Salam. Apakah terjemahan yang betul untuk "Dissolution of the Monasteries"? Terima kasih. | Untuk makluman tidak terdapat istilah khusus untuk dissolution of the monasterises. Walau bagaimanapun, terdapat istilah dissolution yang padanan bahasa Melayunya ialah penghapusan, pembubaran dan pemansuhan. Istilah bahasa Melayu untuk monastery ialah biara. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah penghapusan biara. | Istilah | 06.12.2012 |
Apakah terjemahan yang betul untuk "Dissolution of the Monasteries"? Terima kasih. | Untuk makluman tidak terdapat istilah khusus untuk dissolution of the monasterises. Walau bagaimanapun, terdapat istilah dissolution yang padanan bahasa Melayunya ialah penghapusan, pembubaran dan pemansuhan. Istilah bahasa Melayu untuk monastery ialah biara. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah penghapusan biara. | Istilah | 19.12.2012 |
apa perbezaan antara pemansuhan dan pembatalan. | Menurut Kamus Dewan Edisi keempat pemansuhan bermaksud perbuatan (tindakan dsb) memansuhkan, pembatalan, penghapusan; dan pembatalan bermaksud perihal (tindakan, perbuatan, dsb) membatalkan: Oleh itu, kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang sama. | Makna | 10.12.2018 |
Apakah perkataan yang sesuai untuk "union-busting" dalam Bahasa Malaysia? Contoh ayat: Employers regularly employ union-busting tactics to suppress trade unions. | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi 'Employers regularly employ union-busting tactics to suppress trade unions' ialah 'Majikan kerap menggunakan taktik penghapusan kesatuan pekerja untuk menekan kesatuan sekerja.' | Makna | 30.04.2020 |
Terdapat banyak terjemahan bagi "International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination" (ICERD) dalam media tempatan termasuk pihak kerajaan. Apakah terjemahan sesuai bagi istilah ini bagi pendapat pihak DBP? | Terjemahan untuk nama konvensyen merupakan nama khas yang telah dipersetujui oleh pihak yang berautoriti. Dari sudut bahasa, kami mencadangkan Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum memandangkan setiap perkataan bahasa Inggeris ICERD mempunyai padanan dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 23.11.2018 |