| 1. Saya tidak dapat menghantar maklumat melalui 'Pantau Tegur Bahasa' 2. Betulkah penggunaan 'ejen pengimbang', atau sepatutnya 'agen pengimbang'? Istilah ini digunakan dalam ms. 12, Dewan Siswa Julai 2007 , bahagian pendahuluan (baris 4) oleh pengarang Haji Samat Bin Buang. Setelah merujuk Kamus Dewan Edisi 4 untuk mendapatkan maksud kedua-dua perkataan 'ejen' dan 'agen', , saya berpendapat bahawa istilah yang tepat ialah ' agen pengimbang'. Apakah pendapat pihak DBP? Terima kasih. | perkataan yang betul ialah agen penimbang | Makna | 02.08.2007 |
| Adakah istilah angka pengimbang wujud dalam bidang perakaunan? | Istilah angka pengimbang ialah merujuk istilah sumber balancing figure yang berkaitan dengan bidang ekonomi dan boleh juga berkaitan dengan bidang perakaunan. | Lain-lain | 22.12.2017 |
| Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: - jumper - harness - flange-mounted receptacle - optical flying leads (OFL) - mate/de-mate tool - mateable - wet-mate - fiber marshalling unit (FMU) - 1out harness - nominal - mated/unmated - stab - diver - Retrievable Electrical Distribution Unit - bulkhead Bidang teks ialah alat elektronik penerokaan dasar laut. Sekian terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: jumper - jumper harness - abah-abah flange-mounted receptacle - reseptakel bebibir lekap optical flying leads (OFL) - plumbum terbang optikal mate/de-mate tool - perkakas penyambung/perkakas nyahsambung mateable - boleh sambung wet-mate - penyambung basah fiber marshalling unit (FMU) - unit penyusunan fiber 1out harness - 1out harness nominal - nominal mate/unmated - sambung/tak sambung stablizer jacket or stab - jaket penstabil; jaket pengimbang diver - penyelam Retrievable Electrical Distribution Unit - Unit Agihan Elektrik Boleh Cabut bulkhead - dinding sekatan Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. Pihak kami juga amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan huraian konsep bagi istilah tersebut agar kami dapat memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Lain-lain | 22.06.2021 |