Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.han.ta.ran] | ڤڠهانترن

Definisi : perihal (perbuatan, kerja) menghantar (mengirim dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.han.ta.ran] | ڤڠهانترن

Definisi : perbuatan atau proses menghantar: Saraf tunjang mempunyai tugas yg berkaitan dgn ~ rangsang ke otak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hantar
Kata Terbitan : berhantar, menghantar, hantar-menghantar, hantaran, penghantaran, penghantar,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta bantuan ejaan jawi untuk : 1)PERKHIDMATAN PENGHANTARAN SEGERA Terima KasihPERKHIDMATAN PENGHANTARAN SEGERA = ڤرخدمتن ڤڠهانترن سݢراLain-lain01.01.2020
assalamualaikum saya ingin mendapat khidmat nasihat penerbitan untuk penghantaran artikel. jadi untuk memudahkan penghantaran boleh saya mendapatkan nombor individu yang terlibat atau emel dalam bidang penerbitan. selain itu, saya juga ingin mengetahui panduan untuk penulisan artikel gaya Dewan. terima kasih.Alamat e-mel editor setiap majalah DBP ada tertera dalam majalah itu. Gaya Dewan hanyalah gaya penerbitan, bukannya gaya penulisan. Artikel untuk majalah hanya perlu bertaip dua langkau menggunakan perisian Words dan boleh terus dihantar ke alamat e-mel editor majalah DBP.Lain-lain26.05.2009
Minta bantuan ejaan jawi untuk 1) PERKHIDMATAN PENGHANTARAN EKSPRESS 2) PUSAT INFOMASI1. PERKHIDMATAN PENGHANTARAN EKSPRES = ڤرخدمتن ڤڠهانترن ايکسڤريس

2. PUSAT INFORMASI = ڤوست اينفورماسي
Lain-lain01.01.2020
Saya keliru tentang perkataan seluruh. Jika seluruh negara digunakan adakah ia meliputi satu dunia? Atau hanya melibatkan negara individu? Contoh ayat, "Adakah penghantaran ini meliputi seluruh negara?" Adakah penghantaran tersebut merangkumi satu dunia atau Malaysia sahaja? Terima kasih.Frasa seluruh negara (contoh: Malaysia) hanya meliputi negara (Malaysia) tersebut sahaja dan tidak melibatkan negara lain.Makna24.01.2019
Saya membuat langganan majalah dewan pelajar selama setahun hingga Julai 2020. Alamat penghantaran majalah didik saya adalah di Tingkat 6, Bahagian Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan MARA, 50609 KL. Memandangkan perintah kawalan oleh kerajaan yang bermula dari 18/3 hingga 28/4/2020, saya ingin membuat permohonan pada pihak tuan supaya penghantaran majalah tersebut boleh di buat di alamat saya yang telah didaftarkan dalam rekod pendaftaran pengguna sistem dbp. Harapan saya semoga tindakan ini dapat dilakukan segera memandangkan anak saya amat memerlukan majalah tersebut sebagai bahan ulangkaji untuk UPSR pada tahun ini. Terima kasih.Salam sejahtera, PENANGGUHAN SEMENTARA OPERASI PEMBELIAN BUKU DBP SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) Dimaklumkan bahawa sepanjang tempoh PKP ini urusan pembelian buku/majalah dalam talian dan di kedai buku DBP ditangguhkan operasi buat sementara waktu. Segala kesulitan berhubung perkara di atas amat dikesali dan pihak kami memohon maaf. Sekian, terima kasih.Lain-lain10.04.2020
Adakah ayat "Borang yang dikemukakan melalui pos" bermaksud borang dihantar melalui pejabat pos sahaja atau bermaksud borang dihantar melalui pejabat pos dan perkhidmatan pengiriman cepat (courier service) sahaja. STKPenghantaran sesuatu benda melalui perkhidmatan kiriman cepat juga dikira sebagai penghantaran melalui pos.  Istilah16.03.2010
ujian BSM-ujian penghantaran emelini merupakan ujian BSMEjaan28.04.2020
ZMF Enterprise PERKHIDMATAN PENGHANTARAN KE RUMAH DISEDIAKANSila kemukakan soalan tuan dengan jelas. Jika pengesahan bahasa dalam iklan, sila lakukan carian melalui Google portal DBP Sah Bahasa melalui www.dbpsahbahasa.my .Makna09.06.2017
PEJABAT URUSAN DAN PENGHANTARAN DATEX LOGISTICS SDN.BHD.Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama saudara perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain13.01.2012
GD ExpressPenghantaran cepatIstilah14.05.2007
123456

Kembali ke atas