1. Bolehkah kita memulakan ayat dengan perkataan "yang" misalnya, - a) Yang harus diberi perhatian ialah..... b) Yang mana betul, ....? 2. Bolehkah "untuk" digunakan di pangkal ayat, misalnya - Untuk memastikan agar ibu bapa sedar tentang pentingnya pendidikan agama terhadap anak, satu forum khas dianjurkan oleh ..... 3. Apabila kita menggunakan pengikat kata adakah huruf pertama selepas pengikat kata perlu dalam huruf besar, misalnya - Peribahasa "(s)edikit-sedikit lama-lama menjadi bukit" haru dijadikn pegangan oleh... 4. Yang mana betul "Pada masa kini" atau "Kini" | Perkataan yang dan untuk boleh memulakan ayat. Tidak perlu menggunakan huruf besar selepas pengikat kata kecualai yang melibatkan nama khas. Pada masa kini dan kini boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan. | Tatabahasa | 04.09.2008 |
1. Kita harus menghargai masa kerana masa itu emas. Atau Kita harus menghargai masa kerana "Masa itu Emas". 2. | Tidak perlu menggunakan pengikat kata dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 27.07.2010 |
1) ingin kepastian untuk perkataan "yang ke-5." perlu ada tanda "-" atau tidak di antara "ke" dan "5"? 2) Jika ayat ada pembuka kata dan penutup kata, tanda noktah diletakkan sebelum atau selepas penutup kata. Contoh : "Saya sentiasa menyayangi anda." Terima kasih. | 1. "Ulang tahun yang ke-5", inilah contoh penggunaan tanda baca yang betul, ke dengan nombor (1, 10, 100 dan seterusnya) perlu ada tanda sempang. 2. Tanda nokta perlu dibubuh sebelum pengikat kata seperti contoh yang diberi, "Saya sentiasa menyayangi anda." | Tatabahasa | 27.01.2010 |
saya keliru dalam beberapa perkara. 1) perkataan blog dan juga blogger yang digunakan dalam penulisan esei perlu di italik atau tidak? 2) rancangan TV contohnya rancangan Jangan Tidur Lagi yang digunakan dalam penulisan perlu di italik atau perlu diletakkan tanda pembuka kata dan penutup kata. terima kasih daun keladi, nanti saya tanya lagi. | 1. Ejaan blog dan blogger ditulis seperti biasa (tidak perlu dicondongkan), walau bagaimanpun kami mencadangkan saudara menggunakan istilah penulis blog untuk maksud yang sama dengan blogger. 2. Tidakperlu diletakkan tanda pengikat kata (" ") untuk menulis tajuk rancangan televisyen, cukup sekadar menulis frasa tersebut dengan huruf besar pada awal kata. | Lain-lain | 02.04.2009 |
Kami menerima dua jawapan yang berbeza daripada pihak tuan. Mohon pencerahan, yang manakah yang paling tepat antara ayat di bawah (kedua-dua ini adalah jawapan yang diberikan oleh pihak DBP: a) Soalan : Mohon tuan yang bijaksana semak ayat yang manakah menggunakan tanda baca yang betul?: (1) a) "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung, "mungkin dia diperangkap." b) "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung. "Mungkin dia diperangkap." Jawapan : Selepas tanda petikan, mulakan dengan huruf besar. "Maaf, saya tidak bersetuju," kata Salleh sebelum menyambung, "Mungkin dia diperangkap." -24 Nov 2011 b) Soalan : Mohon penjelasan pihak tuan/puan. Ayat berikut adalah ayat yang diucapkan secara putus-putus. Yang manakah lebih tepat? a) Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "kau perlu ingat apa yang pernah berlaku." b) Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "Kau perlu ingat apa yang pernah berlaku." Jawapan : Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "kau perlu ingat apa yang pernah berlaku."-27 Januari 2012 | Sila rujuk petikan di bawah yang diambil daripada novel Kuntum Tulip Biru, karya SN Arena Wati, terbitan DBP dan bandingkan dengan ayat contoh yang saudara sertakan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. "Mariani rindu makanan Asia," kata David sambil ketawa. "Kami harap segera dapatkan rumah, biar saya rasamasakannya sebelum saya pulang ke Amerika." "Kalau tidak kuat, hentikan. Macam saya. Kaulihat. Kerja saya banyak. Saya tinggalkan!" Ninik kembali merenung Pamela. "Kau akan kemukakan supaya kejadian hari ini dibincang?" Berdasarkan petikan tersebut setiap ayat dalam pengikat kata dimulakan dengan huruf besar, namun tanda baca yang sebelum pengikat itu juga perlu jelas, iaitu noktah bukan tanda koma (walaupun ayatnya pendek). Maka huruf dalam pengikat tersebut dimulakan dengan huruf besar besar. Pada masa akan datang kami cadangkan saudara merujuk buku Gaya Dewan dan juga buku terbitan DBP yang banyak menggunakan tanda baca seperti buku teks dan novel. | Ejaan | 31.01.2012 |