Tuan, Dengan hormatnya saya merujuk perkara diatas. Saya adalah seorang bekas pensyarah didalam bidang Pengimejan Perubatan (Medical imaging). Saya bersara dari Universiti Islam Malaysia pada tahun 2019. Saya ingin menulis buku tentang Pengimejan Bioperubatan (Biomedical imaging) dan berhasrat agar buku itu diterbitkan oleh DBP. Disini saya ingin mendapatkan maklumat tentang perkara-perkara dibawah ini: 1. Adakah DBP boleh menerima penulisan seorang yang telah bersara dan yang tidak lagi berkhidmat dengan mana-mana institusi pengajian tinggi bagi tujuan penerbitan? 2. Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu penulisan itu di terima untuk penerbitan? Syarat-syarat dari aspek penulisan, manuskrip dan lain-lain. 3. Saya pernah menghadiri taklimat oleh DBP semasa berkhidmat dulu berkenaan Dana Buku Kebangsaan. Apakah masih ada skim itu atau yang serupa dengan itu? Saya berharap mendapat maklumbalas tentang perkara-perkara diatas dari pihak tuan. Terima kasih. Zainul Ibrahim bin Zainuddin. | Salam tuan yang budiman, Permohonan penerbitan manuskrip ini bolehlah dihantar kepada: Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. Permohonan tersebut perlu disertakan dengan: 1. Salinan lembut manuskrip. 2. Salinan bercetak manuskrip berserta dengan biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini untuk tindakan pihak DBP selanjutnya. Sekian, terima kasih. | Karya | 03.07.2025 |
Cannon Prodigital Bringing Saver | Pusat Pengimejan Canon | Lain-lain | 29.04.2008 |
Adakah terdapat istilah khusus bagi "all sky camera"? | Selamat sejahtera NUR AZIZAH MOHAMED NAJIB, Berdasarkan semakan pangkalan data istilah DBP, tiada padanan istilah all sky camera yang khusus. Ini mungkin disebabkan faktor kedapatan variasi istilah bahasa Inggeris berbeza yang lebih umum diketahui atau mantap dalam kalangan penggiat bidang yang berkaitan, oleh itu dicadangkan padanan kamera pengimejan langit bagi merujuk konsep istilah all-sky camera. Cadangan ini hasil merujuk kata pengimejan dalam Kamus Dewan Perdana Tahun 2020 (halaman 818) yang dihuraikan maknanya iaitu hal atau proses mengimejkan dan contoh penggunaan yang diberikan sebagai panduan ialah "Sabah akan mengadakan Bengkel Teleskop dan Pengimejan Angkasa peringkat negeri." Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya yang menjalankan amanah, Mardhiah binti Othman. | Istilah | 26.03.2025 |
Apakah penterjemahan bagi tajuk berikut: Fabrication and Characterisation of Cost-effective Anthropomorphic Tissue-equivalent Thyroid-neck Phantom for SPECT/CT Imaging | Terjemahan bahasa Melayu yang dicadangakan ialah Pemfabrikatan dan Pencirian Fantom Leher Tiroid Setara Tisu Antropomorfik Keberkesanan Kos untuk Pengimejan SPECT/CT. | Istilah | 07.10.2016 |