Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.gu.na.an] | ڤڠݢوناءن

Definisi : 1. perihal (perbuatan, kegiatan, dll) menggunakan sesuatu: ~ kata itu tidak sesuai dgn ayat ini; 2. pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.gu.na.an] | ڤڠݢوناءن

Definisi : perbuatan (usaha, kegiatan dsb) menggunakan sesuatu: ~ kayu-kayan makin bertambah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggunaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya penggunaan ayat Organizational Citizenship Behaviour dalam Bahasa Melayu adakah tingkahlaku kewargaan organisasi atau tingkahlaku kewarganegaraan organisasi atau ada penggunaan lain yang sesuai.Penggunaan ayat in,i saya perlu menggunakan dalam kajian saya. Saya berharap pihak tuan/puan dapat maklumkan penggunaan ayat yang mana sesuai. terima kasih.Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Organizational Citizenship Behavior ialah Sikap Warga Organisasi. Penyemakan dan penterjemahan19.10.2022
Encik Lau menebuk lubang pada penutup botol.Beliau/dia mengisi air ke/di dalam botol. Penggunaan beliau/dia betul? Penggunaan di/ke betul? Terima kasih.Penggunaan perkataan “Beliau/Dia” “ke/di” dalam ayat “Encik Lau menebuk lubang pada penutup botol. Beliau/Dia mengisi air ke/di dalam botol.” adalah betul.Lain-lain06.12.2023
Penggunaan "kamu" dan "awak". Saya ingin mendapat kepastian tentang kesesuaian menggunakan "awak" dan "kamu" dalam situasi yang berlainan. Misalnya, adakah benar "awak" boleh digunakan dalam semua situasi, tetapi "kamu" biasanya digunakan oleh orang yang berkedudukan lebih tinggi bila bercakap dengan orang bawahannya atau orang yang lebih muda daripadanya? Terima kasih.

Kata “Kamu” dan “Awak” merupakan kata ganti nama diri kedua dan

pada kelazimannya "kamu" digunakan apabila bercakap dengan orang yang lebih rendah umur dan tarafnya. Kata ganti nama diri kedua "Awak" pula digunakan apabila bercakap dengan orang yang sama taraf atau sebaya. 
Lain-lain24.08.2025
penggunaan hingga dan sehingga 1. harga bagi baju itu adalah RM100 sehingga RM120. 2. Ali telah berada di sana bagi tempoh Januari sehingga Mac 2025. adakah ayat ini betul menggunakan sehingga atau yang betul adalah hingga?

Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015) dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), kata sendi nama hingga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat. Manakala, sehingga digunakan sama maksud dengan hingga tetapi had masa tidak tentu/ditetapkan. Oleh itu, hingga dan sehingga mendukung makna yang sama.

Contoh ayat pertama yang lebih tepat ialah “Harga baju itu adalah antara RM100 hingga RM120.”. Kata sendi nama antara yang digandingkan dengan kata sendi nama hingga untuk menunjukkan lingkungan (tentang jarak, peratusan, masa, berat dan sebagainya).         

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 284, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 775 dan pangkalan data https://prpm.dbp.gov.my/ melalui Khidmat Bahasa DBP.

Tatabahasa04.08.2025
penggunaan haji. sebelum ini nama ustaz lokman. kini nak guna nama haji ustaz lokman atau ustaz haji lokman. mohon nasihatGelaran yang sesuai ialah "Haji Lokman" atau "Ustaz Lokman". Lain-lain29.07.2025
Penggunaan ejaan huruf besar atau huruf kecil TS,DR atau Ts, Dr dalam penulisan

Singkatan untuk gelaran Dr. atau Ts. hendaklah dieja dengan menggunakan huruf besar pada pangkal singkatan. Walau bagaimanapun, sekiranya singkatan tersebut digunakan pada tajuk yang keseluruhannya menggunakan huruf besar, maka singkatan tersebut juga perlu dieja dengan menggunakan huruf besar. (DR. dan TS.)


Sila rujuk buku
Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 114 dan 147-151.
Tatabahasa05.06.2025
Penggunaan Johan, Naib Johan, Ketiga dan Juara, Naib Juara & Juara Ketiga yang mana sesuai dan betul untuk pertandingan melukis/menulis? Terima kasihPenganjuran pertandingan bakat seperti melukis atau menulis tidak terikat pada peraturan penamaan kategori kedudukan pemenang, dan dalam konteks anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, lazimnya penganjur menamakan kedudukan sebagai Tempat Pertama, Tempat Kedua dan seterusnya. Pun begitu, menurut pandangan Pentadbir, perkara ini tertakluk pada amalan sedia ada atau yang mungkin  diperincikan dalam buku panduan tertentu pihak penganjur.

Atas pertimbangan kesesuaian konteks umum, disyorkan menggunakan sama ada Johan/Naib Johan/Tempat Ketiga (pada skala kebangsaan atau antarabangsa) atau Juara/Naib Juara/ Tempat Ketiga (pada skala sederhana/kecil).
 
Tatabahasa08.05.2025
Penggunaan ayat yang betul seperti lampiran
Cara menulis frasa tersebut boleh menggunakan dua kaedah, sama ada menggunakan nombor atau dieja, seperti contoh yang berikut:
  1. Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)
  2. Rancangan Malaysia Kedua Belas
Tatabahasa30.04.2025
Penggunaan singkatan yang betul, adakah RMKe-13 atau RMK-13? RMKe-12 atau RMK-12?
Jawapan yang betul ialah RMK-13 dan RMK-12.
Ejaan30.04.2025
Penggunaan secara sekata?Sila kemukakan soalan yang jelas supaya kami dapat memberikan jawapan yang tepat.Tatabahasa01.04.2025
12345678910...

Kembali ke atas