Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggunaan nya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Pertanyaan saya berkaitan tentang penggunaan "nya". Adakah penggunaan nya boleh untuk merujuk kepada haiwan? Sebagai contoh ayat berikut; "Gigi ketam berada di dalam perutnya." Sekiranya tidak boleh digunakan, apakah ayat yang sesuai? Soalan kedua ialah bagaimanakah untuk menggunakan perkataan "nya". Boleh berikan contoh penggunaan ayat. Sekian, Terima kasih.
  1. Penggunaan -nya merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan hanya boleh digunakan pada manusia. Ayat yang lebih tepat ialah Gigi ketam berada di dalam perut.
  2. Contoh ayat yang menggunakan kata ganti nama diri orang ketiga -nya ialah, Mimi mengundang Ai Ling dan Kencana datang ke rumahnya.
    Selain sebagai kata ganti nama diri orang ketiga, perkataan -nya juga berfungsi sebagai kata penekan dan pembenda. Contoh ayat seperti yang berikut:
    Kata penekan – Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.
    Kata pembenda – Lajunya ialah 100 km sejam.

 Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mengetahui maklumat lanjut.

Tatabahasa26.07.2021
Assalamualaikum, Ekoran pertanyaan saya berkaitan penggunaan -nya keada bukan manusia, bolehkan -nya digunakan untuk merujuk binatang atau tumbuhan. Contohnya dalam ayat yang berikut: a. Binatang: 1. Anjing itu mati dilanggar kereta. Bangkainya dibiarkan di tepi jalan. b. Tumbuhan 1. Bawang semakin sukar didapati di pasaran. Harganya meningkat dengan mendadak. Terima kasih

Waalaikummussalam saudara Mohd Januri,

Nya ialah kata ganti diri nama orang ketiga. Oleh itu, penggunaan "nya"  merujuk kepada manusia bukannya merujuk kepada haiwan dan tumbuhan.
Menerusi contoh ayat yang diberikan memadai sekiranya diganti dengan menggunakan perkataan di bawah:

1. Anjing itu mati dilanggar kereta. Bangkai anjing itu dibiarkan di tepi jalan.

2. Bawang semakin sukar didapati di pasaran. Harga bawang meningkat dengan mendadak.

Selain bertindak sebagai kata ganti nama diri orang ketiga 'nya' juga bertindak sebagai kata pembenda/penekan.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui maklumat lanjut.

Tatabahasa08.09.2012
Salam sejahtera, Bolehkah Tuan/Puan menyatakan sama ada penggunaan 'nya' dalam ayat berikut adalah betul? Jika tidak, apakah cadangan ayat yang lebih gramatis? 1) Burung dapat mengekalkan suhu badannya kerana burung berdarah panas. 2) Objek itu stabil kerana tapaknya yang besar. 3) Ikan menggunakan siripnya untuk berenang dalam air. Sekian, terima kasih. CKNya ialah kata ganti diri orang ketiga. Oleh itu, penggunaan "nya" dalam ayat contoh yang diberikan adalah tidak gramatis. Berdasarkan ayat tersebut kata "nya" boleh digugurkan seperti Burung dapat mengekalkan suhu badan kerana burung berdarah panas.Tatabahasa19.01.2012
Encik Shamsudin merupakan seorang doktor. Beliau menjaga pesakitnya dengan baik. Adakah penggunaan nya boleh diterima dalam ayat ini? Atau kita kena tulis: Beliau menjaga pesakit beliau dengan baik.? Terima kasih.Ayat Beliau menjaga pesakitnya dengan baik adalah betul.Tatabahasa27.09.2021
saya ingin bertanyakan apa perbezaan di antara pascasiswazah dan pascaijazah. bilakah penggunaan nya dalam ayat.Pascasiswazah membawa maksud penuntut yang meneruskan pendidikan yang lebih tinggi selepas menamat­kan ijazah pertama. Pascaijazah juga boleh membawa maksud yang sama. Lazimnya, istilah "pascasiswazah" digunakan.Istilah17.09.2015
Rangsangan: Terdapat pelbagai medium yang telah digunakan oleh manusia untuk menulis. Antaranya termasuklah batu, daun, kayu dan kulit binatang yang digunakan untuk merakamkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka. Soalan: Dalam perkataan “antaranya’, -nya merujuk kepada pelbagai medium. Adakah penggunaan -nya ini gramatis?Penggunaan "nya" dalam contoh tersebut tidak gramatis kerana "nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga. Sepatutnya ayat tersebut ditulis "Antara medium yang telah digunakan oleh manusia untuk menulis termasuklah batu, daun, kayu dan kulit binatang yang digunakan untuk merakamkan pelbagai peristiwa yang berlaku di sekeliling mereka."Tatabahasa16.04.2012
saya ada kemuskilan mengenai penggunaan perkataan nya. adakah penggunaan kawan-kawannya itu salah?Penggunaan -nya dalam perkataan kawan-kawannya adalah betul.Tatabahasa19.07.2013
Adakah penggunaan nya boleh digunakan pada kata kerja? Apakah fungsi imbuhan nya?Salam sejahtera,

Fungis 'nya' ialah sebagai kata pembeda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga.
Tatabahasa11.06.2020
Salam sejahtera. Saya dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan tajuk program Pelibatan Ibu Bapa dan Sekolah. Adakah maksud atau penggunaan nya berbeza dengan Penglibatan Ibu Bapa dan Sekolah?Mengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk  yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri ‘penglibatan” iaitu melibatkan diri sesuatu hal  atau perkara, jadi “penglibatan” juga boleh digunakan untuk maksud yang sama dengan “pelibatan”.Tatabahasa19.02.2014
Dalam penulisan kreatif, adakah penggunaan "-nya" untuk merujuk kepada benda berbanding manusia dianggap tidak salah dalam bahasa Melayu?

-nya merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan hanya digunakan pada manusia.  Selain itu, -nya juga berfungsi sebagai kata penekan dan pembenda.

Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya, seperti contoh ayat yang berikut:

  1.     Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.
  2.     Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.

Kata  pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, seperti contoh ayat yang berikut:

  1.     Lajunya ialah 100 km sejam.
  2.     Datangnya secara mendadak.

Oleh yang demikian, penggunaan -nya tidak boleh digunakan bagi merujuk kepada benda.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 103 - 104 dan 295 - 296.

Tatabahasa20.09.2023
12345678910...

Kembali ke atas