Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengesyoran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
I.Pemulaun II.Pengesyoran III.Pengangkutan IV.Pembungkusan. Soalan : Yang manakah kata dasarnya terdiri drp KN?? bagaimana nak kenal pasti?? TQVM DBP2. Pengesyoran, 3. Pengangkutan dan 4. Pembungkusan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tesaurus Bahasa Melayu Dewan.Tatabahasa29.05.2011
Saya ingin tahu maksud "recommendation system" yang tepat utk penulisan ilmiah dalam bidang IT. Sebelum ini saya telah gunakan carian kata namun hanya ada syor dan cadang bagi perkataan 'recommend'. Adakah boleh saya gunakan SISTEM PENGESYORAN ATAU SISTEM REKOMENDASI. Namun, tiada perkataan 'pengesyoran' mahupun 'rekomendasi' dalam carian kata prpm.Padanan yang sesuai ialah sistem pengesyoran Lain-lain11.09.2019
Adakah perkataan di bawah merupakan kata dasar yang terdiri daripada Kata Nama 1- Pemulauan 2- Pengesyoran 3- Pengangkutan 4- Pembungkusan Boleh jelaskan TQVMKata dasar ialah kata kata akar atau kata terbitan yang dapat diberi imbuhan. jawapan kepada soalan saudara ialah: 2. Pengesyoran (syor sama makna dengan cadangan - kata nama), 3. Pengangkutan (angkutan - kata nama) dan 4. Pembungkusan (bungkus - kata nama). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tesaurus Bahasa Melayu DewanTatabahasa27.05.2011
Salam, Apakah kata lain yang boleh digunakan untuk kata 'pencadang' yang merujuk kepada sistem/alatan/mekamisme? Terdapat istilah 'pengesyoran' dalam pangkalan data DBP, bagaimana pula dengan kata 'pengesyor'? Adakah terdapat kata terbitan lain dengan maksud yang sama daripada kata akar syor, saran, dll? Terima kasih.Soalan puan tidak jelas. Dalam data kami, pencadang bermaksud orang yang mencadangkan: pengusul, pencadang, penyaran dan pencalon.Tatabahasa17.01.2018
Assalamualaikum, saya ingin mengemukakan satu persoalan, yang manakah kata dasarnya terdiri daripada kata nama? Mengapa? I : Pemulauan II : Pengesyoran III: Pengangkutan IV : Pembungkusan

Jika yang dimaksudkan ialah kata dasar ada dua perkataan iaitu pengangkutan - kata dasarnya angkutan dan pembungkusan - kata dasarnya bungkus. Jika merujuk kata akar hanya satu sahaja iaitu pembungkusan - bungkus. Sila rujuk pihak yang menyediakan/menerbitkan soalan tersebut untuk maklumat lanjut.

Tatabahasa26.05.2011
Penggunaan italic bagi perkataan Inggeris: 1. Perkataan inggeris yang menerangkan maksud perkataan melayu. Cth: ...bagi tujuan membiasakan (familiarization) 2. Perkataan inggeris dalam kurungan tapi bukan menerangkan maksud perkataan melayu yang digunakan. Cth: Penetapan matriks/peranan Ketua Jabatan bagi pengesyoran dan kelulusan (User Registration Form - Part 3: Acknowledgement) Adakah kedua-dua perkataan Inggeris dalam kurungan tidak perlu italic or perlu italic?
Merujuk buku Gaya Dewan halaman 83, terdapat beberapa keadaan yang membolehkan penggunaan italik. Antaranya, judul karya seni dan penerbitan, nama sains, karya undang-undang atau ayat dalam bahasa asing, singkatan judul katalog karya yang diterbitkan, kenyataan sambungan bahan penulisan, nama khas objek khusus dan arahan pentas atau drama. Penggunaan italik hanya digunakan apabila perkataan tersebut tiada terjemahkan dalam bahasa Melayu.

Penggunaan bahasa asing yang mesti diitalikkan ialah jika dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dan bahasa lain. Dalam keadaan tertentu juga jika ada bahasa Melayunya maka hendaklah kita menggunakan bahasa Melayunya dan jangan pula diitalikkan perkataan bahasa asingnya tanpa terlebih dahulu berusaha mencari padanannya dalam bahasa Melayu.
Penyemakan dan penterjemahan02.08.2021
penggunaan apitan kata nama:penge-...an, per-..-an dan apitan me-..-kanApitan peng-...-an menjadi penge-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang berekasuku kata, iaitu kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja, contohnya syor menjadi pengesyoran dan bom menjadi pengeboman. Apitan peR-...-an mempunyai satu bentuk sahaja, iaitu per-...-an apabila bergabung dengan semua kata dasar yang bergabung itu berawalkan huruf r. Dua huruf r yang bergabung itu akan menjadi satu r melalui proses peleburan, contohnya satu menjadi persatuan. Apitan me-...-kan tergolong dalam apitan kata kerja, contohnya main menjadi memainkan dan sebagainya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 70, 124-129 untuk memahaminya dengan lebih lanjut.Tatabahasa10.06.2009
DBKL dalam penyediaan brosur bagi peta laluan bas percuma GOKL. Brosur tersebut akan disediakan dalam dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. DBKL memahami bahawa dalam terjemahan brosur untuk b. Inggeris, kata nama khas dikekalkan, sebagai contoh Jalan Raja Laut akan dikekalkan dalam brosur bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, DBKL ingin mendapatkan pengesahan atau pengesyoran drp DBP mengenai terjemahan kata nama khas yang terdapat gabungan kata nama am. Sebagai contoh, 'Pusat Perniagaan Setiawangsa' dalam brosur b. Melayu perlukah diterjemah menjadi 'Setiawangsa Business Center' untuk brosur bahasa Inggeris? Mohon pandangan.Untuk makluman, kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Sehubungan dengan itu, kata nama khas yang merujuk nama tempat/bangunan dalam brosur tersebut tidak perlu diterjemahkan kepada bahasa Inggeris dan begitu juga sebaliknya.Lain-lain23.09.2019
Saya ingin menyemak yang mana satukah penggunaan istilah yang paling tepat untuk proses mengira dan menghantar bil kepada pengguna sesuatu perkhidmatan. Adakah 'pengebilan' atau 'pembilan'? Adakah maksud kedua-dua istilah ini berbeza? Jika ya, bagaimana ianya berbeza dan bila sesuai digunakan dalam bentuk ayat atau dalam menerangkan proses mengira bil sesuatu perkhidmatan?
Apitan peng-...-an bergabung dengan kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja, contohnya syor menjadi pengesyoran dan bom menjadi pengeboman. Sehubungan dengan itu, penggunaan yang betul ialah pengebilan. 

Tatabahasa18.01.2021

Kembali ke atas