Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengetua 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat: 1. Pengetua berhajat untuk mencari tukang kebun baharu yang lebih rajin. Tuan, adakah dalam ayat (1) di atas, perkataan "untuk" berfungsi sebagai kata hubung keterangan tujuan? Adakah perkataan "untuk" menerangkan tujuan "berhajat" dalam ayat di atas? Jadi, tujuan "berhajat" dalam ayat di atas ialah "untuk mencari tukang kebun baharu yang lebih rajin"? Betulkah pandangan saya? Atau perkataan "untuk" berfungsi sebagai kata sendi nama dalam ayat di atas?Untuk ayat: Pengetua berhajat untuk mencari tukang kebun baharu yang lebih rajin, fungsi "untuk" ialah sebagai kata hubung antara dua kata kerja, iaitu berhajat dengan mencari.  Betul pendapat puan, iaitu "untuk" itu juga menerangkan tujuan berhajat dalam ayat tersebut.Tatabahasa13.12.2014
1.Kata pengetua itu, ¨Waima murid lelaki mahupun murid perempuan mesti mematuhi peraturan yang digubal di sekolah ini.¨ )MUNsyi, adakah waima sesuai digunakan dalam ayat ini_ TKWaima ialah perkataan Arab yang bermaksud sama ada atau walaupun bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut, sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=waima.Tatabahasa18.06.2013
1.apakah alasan kesalahan bagi ayat pengetua akan berbincang tentang program kecemerlangan sahsiah murid kepada semua guru dalam mesyuarat di minggu hadapanAyat yang betul ialah Pengetua akan berbincang tentang program kecemerlangan sahsiah murid dengan semua guru dalam mesyuarat yang akan diadakan pada minggu depan.Tatabahasa15.02.2010
Salam 1Malaysia. soalan 1. apakah tanda ayat yang paling sesuai digunakan dalam ayat? ( , ) atau ( ; ) soalan 2. yang manakah contoh ayat yang paling sesuai untuk menyatakan perbandingan antara dua responden. Contoh 1. Ini bermakna lebih ramai responden guru yang memiliki ikhtisas SP yang berkompetensi tinggi berbanding responden guru yang memiliki ikhtisas SMP dalam mengurus aktiviti pembelajaran kumpulan dalam bilik darjah, memenuhi keperluan tugas dan tanggungjawab seperti dalam senarai tugas yang diberikan oleh pengetua, pengurusan masa yang berguna untuk meningkatkan tahap profesionalisme seorang pendidik, mengurus sumber-sumber PdP, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dan polisi penambahbaikan sekolah. contoh 2. Ini bermakna lebih ramai responden guru yang memiliki ikhtisas SP yang berkompetensi tinggi dalam mengurus aktiviti pembelajaran kumpulan dalam bilik darjah, memenuhi keperluan tugas dan tanggungjawab seperti dalam senarai tugas yang diberikan oleh pengetua/guru besar sekolah, pengurusan masa yang berguna untuk meningkatkan tahap profesionalisme seorang pendidik, mengurus sumber-sumber PdP, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti dan polisi penambahbaikan sekolah berbanding responden guru yang memiliki ikhtisas SMP. mohon pembetulan dan penjelasan jika perlu. tqUntuk makluman tuan, tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah - memisahkan unsur-unsur kata dan frasa yang berurutan seperti Ali membeli rambutan, langsat dan durian. Tanda koma bertitik (;) pula digunakan untuk memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambungkan dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu seperti Membaca menambahkan ilmu; dan berfikir mempertajam akal. Sila rujuk maklumat berkenaan untuk disesuaikan dengan teks yang tuan kemukakan.Ejaan02.09.2015
Adakah ayat di bawah betul: 1. Ahmad sudah berkecimpung dalam industri persijilan (pencetakan dan perekabentukan sijil) sejak tahun 2000. 2. Pengetua sekolah tersebut menyijilkan/mensijilkan pelajar - pelajar yang memenengai pertandingan tersebut.
Ayat yang betul ialah Ahmad sudah berkecimpung dalam industri persijilan sejak 2000.
Lain-lain24.03.2018
mohon terjemahan yang tepat bagi perkataan di bawah ini:- 1. Sekolah Pendidikan Khas Vokasional 2. Guru penolong 3. Guru kokurikulum 4. Guru kanan matapelajaran matematik 5. Penolong kanan pentadbiran 6. Pengetua cemerlang Terima kasih!Untuk mendapatkan terjemahan daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris, tuan bolehlah hubungi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) di talian 03-41451800 atau Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) di talian 03 - 21442506/21424381.Lain-lain16.07.2014
Tuan, Adakah ayat di bawah betul atau tidak? Jika tidak, sila beri jawapan yang betul. 1. Menteri Pelajaran akan mengumumkan teks komsas dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam tahun 2010. 2. Sokongan kepada kepimpinan ketua pasukan amat diperlukan bagi menjamin kejayaan dalam perlawanan. 3. Pengetua sekolah itu akan mengkaji semula larangan terhadap pelajar yang menggunakan telefon bimbit di sekolah. 4. Adalah diperhatikan iaitu di akhir-akhir ini, peraturan yang ditetapkan tidak diambil berat. 5. Pemain-pemain bola sepak negara memberi kehormatan kepada penonton di stadium itu. 6. Walaupun soalan-soalan yang dikemukakan sukar bagi sesetengah pelajar, Anita dapat menjawabnya. 7. Karim mengait buah mangga itu dengan sebatang kayu. 8. Sebahagian besar peniaga gagal mendapat lesen berniaga di tapak pasar malam itu. 9. Pelancong itu menanyakan arah jalan ke Dataran Merdeka kepada Ali. 10. Aida memperlihatkan lukisan yang dilukisnya kepada ayah.

Pembetulan telah dibuat bagi ayat-ayat yang berikut:

1. Menteri Pelajaran akan mengumumkan ...... teks komsas dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam tahun 2010. - ayat tidak lengkap, mengumumkan apa? seperti pindaan atau kajian

2. Sokongan kepada ketua pasukan amat diperlukan bagi menjamin kejayaan dalam perlawanan.

3. Pengetua sekolah itu akan mengkaji semula larangan menggunakan telefon bimbit di sekolah terhadap pelajar .

4. Akhir-akhir ini, diperhatikan bahawa peraturan yang ditetapkan tidak diambil berat.

5. Pemain bola sepak negara memberi penghormatan kepada penonton di stadium itu.

6. Walaupun soalan yang dikemukakan sukar bagi sesetengah pelajar, tetapi Anita dapat menjawabnya.

7. Karim mengait buah mangga itu dengan sebatang kayu.

8. Sebahagian besar peniaga gagal mendapatkan lesen berniaga di tapak pasar malam itu.

9. Pelancong itu menanyakan arah jalan ke Dataran Merdeka kepada Ali.

10. Aida memperlihatkan lukisannya kepada ayah.

Pada masa akan datang, untuk menghasilkan ayat yang gramatis dengan penggunaan kata yang tepat dari segi makna dan pembentukan katanya serta mengenal pasti kesalahan dalam setiap ayat, sila rujuk Kamus Dewan, buku Daftar Kata Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa01.08.2011
1. Adakah tajuk ini sesuai dan betul mengikut bahasa? INTERNET OF THINGS: MENGUBAH KEHIDUPAN KE ARAH LEBIH TERHUBUNG. 2.Sekiranya perkataan Pemboleh ubah menjadi sub-tajuk, adakah perkataan ubah juga perlu di title case kan? 3.Sekiranya perkataan dalam kurungan adalah dalam bahasa Inggeris, adakah ia perlu diitalikkan?dan adakah ia perlu di title case kan jika ia berbentuk penulisan contoh: (Content Analysis) 4.Bagi nama jawatan, adakah perlu huruf besar/title case? contoh: Pegawai Latihan, Pegawai Penerbitan,Pengarah, Pengetua dan lain-lain jawatan? 5.Adakah dialog atau kata-kata dari seseorang seperti tokoh,usahawan,Perdana Menteri perlu di italik dan perlu diletakkan pembuka dan penutup kata?1. Cadangan kami:
    INTERNET BENDA (baris pertama)
    Ke Arah Kehidupan Saling Berhubung (baris kedua)  

2. Lazimnya subtajuk ditulis dengan huruf kecil (lihat contoh di atas). 

3. Perkataan bahasa Inggeris yang diletak dalam tanda kurung tidak perlu diitalikkan. 

4. Pegawai Latihan, Pegawai Penerbitan, Pengarah Dasar, Pengetua SMK Keramat. 

5. Petikan ucapan perlu diletak tanda petik " " dan diitalikkan.
Tatabahasa03.11.2014
Adakah penggunaan preposisi dari dan daripada di bawah ini tepat? 1. Dayang Aishah daripada Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi dipindah ke Bahagian Perkhidmatan untuk mengetuai Unit Lawatan. 2. Bersama ini disertakan cadangan anggaran peruntukan dari Unit Penyelidikan dan Perkamusan. 3. Turut sama hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan dari Negara Brunei Darussalam. 4. ... arahan dari Timbalan Pengetua, Pusat Sejarah Brunei. 5. Semoga mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata’ala. 6. Merujuk memorandum daripada Jabatan Perkhidmatan Awam. 7. ... disenaraikan empat orang peserta dari bahagian ini untuk mengikuti seminar ... Terima kasih.Penggunaan kata sendi nama dari dan daripada  serta pembentukan kata yang lain telah diperbetulkan dalam beberapa ayat yang tuan lampirkan.  
1. Dayang Aishah dari Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi dipindahkan ke Bahagian Perkhidmatan untuk mengetuai Unit Lawatan.
2. Bersama-sama ini disertakan cadangan anggaran peruntukan dari Unit Penyelidikan dan Perkamusan.
3. Turut sama hadir ialah Pegawai-pegawai Kanan dari Negara Brunei Darussalam.
4. ... arahan daripada Timbalan Pengetua, Pusat Sejarah Brunei.
5. Semoga mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu Wata’ala.
6. Merujuk memorandum dari Jabatan Perkhidmatan Awam...
7. ... disenaraikan empat orang peserta dari bahagian ini untuk mengikuti seminar ...
Tatabahasa06.04.2014
Salam 1Malaysia, Tuan, 1. Dalam buku Tatabahasa Dewan, ada dinyatakan tentang peraturan penggunaan Inti KN + Inti KN. Jadi, adakah salah jika ada yang memanggil "Saya, Faizah Munsyi". Alasannya, ada frasa yang menyatakan "Encik Ali Pengetua SMK Jelatek". Mohon penjelasan. 2. Apakah jawatan yang sesuai untuk merujuk kepada seseorang yang ditugaskan untuk menyediakan Sepanduk atau Gegantung? Mungkinkah Pereka bentuk dan grafik? 3. Perkataan 'tertentu' dan 'boros' merujuk kepada golongan kata apa? 4. Istilah BM untuk merujuk kepada 'portable hard disc', apa? Terima kasih.1. Jika tuan maksudkan FN (Subjek) + FN (Predikat), struktur ayat tersebut memang betul. Cntoh lain, Ali seorang guru - Ali (Subjek - FN) dan seorang guru (Predikat - Frasa Nama).
2. Nama jawatan yang sesuai ialah Pereka Bentuk. 
3. Tertentu ialah kata keterangan dan boros ialah kata kerja. 
4. Padanan portable hard disc dalam bahasa Melayu ialah "cakera keras mudah alih".
Tatabahasa09.05.2012
12

Kembali ke atas