Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : cara (menguruskan, menye­leng­garakan) hidup, pencarian: Tuan Sutan menghamun pemerintah kerana cuba menu­kar dan merosakkan ~nya; Badaruddin ak­rab dgn ~ peneroka hutan di negeri Pahang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : cara atau hal menjaga hidup; pencarian: Wang itu cukup utk ~ sehari-hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidup
1. Bersinonim dengan bernyawa
( bernafas, tumbuh, membesar, bercambah, bertunas, berputik, berpucuk, membiak, menjalar, berbuah, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan mati

2. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan segar, betul,
(adjektif:)
Berantonim dengan palsu

3. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan cergas, giat, aktif,
(adjektif:)
Berantonim dengan mati

4. Bersinonim dengan tinggal
( diam, duduk, menetap, menginap, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : hidup-hidup, hidupan, menghidupkan, penghidupan,

Peribahasa

Merantau ke hujung bendul.

Bermaksud :

Pergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh. (Peribahasa lain yang sama makna: Merantau di sudut dapur).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum w.b.t Saya nak tanya padanan yang sesuai bagi 'Normal Start-up' iaitu merujuk kepada tindakan menghidupkan jentera, mesin atau reaktor, dll dlm bahasa Melayu. Adakah penghidupan normal diterima? Bunyinya agak janggal. Sekian, terima kasih.Kami mencadangkan normal start-up diterjemahkan kepada Mula Normal.Penyemakan dan penterjemahan12.05.2017
Salam bahagia, sesetengah pelajar begitu ghairah menggunakan kata 'rentetan' untuk mengungkapkan maksud 'ekoran' atau 'akibat' atau 'gara-gara' dalam penulisan karangan. Sudah berkali-kali saya merujuki Kamus Dewan untuk memastikan penggunaan kata itu betul kerana penggunannya begitu lelluasa sekali. Sebagai contohnya, "Penghidupan nelayan di negara kita terancam rentetan pencemaran laut." Ada pula menggunakan frasa 'rentetan itu' untuk membawa maksud 'sebagai akibatnya'. Contohnya, "Renteran iu, remaja ponteng sekolah dan berpelesiran di kompleks beli-belah." Adakah kata 'rentetan' sesuai dalam konteks kedua-dua kalimat tersebut? Sila berikan penjelasan agar semua pengguna bahasa Melalyu mendapat manfaat daripadanya. Salam hormat, Kay Seven, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Rentetan bermaksud deretan peristiwa atau bunyi. Penggunaan perkataan rentetan hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya. Dalam hal ini guru boleh memainkan peranan untuk membimbing pelajar menggunakan perkataan yang betul berdasarkan konteks ayat.Makna21.12.2016
Perluasan makna untuk perkataan pokok

1. batang kayu dr pangkal ke atas: setiap pohon di hutan itu diberi tanda bersilang pd ~nya;

2. pohon: ~ jati; ~ kemunting; ~ saga;

3. ki perkara (bahagian, hal, dll) yg penting atau utama, hal yg menjadi sebab atau lantaran hal yg menjadi asas atau dasar, hal yg jadi ibu (induk), asal usul: perkara-perkara ~ dlm agama Islam;

4. wang pangkal dlm sesuatu perniagaan, modal; ~ angin awan (mendung) yg bergulung-gulung di kaki langit menandakan angin ribut hendak turun; ~ dasar dasar yg terpenting, asas; ~ fikiran asas atau dasar fikiran (faham, pendapat); ~ hujan mendung; ~ hukum Id asas (dasar) hukum; ~ kalimat Id perkataan dll yg menjadi huraian dlm ayat, subjek; ~ kata = kata ~ kata dasar yg belum diberi penambahan; ~ memanjat sj pokok kecil yg hidupnya memanjat pd pokok-pokok besar dll; ~ pangkal sebab-sebab yg utama (penting), sebab-sebab yg menjadi dasar, punca, asas, dasar; ~ pekerjaan (pencarian, penghidupan) pekerjaan yg menjadi asas bagi penghidupan; ~ pembicaraan (cerita, perundingan) perkara yg dibicarakan (diceritakan, dirundingkan); ~ penanti (Tani) pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dengannya dlm proses cantuman; ~ perselisihan (percederaan, persengketaan, pertikaian) sebab-sebab yg memulakan perselisihan dll; ~ renek sj pokok kecil yg batangnya berteras; ~ ribut awan (mendung) yg menandakan ribut hendak turun; (pd) ~nya (pd) asasnya (dasarnya); ~ tentera Id tentera pusat, ibu (induk) tentera;

Lain-lain09.09.2009

Kembali ke atas