Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggunaannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah kata 'dengan' yang merupakan kata sendi nama, juga berfungsi sebagai kata hubung atau jenis kata yang lain? Jika ya, sila nyatakan jenis-jenis kata tersebut, maksud setiap daripadanya, dan juga tolong terangkan penggunaan-penggunaannya serta kemukakan contoh penggunaannya.

Kata dengan hanya berfungsi sebagai kata sendi nama yang hadir di hadapan kata nama atau frasa nama dalam struktur ayat yang membawa maksud 1. bersama-sama atau beserta (keterangan penyertaan), contohnya: “Abdullah menelaah mata pelajaran sains dengan kawannya”. 2. Cara sesuatu itu dilakukan (keterangan cara), contohnya: “Sumbangannya kami terima dengan hati terbuka.” 3.Memakai atau menggunakannya (keterangan alat), contohnya: “Ani melukis potret itu dengan cat air.” 4. Menyatakan perbandingan yang serupa atau sama, contohnya: “Tentu tidak sama emas dengan perak.”

 

 

Tatabahasa20.12.2021
Ejaan sebenar untuk perkataan ataupun dan contoh penggunaannya dalam ayat

Ejaan sebenar perkataan ataupun dirapatkan. Penggunaannya dalam ayat contohnya, Artikel munsyi biasanya dikeluarkan dalam majalah Pelita Bahasa ataupun Jurnal Bahasa.

Ejaan13.04.2020
Apa perbezaan antara "benar-benar" dan "betul-betul" dari segi penggunaannya? Apakah perbezaan antara "sebagai" dan "yang merupakan" dari segi penggunaannya? Terima kasih.

"Benar-benar" dan "betul-betul" secara umumnya mempunyai maksud yang bersinonim iaitu  1.  sangat benar, sangat betul 2. sungguh-sungguh,  3. sudah sempurna,    4. tepat benar: 5. dgn baik dan sempurna. Walau bagaimanapun perkataan tersebut boleh memberi maksud yang sama dan juga maksud yang berbeza berdasarkan konteks ayat. Contohnya: 
1) Saya betul-betul berasa lapar sekarang/ Saya benar-benar berasa lapar sekarang (bermaksud sangat lapar) 
2) Dia betul-betul berdiri di hadapan saya (membawa maksud kedudukan yang tepat) 
3) Dia benar-benar berdiri di hadapan saya. (membawa maksud jarak yang sangat hampir)
4) Kata-katanya itu benar-benar meninggalkan kesan di hatiku (nilai rasa - sangat terasa)

Manakala contoh penggunaan "sebagai" dan "yang merupakan" ialah: 
1) Sebagai seorang sahabat, dia sentiasa memberi semangat dan dorongan  kepada Aishah untuk pulih daripada penyakit kanser.  
2) Dialah yang merupakan sahabat terbaik yang sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada Aishah untuk pulih daripada penyakit kanser.  


 

Tatabahasa28.04.2020
Saya sedang melakukan penulisan. terdapat perkataan yang saya kurang jelas maksud dan penggunaannya. bolehkah pihak tuna/puan perjelaskan perkataan diabawah dan penggunaannya. Rintis, Merintis? Rentis, ?Untuk mendapatkan makna kata, sila manfaatkan laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. Contoh: (i) Rintis - jalan kecil atau usaha awal (ii) Merintis - menebang pokok untuk membuat jalan atau mempelopori sesuatu usaha (iii) Merentis - tiada dalam data kamiMakna21.11.2016
Yang manakah betul? Dimomokkan atau dimomok-momokkan?Penggunaan dimomokkan dan dimomok-momokkan, kedua-duanya betul dan penggunaannya perlu disesuaikan dengan konteks penggunaannya. Untuk maklumat lanjut layari laman web kami dan lihat contoh penggunaan kedua-dua kata tersebut.Tatabahasa11.03.2016
Apakah perbezaan antara perkataan tafsiran, pentafsiran, dan penafsiran dari segi makna dan penggunaannya? Ketiga-tiga perkataan ini dilihat sama maknanya dan bebas tempat penggunaannya.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "tafsiran" ialah "penjelasan (ayat-ayat Quran), tafsir, hasil mentafsirkan, pengertian atau pendapat", maksud "pentafsiran" pula ialah "perihal (perbuatan) mentafsirĀ­kan (sesuatu), dan penafsiran atau perihal menaksir" manakala "penaksiran" bermaksud "perihal menaksir". Maka kesemua perkataan ini boleh digunakan mengikut konteks ayat yang bersesuaian.Tatabahasa20.08.2022
Apakah perbezaan antara "kebertanggungjawapan" dan "kebertanggungjawaban" dan bagaimana penggunaannya?Jawap dan jawab boleh digunakan dan merupakan varian. Jawab adalah betul dari segi morfologi manakala jawap pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawap sebagai subentri kepada jawab. Perkataan yang lebih tepat ialah kebertanggungjawabanTatabahasa19.12.2017
"Merujuk perkara di atas." Adakah penyataan ini tepat dan betul penggunaannya dalam awalan surat rasmi? Saya ingin mendapat pandangan pihak DBP berkenaan perkara ini, kerana saya mendapat maklum penyataan tersebut digunakan oleh pihak INTAN. Kebiasaannya, penyataan yang selalu digunakan seperti, "Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk." dikatakan tidak betul penggunaannya.

Ayat yang sempurna ialah Saya merujuk perkara di atas. Walau bagaimanapun, dalam penulisan surat, kesantunan berbahasa amatlah dititikberatkan. Pihak kami mencadangkan pihak tuan menggunakan ayat yang lebih santun dalam surat seperti contoh yang tuan berikan.

Tatabahasa10.08.2020
Saya tertarik dengan Tweet DBP tentang konsep kecantikan wanita dalam budaya Melayu, tetapi saya tidak tahu cara penggunaannya. Dahi (Sehari bulan), kening (awan ditulis), hidung (kuntum melur belum kembang), mata (bintang timur), telinga (telepuk kayu), dagu (lebah bergantung) dan jari (tombak serai). Bolehkah diberikan contoh ringkas penggunaannya dalam ayat dan mengapakah tidak saya jumpa istilah - istilah ini dalam Kamus Dewan?

Semua perkataan tersebut tergolong dalam perumpamaan. Perumpamaan bermaksud sejenis peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain (umumnya mengandungi ajaran).

Sebagai contoh, dahi sehari bulan bermaksud dahi yang elok bentuknya. (Contoh ayat: Kecantikan Aminah disebut-sebut anak teruna kampung bagai dahi sehari bulan.)
Sastera22.06.2018
Salam sejahtera, adakah 'cendawan tumbuh selepas hujan' peribahasa? Pada pengamatan saya, ungkapan ini membawa makna 'muncul dengan banyaknya pada sesuatu ketika'. Maka, saya merasakan bahawa penggunaannya dalam ayat 'Masalah sosial umpama cendawan tumbuh selepas hujan dewasa ini' salah. Pada saya, penggunaannya yang betul ialah 'Pada era teknologi maklumat dan komunikasi ini, kafe siber muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Balasan dan penjelasan tuan/puan amat saya hargai. Sekian. Kay Seven Bukir Mertajam, Pulau Pinang.Kami bersetuju dengan pandangan tuan. Terima kasih.Lain-lain20.12.2016
12345678910...

Kembali ke atas