Menerusi media massa suatu ____ akan dapat dicanang secara cepat dan tepat. 'perkhabaran' atau 'penghebahan', yang manakah paling sesuai bagi ayat di atas? | Perkataan yang paling tepat ialah penghebahan. | Tatabahasa | 20.07.2013 |
Terima kasih atas jawapan yang telah lalu. Ada jawapan (seperti mutiara kata ialah simpulan bahasa) dapat meningkatkan keyakinan saya menggunakan bahasa dan memberikan panduan kepada pelajar. Soalan: “Perkara itu sudah diuar-uarkan melalui akhbar dalam talian.” Benarkah kata kita boleh “menguar-uarkan” sesuatu melalui akhbar? | Kamus Dewan Edisi Ketiga mentakrifkan kata "menguar-uarkan" ; meneriak-neriakkan sesuatu utk memberitahu orang ramai, mengumumkan (memberitahukan) sesuatu dgn suara yg kuat; 2. ki menghebahkan atau menyiar-nyiarkan khabar (berita dll): sejak agama Tuhan masuk ke mari, adat lama pusaka usang yg diuar-uarkan Belanda itu tidak ada lagi. Oleh yang demikian, kata menguar-nguarkan boleh digunakan untuk tujuan penghebahan atau pemberitahuan dalam media massa. | Tatabahasa | 05.03.2009 |