Salam sejahtera, 1. Mereka mendapat banyak pengetahuan. 2. Mereka banyak mendapat pengetahuan. Ayat yang mana betul ? | Ayat yang betul ialah 1. Mereka mendapat banyak pengetahuan. | Tatabahasa | 24.04.2012 |
Apakah erti atau definisi PENGETAHUAN? | Pengetahuan membawa beberapa makna iaitu, 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui 2. perihal tahu, kepandaian 3. = ilmu ~ segala yg (akan) diketahui atau dipelajari bkn sesuatu | Makna | 11.08.2007 |
apakah maksud pengetahuan dalam erti kata ilmiah | Saudara, Maksud pengetahuan ialah 1 = ilmu ~ segala yg diketahui atau yg dipelajari ttg sesuatu ilmu: ~ sains. 2 keadaan mengetahui; apa-apa yg diketahui: Sepanjang ~ku, mereka belum pulang lagi. 3 hal mengetahui; kebijakan; kepandaian: ~nya dlm lapangan politik tanah air sungguh luas. | Makna | 04.09.2010 |
1. pelajar mendapat banyak pengetahuan daripada melawat. 2. pelajar banyak mendapat pengetahuan daripada melawat. yang mana satu betul, adakah makna kedua-dua ayat berbeza? | Perkataan banyak boleh berfungsi sebagai kata bilangan dan kata adjektif (sifat). Banyak yang berfungsi sebagai kata bilangan mesti hadir sebelum benda, manakala kata banyak sebagai kata adjektif berfungsi sebagai kata penguat. Kata adjektif boleh menerima kata penguat tetapi kata penguat tidak semestinya menjadi penanda kepada kata adjektif. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 225 dan 287. | Tatabahasa | 12.04.2010 |
Saya ingin mencari makna yang tepat 3 perkataan berikut... 1. Ilmu 2. Iman 3. Amal | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, ilmu bermaksud 1. pengetahuan dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll; ~ akhirat pengetahuan bkn segala sesuatu sesudah manusia itu mati; ~ kalam salah satu cabang usuluddin; mencari ~ berusaha utk mencari kepandaian dan pengetahuan; menuntut ~ belajar; 2. kajian bkn sesuatu perkara: ~ bumi; ~ masyarakat; ~ terapi cabang perubatan yg berkaitan dgn rawatan penyakit; 3. sampainya diri kpd makna, dan hadirnya makna dlm diri seseorang (dlm konteks agama Islam); ~ padi, makin berisi makin tunduk prb makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendahkan diri; menunjukkan ~ kpd orang menetek prb membuat pekerjaan yg sia-sia; Manakala iman bermaksud Ar 1. keyakinan terhadap wujudnya Allah dgn hati, yg dilafazkan dgn kata-kata, dan dilaksanakan dgn amalan: di mukanya, kelihatan sinar takwa dan ~; 2. ketetapan hati, kekuatan batin: walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun ~nya tidak bergoncang; kurang ~ kurang kuat hatinya, mudah terpengaruh atau tertipu; membawa ~ menyebarkan agama Islam; dan amal bermaksud 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: banyak ~, sedikit bicara; 2. perbuatan baik (yg mendatangkan faedah kpd orang lain): bersedekah ialah satu drpd ~ kebajikan; ~ ibadat perbuatan mengerjakan perkara-perkara yg diwajibkan oleh ajaran agama (spt bersembahyang, berpuasa, mengeluarkan zakat, dll); ~ jariah perbuatan yg diredai Allah utk kepentingan atau faedah masyarakat (spt berderma, menolong orang dlm kesusahan, dll), kebajikan kpd orang ramai; | Makna | 18.10.2010 |
1. Murid-murid tadika itu diajarkan cara membezakan antara huruf besar dengan huruf kecil. 2. Sungguhpun saya menetap di kawasan pedalaman, tidak bermakna pengetahuan saya cetek tentang isu-isu semasa. Ayat-ayat berkenaan betul? (soalan PMR 2012) Apakah kesalahannya? | 1. Murid-murid tadika itu diajari cara membezakan antara huruf besar dengan huruf kecil. diajari bukan diajarkan kerana diajari bermaksud diajar seseorang manakala diajarkan bermaksud diajar sesuatu. 2. Sungguhpun saya menetap di kawasan pedalaman, tidak bermakna pengetahuan saya cetek tentang isu-isu semasa. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 10.10.2012 |
1.Dia menggantung/menggantungkan jam itu di/pada dinding. 2.Dia menampal/menampalkan gambar di/pada papan kenyataan. 3.Kita mestilah mengamalkan ilmu pengetahuan yang diperolehi/diperoleh agar ilmu tersebut kekal dalam ingatan kita. 4.adakah tidak menggalakkan penggunaan perkataan "haruslah" dalam karangan murid? | 1. Dia menggantungkan jam itu pada dinding. 2. Dia menampalkan gambar pada papan kenyataan. 3. Kita mestilah mengamalkan ilmu pengetahuan yang diperoleh agar ilm tersebut kekal dalam ingatan kita. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Soalan no.4 tidak jelas. | Tatabahasa | 09.05.2009 |
1. Apa maksud 'minds-on' dan 'hands-on' dalam Bahasa Melayu? 2. Adakah saya boleh menggunakan perkataan 'minds-on' dan 'hands-on' dalan bahasa Melayu? 3. Apakah perkataan lain yang mempunyai sinonim dengan a) pengetahuan b) pengajaran c) kualiti etika guru terima kasih | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "hands-on" ialah amali dan belum ada istilah khusus untuk "minds-on". Walau bagaimanapun, istilah bahasa melayu yang kami cadangkan untuk "minds-on" ialah berfikir. Berdasarkan Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, sinonim untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut: a) pengetahuan - ilmu, kepandaian, kebijakan, kebijaksanaan, kepakaran, kemahiran, kepintaran, keahlian, pelajaran, pendidikan b) pengajaran - pendidikan, pengasuhan, tarbiah c) kualiti - mutu, nilai, standard, taraf d) etika - prinsip, standard, piawai | Istilah | 03.04.2012 |
Saya ingin bertanya mengenai istilah Pengkritik Sastera dan peranan pengkritik sastera pada masa kini. Ini bertujuan untuk pengetahuan dan mencari bahan tugasan dalam bidang aliran sastera yang saya pelajari sekarang. | Pengkritik sastera ialah orang atau individu. manakala peranan pengkritik sastera ialah orang yang menulis, berusaha, mempertimbangkan dan menilai sesebuah karya sastera secara jujur dan sistematik. Kritikan sastera dapat dianggap sebagai satu ilmu yang mempunyai tujuan dan fungsi tertentu. Antara tujuan-tujuan kritikan sastera ialah 1. Menyumbangkan pengetahuan dari segi teori sastera 2. memberi kefahaman kepada pembaca untuk menikmati sesebuah karya sastera 3. membuat perbezaan antara karya sastera yang baik dengan karya sastera yang tidak baik 4. memperkenalkan karya sastera yang baru kepada mereka yang tidak sempat membaca dan sebagainya. | Lain-lain | 27.10.2009 |
1.mereka ke kampung seberang dengan menaiki bot. 2.Pelajar perlu banyak membaca untuk menambahkan pengetahuan. soalan;adakah ayat tersebut terdiri daripada dua klausa? | Ayat tersebut mengandungi dua klausa. | Tatabahasa | 10.08.2008 |