Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ga.nas] | ڤڠݢانس

Definisi : orang yg mengganas: ~-~ komunis masih berkeliaran di kawasan sempadan Semenanjung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ga.nas] | ڤڠݢانس

Definisi : orang yg mengganas; penjahat: Dua orang ~ komunis telah ditembak mati subuh-subuh tadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengganas

Peribahasa

509

A rotten apple spoils the barrel

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seorang makan cempedak (nangka), semua kena getahnya

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - a rotten apple spoils the barrel.

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seorang makan cempedak (nangka), semua kena getahnya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ADAKAH ada perkataan ini dlm BM, 'mengganjari'Merujuk data kami perkataan mengganjari bermaksud 1. membalas jasa dengan hadiah, menghadiahi: kerajaan bercadang hendak ~ orang-orang yang telah berjasa kepada tanah air; 2. memberi balasan, memberi hukuman: pengganas-pengganas itu harus diganjar kalau tertangkap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)Makna26.08.2020
Salam sejahtera, adakah kata "pengganas" dikira sebagai kata nama khas? Anti-Pengganas atau antipengganas?Ejaan yang betul ialah antipengganas dan merupakan kata umum.Ejaan29.11.2019
apakah maksud teroris?Perkataan teroris (terrorist, pengganas) tiada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Padanan bahasa Melayu yang betul dan baku bagi perkataan tesrsebut ialah pengganas.Makna04.12.2012
Dia pengganas terbilang. Betulkah penggunaan perkataan terbilang bagi ayat di atas?
Menurut data kami, perkataan terbilang tidak sesuai untuk digunakan dalam ayat tersebut. Cadangan kami, gantikan perkataan terbilang dengan perkataan terkenal. Dia pengganas terkenal.
Lain-lain18.05.2016
Perkataan teroris (terrorist, pengganas) tiada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Perkataan ini digunakan oleh beberapa banyak penulis. Untuk saya apa kata DBP: gunakan atau jangan gunakan?Padanan bahasa Melayu yang betul dan baku bagi perkataan tesrsebut ialah pengganas.Makna17.01.2009
apakah istilah bagi "pengganas IS" yang sesuai untuk digunakan dalam esei? Mohon pebcerahan. Terima kasih.
Akronim IS adalah panggilan global untuk ISIS, akronim bagi nama 'Islamic State of Iraq and Syria' atau terjemahannya kumpulan ‘Negara Islam Iraq dan Syria’. Bagi tujuan penulisan esei, anda boleh memberikan makna akronim IS (atau ISIS) dalam bahasa Inggeris dan terjemahan dalam bahasa Melayu terlebih dahulu.  Pada penulisan yang seterusnya boleh disingkatkan kepada pengganas IS sahaja.
Tatabahasa08.03.2017
Manakah jwpn yg betul _____orang ramai segera melintas ketika lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau a. segerombolan b. sekumpulan skima jwapan diberi 'a' . adakah segerombolan hanya digunakan untuk pengganas atau penjahat shj.Bagi manusia perkataan yang sesuai ialah sekumpulan. Segerombolan digunakan untuk penjahat, penyamun pengganas dan sebagainya.Tatabahasa27.05.2010
Salam sejahtera, saya ingin bertanya adakah terdapat kesalahan tatabahasa pada ayat-ayat berikut dan jika ada apakah kesalahannya? Mohon beri pencerahan. Terima kasih. 1. Sekawan pengganas telah berjaya ditumpaskan oleh pihak tentera dalam kejadian tembak-menembak pada pagi kelmarin. 2. Ketua tingkatan meminta semua murid di Kelas Satu Harmoni membayar sebanyak tiga setengah ringgit untuk fail yang dibekalkan oleh guru kelas mereka. 3. "Saya bertemu Cikgu Ruslan di kedai buku itu semalam, " kata Johari kepada rakan baiknya. 4. Pemaju perumahan itu bankrap menyebabkan projek perumahan itu tergendala selama lima setengah tahun. 5. Beribu orang penyokong Kelab Pemuda Kedah membanjiri stadium itu untuk menyaksikan pertandingan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan Perlis yang berlangsung pada malam semalam.

1. Sekawan pengganas telah berjaya ditumpaskan oleh pihak tentera dalam kejadian tembak-menembak pada pagi kelmarin.

2. Ketua tingkatan meminta semua murid di dalam Kelas Satu Harmoni membayar sebanyak RM3.50 untuk fail yang dibekalkan oleh guru kelas mereka. –  Kelas merupakan bentuk fizikal yang boleh dilihat ruangnya, maka penggunaan yang betul ialah frasa di dalam.

3. "Saya bertemu Cikgu Ruslan di kedai buku itu semalam," kata Johari kepada rakan baiknya.

4. Pemaju perumahan itu bankrap sehingga menyebabkan projek perumahan itu tergendala selama lima setengah tahun. - Sehingga dalam ayat tersebut bermaksud sampai menjadi, iaitu sesuatu berlaku dan mengakibatkan sesuatu yang lain.

5. Beribu-ribu orang penyokong Kelab Pemuda Kedah membanjiri stadium itu untuk menyaksikan pertandingan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan Perlis yang berlangsung pada malam semalam. – Penggunaan beribu-ribu betul kerana menunjukkan beberapa ribu atau banyak ribu. Manakala perkataan beribu merujuk kepada mempunyai ibu atau menanggap sebagai ibu.

Tatabahasa11.11.2020
Apakah perbezaan sahabat dan kawan?Maksud "sahabat" ialah "orang yang dikenal rapat dan disukai tetapi tidak bersaudara dengannya." manakala "kawan" ialah "kumpulan (binatang), kelompok, gerombolan (penjahat, pengganas, dan lain-lain), sahabat, teman (dalam pergaulan sehari-hari) atau rakan. Maka sahabat dan kawan ialah sinonim.

Makna02.01.2023
Penjodoh bilangan yang paling sesuai. 1.sekumpulan gajah atau 2. Sekawan gajahPenjodoh bilangan "sekawan dan sekumpulan" boleh digunakan untuk haiwan. Segerombolan digunakan untuk penjahat, penyamun, pengganas dan sebagainya.Lain-lain13.03.2017
12

Kembali ke atas