penggolongan kata bagi ayat ini... “Pupus bahasa, pupuslah bangsa.” Begitulah kebimbangan yang diluahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, dalam ucapannya semasa merasmikan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Peringkat Kebangsaan di Melaka pada 13 Oktober lalu. Kenyataan Muhyiddin tersebut ada kebenarannya. Hal ini demikian kerana jika sesuatu bahasa tidak lagi dipedulikan, lama-kelamaan dikhuatiri bahasa tersebut hanya menjadi bahasa jalanan yang digunakan oleh segelintir penutur. Sebenarnya, BBK yang diraikan setiap tahun bukan sekadar acara tahunan. Sambutannya merupakan kelangsungan perjuangan memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu, serta bahasa perpaduan di negara ini. Hakikatnya, obor perjuangan yang menyemarakkan bahasa Melayu tidak akan menyala sekiranya tiada usaha berterusan dijalankan. | "Pupus bahasa, pupuslah bangsa" ialah ungkapan umum yang sering diucapkan oleh pemimpin/tokoh bagi mengingatkan kita betapa pentingnya usaha untuk memartabatkan bahasa ibunda dalam konteks ucapan YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin ialah bahasa Melayu, bahasa rasmi negara. | Tatabahasa | 18.04.2012 |
PENGGOLONGAN KATA DALAM BAHASA MELAYU | Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada empat golongan, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. | Lain-lain | 12.07.2009 |
PENGGOLONGAN BUNYI VOKAL DAN KONSONAN | Bahasa Melayu mempunyai 24 bunyi bahasa asli, iaitu 18 konsonan dan 6 vokal. Hanya 9 huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t,m,n,ng,s,h,r, dan l. Konsonan b,d,g,c, dan j hanya berada pada akhir perkataan dalam kata pinjaman, seperti adab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w, dan y, tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Manakala vokal asli bahasa Melayu terdiri daripada 3 vokal depan, 1 vokal tengah, dan 2 vokal belakang. Hanya 3 vokal, iaitu i, a, dan u dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan. Vokal e (e taling), o, dan e (e pepet) yang hadir pada awal dan tengah perkataan. Vokal e (e taling) dan o hanya hadir pada akhir perkataan dalam suku kata terbuka dalam kata pinjaman, seperti sate, tauge, logo dan polo. | Tatabahasa | 02.03.2007 |
Huraian ringkas tentang penggolongan kata mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Terima kasih | Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat ,iaitu kata nama,kata kerja,kata adjektif dan kata tugas. Sila rujuk buku tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk huraian lengkap, halaman 81. | Tatabahasa | 05.09.2008 |
bagaimanakah proses morfologi dalam penggolongan kata nama | Kata nama boleh dikelompokkan berdasarkan ciri-ciri makna perkataan kepada tiga kumpulan,iaitu kata nama khas,kata nam am dan kata ganti nama. Proses yang terlibat dalam pembentukan kata ialah pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 16.02.2008 |
Adakah perkataan "memang" merupakan kata penguat? Jika bukan, sila nyatakan penggolongan kata untuk perkataan ini. Terima kasih. | Perkataan "memang" tergolong dalam kata keterangan. | Istilah | 23.03.2009 |
Salam, apakah perbezaan antara "karut" dengan "mengarut". Bolehkah penerangan diberikan dari segi penggolongan kata (seperti kata nama, kata kerja/kata adjektif) dan contoh penggunaan dalam ayat selain daripada contoh yang diberikan dalam Kamus Dewan. Sekian, terima kasih. | Karut ditakrifkan sebagai tidak benar (berkenaan cerita, berita dan lain-lain); bohong semata-mata; dusta. mengarut bercakap karut; berbohong. Karut tergolong dalam perkataan kata adjektif. Contoh ayat; Semua cerita yang disampaikan oleh Tuan Mansor karut. Mengarut pula ialah bercakap karut atau bohong. Mengarut tergolong dalam perkataan kata kerja. Contoh ayat; Kita seharusnya bersedia agar tidak mengarut dalam menjawap peperiksaan. | Tatabahasa | 16.04.2013 |
Maksud morfologi | Menurut tatabahasa Dewan, Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. (Untuk mendapatkan nota lengkap berkaitan morfologi, bolehlah dirujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 43-55). Terima kasih. | Makna | 25.10.2006 |
Salam, Komersialisasi dan Pengkomersialan 1. Adakah kedua-dua perkataan di atas diterima pakai buat masa ini? 2. Harap jelas penggolongan kata bagi perkataan-perkataan di atas. 3. Harap beri contoh frasa-frasa pendek bagi membezakan pembinaan ayat untuk perkataan-perkataan tersebut. Ribuan TK. | Perkataan komersialisasi dan pengkomersialan ialah padanan commercialization dalam bahasa Melayu. Dalam penggunaannya dalam bahasa Melayu komersialisasi bermaksud proses atau perbuatan menjadikan sesuatu mempunyai sifat perdagangan, manakala pengkomersialan ialah perihal mengkomersialkan, iaitu menjadikan sesuatu sebagai barang dagangan. Contoh ayat: Perubahan struktural ini nantinya akan selari dengan proses komersialisasi sektor pertanian dan Pengkomersialan filem Hang Tuah telah mencetuskan kritikan. | Tatabahasa | 21.10.2011 |
ciri-ciri bahasa klasik dari segi morfologi. terima kasih | Menurut Buku Tatabahasa Dewan, morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan ciri-ciri bahasa klasik dari segi morfologi, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 12.03.2007 |