Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggunanya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud kejelikitan dan penggunanya dalam ayatJeleket (bukan jelikit) bermaksud melekat biasanya pada kertas, kelopak mata, dan lain-lain. Kejeleketan bermaksud keadaan jeleket; contohnya, "Kejeleketan menyebabkan ia sukar membuka kelopak mata dengan cepat".Makna28.07.2009
Apakah itu Psikologi Pendidikan? Apakah definasinya dan bagaimana penggunanya

Psikologi pendidikan ialah kajian tentang bagaimana manusia belajar dalam latar pendidikan, keberkesanan campur tangan pendidikan, psikologi pengajaran, dan psikologi sosial sekolah sebagai pertubuhan.

Psikologi pendidikan melibatkan diri tentang bagaimana pelajar belajar dan berkembang, seringnya dengan menumpukan subkumpulan seperti kanak-kanak bergeliga dam mereka yang kehilangan upaya.
Makna18.01.2009
1)apakah punca-punca pencemaran bahsa melayu? 2)apakah langkah-langkah mengatasi pencemaran bahasa melayu?Bahasa Melayu tercemar kerana penggunanya tidak berpegang pada tatabahasa, ejaan, tanda baca, istilah, dan sebagainya termasuk sebutan yang diamalkan oleh penuturnya. Kini telah wujud bahasa rojak dan bahasa SMS yang sama sekali tidak bertepatan dengan struktur bahasa Melayu yang baku. Langkah bagi mengatasi masalah ini ialah pengguna hendaklah menguasai kemahiran dan pengetahuan bahasa Melayu dan menggunakanya secara betul sama ada dalam liusan atau tulisan.Makna25.07.2006
Salam sejahtera. Pertanyaan, "Dia begitu bangga dengan kedudukannya sehingga (mula atau mulai) menindas orang lain." Perkataan mana satukah yang lebih tepat penggunanya dalam Bahasa Melayu? Terima kasih.Dia begitu bangga dengan kedudukannya sehingga mulai menindas orang lain. Mulai bermaksud mula-mula melakukan sesuatu.Tatabahasa04.04.2013
Saya ingin bertanya kepada pihak DBP mengapa pihak DBP tidak mempermudahkan sistem memohon perkerjaan melalui online?pada pendapat saya ianya lebih memudahkan penggunanya untuk memohon secara online seperti hal yang berlaku kepada saya yang duduk jauh dari kawasan semenanjung, saya menetap di Sarawak

Sdr,

Terima kasih di atas cadangan tersebut. Insyaallah kami akan menuju ke arah itu.

Lain-lain04.02.2009
Salam sejahtera DBP, adakah pihak anda akan mengemas kini pangkalan data padanan kata bagi istilah 'food safety', 'food sovereignty' dan 'food security'? Penggunaan istilah keselamatan makanan (food safety), keterjaminan makanan (food security) dan kedaulatan makanan (food sovereignty) saya kira sudah mantap kerana boleh dicari penggunanya secara meluas di Internet oleh orang awam dan juga jabatan-jabatan kerajaan. Data DBP tidak membezakan food security dan food safety (yakni kedua-duanya dipadankan dengan keselamatan makanan) dan tiada entri untuk food sovereignty.

Untuk makluman istilah bahasa Melayu untuk safety dan security ialah "keselamatan". Istilah security boleh juga diterjemahkan kepada sekuriti. Dalam data kami, terdapat istilah “food security policy" yang diterjemahkan kepada "dasar keselamatan makanan" yang digunakan dalam bidang sains politik. Manakala "food safety assessment” yang diterjemahkan kepada "Penilaian keselamatan Makanan" yang digunakan dalam bidang perubatan. Kedua-dua istilah tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat dan bidang.

Penetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek yang melibatkan pakar bidang berkenaan. Sehingga kini belum ada usaha untuk meminda penetapan yang telah dibuat.

Tiada maklumat tentang perkataan food sovereignty dalam pangkalan data kami. Pihak kami akan mengemukakan perkataan tersebut dalam jawatankuasa yang berkenaan dan akan memaklumkan kepada pihak tuan selanjutnya.

Istilah19.11.2018
Salam Sejahtera, Saya ingin membuat aduan tentang laman PRPM yang tidak berapa stabil dan konsisten sejak beberapa hari yang lalu. Pertamanya, sambungan ke laman terputus-putus dan keduanya, ketersediaan Kamus Bahasa Inggeris tidak konsisten, misalnya tidak boleh diakses dua hari yang lepas, kembali pulih semalam, namun tidak boleh diakses semula hari ini. Saya berharap laman PRPM dapat dipulihkan secepat mungkin agar terus membantu ramai penggunanya yang lain seperti saya. Terima kasih. Salam hormat, Puan GeethaSalam sejahtera,

Puan,

Maklumat dari Bahagian Sistem Maklumat menyatakan terdapat gangguan sistem dan sedang cuba diatasi.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain21.09.2019
Isu kesantunan bahasa yang digunakan masa kini, adakah bahasa yang digunakan tidak melambangkan bahasa melayu yang baik, contohnya sidang parlimen sekarang yang tidak mencerminkan budaya dan bahasa melayu yang sebenar?

Dalam konteks rasmi pengguna disarankan menggunakan bahasa tinggi sesuai dengan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, lebih-lebih lagi di dewan yang mulia dan penghuninya terdiri daripada kalangan Ahli-ahli Yang Berhormat sewajarnyalah menggunakan bahasa tinggi. Bahasa Melayu lengkap dengan kosa kata yang elok dan baik untuk penggunanya dan terserah kepada penuturnya untuk membuat pilihan dan kerana kera itulah banyak disebut orang Bahasa Menunjukkan Bangsa. Terima kasih.

Lain-lain31.12.2008
saya ingin tahu maksud telefon pintar

Selamat petang saudari Mila,

Di pihak kami tiada maklumat teperinci mengenai telefon pintar tetapi menurut sumber di
http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_pintar
 telefon pintar ialah telefon bimbit yang memiliki ciri pengkomputeran maju berbanding dengan telefon bimbit biasa. Telefon pintar membolehkan penggunanya memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan pelantar telefon seperti Symbian, Android, iOS atau Windows Phone.

Selain itu saudari juga boleh merujuk sumber dari laman web Metro
http://www.hmetro.com.my/articles/OSbentukkaedahpenggunaan/Article untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai telefon pintar.

Makna15.10.2012
Tak, nak, tapi, saja, ni dan sebagainya dapat dinamakan perkataan kontot. Wajar atau tidak perkataan seperti ini digunakan (a) dalam karya sastera (b) tulisan di media massa seperti akhbar dan majalah terbitan DBP (c) terbitan kerajaan seperti pekeliling dan laporan tahunan?Penggunaan perkataan ini bergantung pada konteks dan media. Dalam terbitan rasmi seperti pekeliling, laporan, dokumen rasmi lain seperti akhbar dan terbitan DBP ini tidak digunakan.  Walau bagaimanapun dalam penulisan kreatif seperti novel,  dialog atau dalam bahan bercetak seperti poster bentuk seperti boleh digunakan bergantung pada tujuan dan sasaran penggunanya.Tatabahasa17.01.2009
12

Kembali ke atas