Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ha.si.lan] | ڤڠحاصيلن

Definisi : 1. perihal (usaha dsb) meng­hasilkan (mengeluarkan), pengeluaran: Malaysia sangat terkemuka dlm ~ timah; ~ getah dan minyak kelapa sawit; benda-benda biasanya melalui beberapa tingkatan dlm ~ dan pemakaiannya; 2. pendapatan, perolehan (wang dll): meskipun ~nya tidak seberapa tetapi dapatlah juga ia membantu kami; ~ getahnya jatuh menjadi nombor dua terpenting; pajak ~ Id pajak pendapatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ha.si.lan] | ڤڠحاصيلن

Definisi : perbuatan (usaha, kegiatan) menghasilkan; pengeluaran: ~ minyak; Malaysia terkenal dgn ~ bijih timah dan getah. Kita telah mengkaji bahawa perubahan kimia diikuti oleh penyerapan atau ~ haba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hasil (kata nama)
1. Rujuk dapat pendapatan

2. Rujuk panen

3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,

4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil,

Peribahasa

Dalam berselam,
     dangkal berjingkat.

Bermaksud :

Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana utk saya mencuba bakat dalam penghasilan puisi atau artikel?

Untuk mencuba bakat dalam penghasilan puisi atau makalah, sdr teruskanlah menghasilkannya dan menghantarkannya kepada editor majalah terbitan DBP. Majalah DBP yang menyiarkan puisi ialah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Siswa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Pelita Bahasa.  Alamat e-mel bagi masing-masing majalah ialah rozninah@dbp.gov.my mohidin@dbp.gov.my yusaida@dbp.gov.my zaidi_i@dbp.gov.my arruslan@dbp.gov.my armin@dbp.gov.my . Makalah yang disiarkan juga mengikut tema majalah masing-masing. Sekian, dan selamat berkarya.

 

 

 

Lain-lain27.02.2010
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya tentang penghasilan manuskrip. 1.Apakah yang perlu ada dalam sesebuah manuskrip yang ingin dihantar dan bagaimanakah untuk mendapatkan lampiran yang pihak DBP kehendaki? 2. Jika karya dalam manuskrip yang ingin dihantar pernah disiarkan, adakah saya perlu sertakan kredit (di mana karya itu pernah disiarkan) dan adakah untuk menerbitkannya saya perlu mendapatkan kebenaran penerbit asal? 3. Jika perlu disertakan kredit, bagaimana pula dengan karya saya yang pernah tersiar dalam sisipan Tunas Cipta dalam Dewan Sastera? Adakah saya perlu menyertakan kredit Dewan Sastera atau Tunas Cipta? 4. Bagaimana pula dengan karya siber yang ingin dihantar sebagai manuskrip, adakah perlukan sumber? Diharap soalan-soalan ini dapat dijawab kerana saya sedikit jahil tentang penyediaan manuskrip. Wassalam.

Persoalan sdr. adalah tentang harta intelek dan penghasilan sesebuah karya. Dalam harta intelek, ada disebut idea dan pernyataan idea. Idea boleh diambil daripada mana-mana sumber, tetapi pernyataan idea seperti sesebuah karya orang lain, tidak boleh ditiru kerana dilindungi oleh undang-undang hak cipta.

 Sesebuah manuskrip adalah pernyataan idea, dan pernyataan idea ini mestilah lahir daripada pengarang itu sendiri, bukan dicedok daripada mana-mana karya orang lain.

Tentang karya sendiri yang pernah terbit, tidak perlulah dinyatakan sumbernya kerana itu karya sendiri, bukan karya orang lain.

Tentang kredit atau penghargaan kepada pengarang yang karyanya diambil, itu hanyalah setakat pemakluman, tetapi bukan remedi terhadap pelanggaran undang-undang hak cipta.

Karya yang pernah tersiar dalam Internet pasti ada penulisnya, dan penulis itulah tuan punya hak ciptanya. Karya sedemikian adala seperti karya-karya lain, dilindungi oleh undang-undang harta intelek.

Lain-lain08.11.2008
Tanaman secara SRI (system of Rice Intensification) merupakan satu kaedah untuk meningkatkan penghasilan padi dengan mengubah sistem pengurusan pokok, tanah, air dan permakanan. Kaedah SRI menjadikan tanaman lebih sihat, tanah dan pokok yang lebih produktif dengan menggalakkan pembesaran akar yang lebih besar. Ia juga akan menjaga dan mewujudkan organisma dalam tanah.Berikut merupakan ayat yang telah dipinda.

Tanaman secara SRI (system of Rice Intensification) merupakan satu kaedah untuk meningkatkan penghasilan padi dengan mengubah sistem pengurusan pokok, tanah, air dan pemakanan. Kaedah SRI menjadikan tanaman lebih sihat, tanah dan pokok lebih produktif dengan menggalakkan pembesaran akar yang lebih besar serta menjaga dan mewujudkan organisma dalam tanah.
Tatabahasa14.10.2013
Salam, saya ingin bertanya berkenaan penghasilan soalan klon mengikut kertas peperiksaan. Saya merupakan seorang editor, saya ingin tahu dari segi apa yang dikatakan sebagai soalan klon?Adakah melalui isinya yang ditiru hampir dengan soalan kertas peperiksaan, atau dari segi format, atau dari segi jenis atau struktur soalan?Acapkali definisi soalan klon yang saya dapat melalui penulis agak berbeza-beza. Atau sebenarnya soalan klon itu bergantung kepada penulis itu sendiri untuk 'meniru' bahagian2 tertentu atau sebenarnya selama ini para penulis kami silap tafsir dalam definisi soalan klon kertas peperiksaan?Dan jika sudah namanya soalan klon, adakah ini bermakna setiap penggunaan tatabahasa seperti imbuhan 'kan', atau sebagainya perlu sama seperti kertas peperiksaan?Harap2nya soalan saya ini jelas dan semoga DBP dapat membantu. Sekian, terima kasih.Dalam Kamus Dewan klon bermaksud  produk yang dihasilkan menyerupai model asal dari segi fungsi, ciri dan sebagainya. Walau bagaimanapun tidak ada tafsiran yang jelas tentang soalan klon yang saudara perlukan dalam pangkalan data kami. Hal ini perlu dirujuk kepada pihak yang lebih arif termasuklah dalam hal perundangan, sedangkan kamus hanya dapat memberikan makna kata tersebut dari aspek umum.Tatabahasa14.08.2012
1.Bolehkah perkataan kantoi digunakan dalam penghasilan karya kreatif seperti novel dan cerpen. Jika disemak di dalam kamus dewan online tidak wujud makna kantoi. 2.Adakan usyar ejaan yang betul?1. Perkataan kantoi digunakan dalam bahasa percakapan atau slanga. Pada pandangan kami sedapat mungkin karya kreatif juga perlu menggunakan bahasa yang betul kecuali dalam kes tertentu seperti jika memetik dialog dan perbualan. 2. Usyar ialah bahasa percakapan yang bermaksud memerhati (biasanya buat beberapa ketika).Tatabahasa21.02.2012
APAKAH ITU CERPEN JENIS KORPORAT? CONTOH? BAGAIMANAKAH CARA PENGHASILAN KERTAS KERJA TENTANGNYA.
Salam Sejahtera. Secara umum cerpen jenis korporat ialah cerpen yang membincangkan atau menceritakan  tentang atau berkaitan dengan syarikat atau perbadanan. Cerpen-cerpen berkaitan dengan dunia korporat ini telah banyak ditulis. Salah seorang penulis yang sering mengangkat isu dunia korporat ialah Azmah Nordin. Untuk merujuk contoh cerpen-cerpen tersebut, sila dapatkan kumpulan cerpen beliau yang berjudul "Wizurai", terbitan DBP, 1997.
Lain-lain12.01.2010
Ingin tahu tafsir perkataan yang betul" Production" yang digunakan dalam penghasilan audio video. Apabila saya membuat semakan "Produksi" (Bahasa indonesia) Cth: Produksi, pra-produksi, pasca produksi Jika diguna perkataan "Penerbitan" pula sering dikaitkan dengan pencetakan atau "Publication". Adakah perkataan Produksi Audio Video diterima pakai dalam Bahasa Malaysia yang betul?Terjemahan pelbagai istilah production ke dalam bahasa Melayu ialah penerbitan, pengeluaran dan penyiaran mengikut konteks penggunaannya. Bidang Komunikasi Massa menerima pakai istilah penerbitan, manakala bidang Teknologi Maklumat menerima pakai istilah pengeluaran dan penyiaran. Berdasarkan konteks penggunaan istilah tersebut, padanan yang sesuai ialah production - penerbitan/pengeluaran, preproduction - prapenerbitan, postproduction - pascapenerbitan. Dalam Daftar Istilah MABBIM perkataan produksi digunakan di Indonesia tetapi Malaysia dan Brunei tidak menerima pakai istilah tersebut.Istilah27.03.2012
Meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya inovasi serta 1 Malaysia di kalangan rakyat Malaysia ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat.

Saudara,

Tiada soalan dikemukakan. Sila jelaskan kemusykilan saudara.  

Lain-lain09.11.2010
apakah yang dimaksudkan dengan pemajmukan istilah?Pemajmukan ialah perihal (proses atau perbuat­an) memajmukkan, penghasilan atau pen­ciptaan sesuatu dgn memadukan dua atau beberapa bahagian atau unsur, penggabungan unsur-unsur dsb menjadi satu kesatuan: peng-gabungan perkataan yg membawa satu makna yg tertentu disebut ~ dan hasilnya disebut kata majmuk.Makna01.02.2010
Saya cadangkan DBP agar tidak menggalakkan pengguna bahasa menggunakan kata 'orang-orang' sebagai jamak kepada 'orang' kerana hal ini banyak mendatangkan kekeliruan terutama dalam penghasilan sarikata televisyen dan mengakibatkan kami syarikat media sukar menjelaskan hukum tatabahasa kepada penterjemah/pelanggan kami. Hadkan sahaja 'orang-orang' kepada maksud 'scarecrow'/'puppets' atau sebarang objek selain daripada manusia.Terima kasih.Kata 'orang' tidak perlu digandakan kerana 'orang' boleh membawa maksud tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. 'Orang-orangan' bermaksud patung atau menyerupai manusia. Lihat Kamus Dewan untuk maklumat lanjut. Tatabahasa17.03.2011
123

Kembali ke atas