Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengetahuannya

Peribahasa

Seperti merak mengigal di hutan.

Bermaksud :

Menunjukkan pengetahuannya kepada orang-orang yang bodoh. (Bandingkan dengan: Apa gunanya merak mengigal di hutan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
TANYA MAKSUD : 1. seperti katak bawah tempurung. 2. seperti hujan ke pasirMerujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu seperti katak di bawah tempurung ialah amat picik pengetahuannya. Untuk mengetahui makna peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu atau layari laman sesawang DBP dan cari di carian kata.Lain-lain05.03.2009
sila bezakan'orang tua-tua' dengan 'orang-orang tua'!Sila sertakan ayat-ayatnya agar memudahkan pemahaman

Frasa "orang tua" ialah kata majmuk. Apabila kita menggandakan kata majmuk hanya perkataan pertama digandakan, maka terhasillah orang-orang tua seperti Rumah Orang-orang Tua.  Orang tua-tua pula merujuk pada orang yg dianggap sudah lanjut usianya dan luas pengetahuannya. Contoh ayat: Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan.

Tatabahasa26.03.2014

Kembali ke atas