula permohonan dan lampirkan visual selepas "Teks dalam permohonan". Dalam Butiran Permohonan, terdapat  "Teks dalam permohonan" kemudian  terdapat perkataan "Lampiran" (Lampirkan visual di sini )Lain-lain05.10.2015
Assalamualaikum tuan/puan, mohon pemcerahan berhubung penggunaan simbol dalam fail yang telah saya sertakan. Sekian, terima kasih.

Penggunaan yang betul ialah:

  1. “Maklumat anda telah didaftarkan.”
  2. “Maaf, maklumat tidak lengkap.”
  3. “Sila isi semula maklumat anda. ”
  4. Kata Ali, “Saya akan turut serta.”
  5. pengesah/peraku1 (tiada ruang sebelum dan selepas tanda garis miring (/).
Tatabahasa05.01.2017

Kembali ke atas