Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ge.ra/] | ڤڠݢرق

Definisi : galakan (tenaga dll) utk menggerakkan, faktor (unsur, individu, dll) yg menggerakkan: jelas kpd kita bahawa Islam telah memainkan peranan yg penting sbg ~ kpd manusia utk mencapai kemajuan; Abdul Aziz H.M. seorang ~ teater. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ge.ra/] | ڤڠݢرق

Definisi : sesuatu yg menggerakkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggerak


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh saya tahu terjemahan 'First Responder' untuk Bahasa Melayu kerana ia kerap digunakan dalam bidang saya akan tetapi tiada terjemahan Bahasa Melayu untuk perkataan tersebut.Kami mencadangkan "first responder" diterjemahkan sebagai "penggerak balas pertama", "penggerak balas utama" atau "penggerak balas asas". Untuk makluman, padanan perkataan atau istilah ini bergantung pada konteks atau konsep penggunaan ayat mengikut bidang tertentu.Istilah08.10.2020
Salam tuan/puan/cik. Yang mana lebih tepat untuk slogan berikut: 1. REFLEKSI DIRI, PENGGERAK DAKWAH 2. REFLEKSI DIRI PENGGERAK DAKWAH Perlukah meletak koma? Terima kasih.Sebaiknya diletakkan tanda koma.  Walau bagaimanapun slogan ini kurang sesuai kerana tidak membawa makna.Lain-lain21.02.2017
Adakah ayat berikut tepat Membaca penggerak kalam ilmu Kalam beerti pen.

Ayat yang dikemukakan oleh saudara mengelirukan, “Membaca penggerak kalam ilmu Kalam beerti pen.”

Ayat tersebut juga salah. Cadangan ayat: 1.Membaca jambatan ilmu. 2.Membaca menambahkan ilmu.

Tatabahasa25.02.2014
Apakah terjemahan yang tepat untuk 'industry player'? Saya sering melihat akhbar menggunakan pemain industri. Pada hemat saya, penggerak industri kedengaran lebih baik kerana industri bukanlah satu permainan.Kami bersetuju cadangan tuan, penggerak industri atau penggiat industri lebih sesuai digunakan.Penyemakan dan penterjemahan28.06.2021
salam. saya mendapat satu tugasan bagi tajuk 'Transformasi kepimpinan Nadi Penggerak Modal Insan'. namun saya menghadapi sedikit kekeliruan. diharapkan pihak tuan/puan dapat menjelaskan dan menghuraikan kehendak topik ini. terima kasih atas kerjasama yang diberikan.Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Laman web www.prpm.dbp.gov.my membolehkan saudara mencari makna setiap perkataan tetapi tidak ada makna untuk keseluruhan frasa. Oleh itu, kami cadangkan saudara berbincang dengan penganjur yang menyediakan tugasan berkenaan serta membuar rujukan melalui artikel yang berkaitan.Lain-lain10.02.2012
Merujuk kepada soalan sebelum ini, saya melihat satu ayat pada dinding pusat sumber sekolah iaitu : "Membaca Penggerak Kalam Ilmu" Saya telah mencari maksud kalam (pen), jadi saya beranggapan ayat tersebut tidak tepat maksudnya. Adakah pendapat saya benar? Jika benar, saya akan maklumkan kepada pihak pusat sumber sekolah untuk menukar slogan tersebut.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat "kalam" bermaksud pena atau kata. Oleh itu, "kalam" memang tidak sesuai dan tidak tepat penggunaannya dalam dalam konteks  tersebut.Makna21.03.2014
Assalamualaikum... info...buku terbit sendiri ( Buku Kerja Pelajar Sekolah ) 1. Kerja sama DBP dengan penulis? 2. Adakah bantuan/dana penggerak? Sekian.TQ.Untuk makluman, DBP tidak menerbitkan buku terbit sendiri. Bagi penerbitan buku kerja pelajar sekolah atau buku sokongan pendidikan, penerbitannya akan diuruskan oleh Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja. Proses penerbitan dilakukan mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan. Dimaklumkan juga tiada dana galakan diberi kepada penulis.Lain-lain02.04.2020
Pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran global pada masa akan datang bergantung kepada kejayaan kita dalam menjadikan usaha mengejar inovasi melalui pendidikan berkualiti. Kita yakin pendidikan bertaraf dunia sebagai penggerak utama pembangunan ekonomi negara. pendidikan merupakan mekanisma asas dalam ditingkatkan pembangunan negara agar dapat berdayasaing di peringkat antarabangsa. Komitmen dengan gembelengan tenaga semua pihak sangat diperlukan bagi pastikan usaha kerajaan memantapkan kualiti sistem pendidikan Malaysia hingga diterima di persada antarabangsa dan seterunya mendapat status berada di dalam kelompok negara yang mempunyai sistem pendidikan terbaik dunia.
Soalan anda tidak jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas.
Lain-lain01.12.2020
bingcangkan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memperkembangkan Bahasa Melayu.Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan mempunyai peranan sebagai penggerak aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan.   Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran.  Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia.   Lain-lain05.04.2008
apakah peranan dewan bahasa dan pustaka dalam memperkasa dan memperkembangkan bahasa melayuDewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan mempunyai peranan sebagai penggerak aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan.   Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran.  Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia terus diperkasakan.  Lain-lain03.02.2009
123

Kembali ke atas