Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.giat] | ڤڠݢيات

Definisi : pihak (bahan, orang, jentera, dsb) yg menggiatkan sesuatu; penggerak: tokoh dan ~ teater berkumpul utk membincangkan kegiatan teater tanah air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggiat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, adakah sesuai perkataan "pemain-pemain" dalam ayat " SIRIM Berhad telah menubuhkan satu jabatan bagi membantu pemain-pemain dalam industri dari segi khidmat nasihat..."?Perkataan pemain tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut kerana belum ada peluasan makna pemain selain orang yang bermain dalam sumber rujukan kami. Cadangan kami perkataan pemain ditukarkan kepada penggiat.Istilah30.07.2012
Apakah nama bagi orang yang kerjanya memandu kanak-kanak menjalani aktiviti? Seperti bercerita, bermain, bernyanyi dan sebagainya. Mereka bukan guru tadika tetapi mengadakan aktiviti ini pada hujung minggu yang terbuka kepada seisi keluarga. Ini cara mencari rezeki mereka. Yang lagi satu, orang yang kerjanya bercerita kepada kanak-kanak seperti "Kakak Pepatung" yang agak popular.Tidak ada nama gelaran khusus untuk yang melakukan aktiviti sedemikian. Berdasarkan pengamatan kami lazimnya penggiat aktiviti seni/sastera/budaya seumpama ini sering menggelarkan diri mereka ibu atau mama atau gelaran ibu/mama digandingkan dengan nama mereka seperti Ibu Anis dan Mama Filzah.Tatabahasa20.09.2012

Kembali ke atas