| apakah konsep dan proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan? | Terdapat tiga proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu, iaitu proses pengimbuhan, pemajmukan dan juga proses penggandaan. Proses ini bertujuan untuk memperbanyak bilangan perkataan. Proses pengimbuhan ialah proses pembentukan perkataan dengan meletakkan imbuhan pada kata dasar, sama ada di hadapan kata dasar, di belakang, di celah atau dengan cara mengapitkan kata dasar untuk menghasilkan perkataan baharu. Perkataan yang baharu intu dikenali sebagai kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan dalam bahasa Melayu yang berfungsi untuk membentuk perkataan baharu, iaitu; i) awalan, ii) akhiran, iii) apitan dan iv) sisipan. Perkataan dalam bahasa Melayu juga terbentuk melalui proses pemajmukan. Pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang berlainan makna untuk membentuk perkataan baharu yang mempunyai satu makna sahaja, Kata majmuk, lazimnya, dieja terpisah tetapi terdapat juga beberapa kata majmuk yang dieja bercantum. Selain proses pengimbuhan dam proses pemajmukan, perkataan alam bahasa Melayu juga terbentuk melalui proses penggandaan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar untuk membentuk perkataan baharu. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu: i) Penggandaan penuh, ii) Penggandaan separa dan, iii) Penggandaan berentak Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 57-78. | Tatabahasa | 28.07.2018 |
| Adakah pengimbuhan kata nama majmuk dan kata adjektif majmuk adalah sama? | Soalan tuan tidak jelas. Apakah yang menjadi kekeliruan tuan? Untuk makluman, dari aspek pembentukan kata pengimbuhan bagi mana-mana kata sama sahaja. Yang berbeza hanyalah apitan bagi kata majmuk yang terdiri daripada dua perkataan dan apabila menerima apitan akan menjadi satu perkataan. Contohnya, kuat kuasa apabila menerima apitan peN...an akan menjadi penguatkuasaan. Mohon dikemukakan soalan yang jelas, sekiranya maklumat yang diberikan tidak menepati persoalan tuan. | Tatabahasa | 03.01.2025 |
| Salam sejahtera. Bagaimanakah proses pembentukan perkataan seperti "beberapa" dan "sesetengah"? Adakah pembentukkannya melalui proses pengimbuhan "be-" dan "se-" ataupun melalui proses penggandaan separa? Terima kasih. | Kata “beberapa” daripada kata dasar “berapa” melalui proses pengimbuhan awalan beR-. Kata “sesetengah” pula ialah kata ganda separa dan kata ganda penuhnya ialah “setengah-setengah”. | Tatabahasa | 02.09.2021 |
| Sila jelaskan makna kata kerja terbitan dan berikan contoh-contoh kata kerja terbitan. Terima kasih . | Kata kerja terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Kata terbitan terdiri daripada empat jenis, iaitu: 1. Kata Terbitan Berawalan. Contoh: pelari, melawan, terbesar dan banyak lagi. 2. Kata Terbitan Berakhiran. Contoh: pakaian, buatkan dan banyak lagi. 3. Kata Terbitan Berapitan. Contoh: pelaksanaan, memainkan, kearaban dan banyak lagi. 4. Kata Terbitan Bersisipan. Contoh: telunjuk, selerak, gelegak dan banyak lagi. Untuk lebih jelas, mohon rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 69. | Tatabahasa | 30.07.2015 |
| ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengimbuhan.. adakah imbuhan memper..i masih boleh digunakan sedangkan perkataan memperolehi adalah salah.dan ditukar kepada memperoleh sahaja | Apitan memper.....i wujud hasil daripada perkembangan bahasa, iaitu keperluan menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Setakat ini hanya bentuk yang berikut sahaja yang wajar dianggap sebagai jenis kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper.....i iaitu: memperingati, memperkawani, mempersuami, dan memperisteri sebenarnya berbentuk mempersuamii dan memperisterii tetapi telah berlaku pengguguran satu huruf i dalam kedua-dua perkataan ini Bentuk yang lazim digunakan merupakan bentuk terbitan yang lewah dan sepatutnya dieja seperti yang berikut: memperolehi seharusnya memperolehmemperbaiki seharusnya memperbaikmemperkuasai seharusnya menguasaimemperdalami seharusnya mendalamimemperakui seharusnya mengakui/memperakukanmempersetujui seharusnya menyetujuimemperhalusi seharusnya menghalusi | Tatabahasa | 10.11.2008 |
| tolong jelaskan kepada saya tentang konsep pembentukan kata dan jenis pembentukan kata. | Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataan. Ada bentuk yang bersifat tunggal, contohnya ruamh, tinggal dan putih. Di samping itu, terdapat perkataan yang dibentuk hasil proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. COntoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah putih telur dan rumah pangsa; dan perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah ialah putih-putih dan rumah-rumah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 57 yang membincangkan proses pembentukan kata secara khusus. | Tatabahasa | 22.02.2010 |
| yang mana betul: kebertanggungjawapan atau kebertanggungjawaban? | Perkataan yang betul ialah "kebertanggungjawaban". Proses pengimbuhan perkataan bertanggungjawab + ke-…-an membentuk perkataan kebertanggunjawaban | Lain-lain | 22.05.2023 |
| Perkataan ketua, sebaya, pemuda & jurutera merupakan kata-kata yang mengalami proses pemajmukan atau pengimbuhan..?? | Semua contoh yang diberikan ialah perkataan yang menerima awalan ke, se, pe dan juru untuk membentuk kata terbitan yang baru. Lihat buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Awalan Kata Adjektif dan Awalan Kata Kerja untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 31.05.2011 |
| Kebertanggungjawaban atau kebertanggungjawapan? | Perkataan yang betul ialah "kebertanggungjawaban". Proses pengimbuhan perkataan bertanggungjawab + ke-…-an membentuk perkataan kebertanggunjawaban. | Tatabahasa | 14.10.2021 |
| -MENGAPAKAH PROSES PEMAJMUKAN PENTING DALAM BAHASA MELAYU ? -PROSES PEMAJMUKAN MANAKAH YANG LEBIH BAIK, BAHASA MELAYU ATAU BAHASA INGGERIS ? | Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataan. Ada bentuk yang bersifat tunggal, contohnya ruamh, tinggal dan putih. Di samping itu, terdapat perkataan yang dibentuk hasil proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah putih telur dan rumah pangsa; dan perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah ialah putih-putih dan rumah-rumah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 57 yang membincangkan proses pembentukan kata secara khusus. Tidak ada kaedah yang dapat menentukan pemajmukan yang mana yang lebih baik antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. | Tatabahasa | 29.01.2017 |