Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngi.na.pan] | ڤڠينڤن

Definisi : 1. rumah dsb tempat menginap (bermalam): mereka telah diberitahu di mana ~ masing-masing; 2. tumpangan utk bermalam: tidak ada seorang pun yg sanggup memberi ~ kpd anak-anak kapal itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngi.na.pan] | ڤڠينڤن

Definisi : 1 tempat menginap: Memang sukar mencari ~ yg murah di bandar ini. 2 perbuatan atau hal menginap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
inap
Kata Terbitan : menginap, penginapan, penginap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Istilah manakah yang paling tepat? Sama ada "Butik Penginapan" atau "Penginapan butik"?Untuk makluman puan, setakat ini belum ada lagi istilah Penginapan Butik atau Butik Penginapan.  Istilah yang ada ialah "Hotel Butik".Istilah13.04.2016
Padanan untuk house keeping?Padanan untuk housekeeping ialah pengemasan, penyenggaraan dalam, iaitu proses pengurusan bahagian pengemasan penginapan dalam institusi seperti hotel. (Glosari Perkhidmatan, Penginapan dan Penyajian, DBP, 1994)Ejaan21.07.2006
1) Saya nak buat slogan untuk tema perkataan ini MENINGKATKAN OPTIMA TIDUR SEPERTI DI PENGINAPAN MEWAH 2) Adakah ayat betul tatabahasanya atau perlu ada pertukaran ? Terima kasihDicadangkan slogan tersebut ditukar kepada "MEMPEROLEH TIDUR YANG OPTIMUM SEPERTI DI PENGINAPAN MEWAH"Tatabahasa23.04.2015
Hotel - Banguan tempat penginapan yang menyediakan makanan & perkhidmatan-perkhidmatan lain untuk orang luar yang datang mengunjungi sesuatu tempat.Rumah tumpangan/motelLain-lain11.02.2009
BOARDING HARI RAYA 2016 PENGINAPAN KUCING SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2016 KINI DIBUKA!Untuk pengesahan iklan sila layari laman web kami melalui http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Lain-lain13.06.2016
maksud hotel,resort,chalet,motel,hostel,INN hotel,TRAVEL hotel,CITY hotel,SPA hotelMaksud ungkapan yang saudara perlukan adalah seperti yang berikut: 1.hotel-bangunan tempat penginapan yg menyediakan makanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain utk orang luar yg datang mengunjungi sesuatu tempat.2.resort-tempat peranginan.3.motel-hotel yg dibina berhampiran dgn jalan raya, dan menyediakan kemudahan khas, terutamanya tempat letak kereta yg berhampiran dgn bilik penyewa. 4. hostel- bangunan tempat penginapan utk pelajar dll, asrama. 5.INN hotel-hotel murah.6.TRAVEL hotel-hotel kembara.7.CITY hotel-hotel bandar. 8.SPA hotel-hotel SPA. l,INN hotel,TRA,CITY hotel,SPA hotelMakna22.08.2007
Adakah struktur bahasa dibawah betul ataupun salah? "Untuk makluman pihak Encik, yuran pendaftaran bagi setiap kursus yang kami anjurkan tidak termasuk kos penginapan."Struktur ayat yang diberi adalah betul.  Cuma pembetulah pada ejaan "Encik" sebaiknya menggunakan huruf kecil ELain-lain06.04.2017
pengertian inap desa / homestay dan pengertian eko pelanconganDalam Glosari Pelancongan terbitan DBP, homestay (inap desa) didefinisikan sebagai 'Cara penginapan alternatif biasanya bersama-sama sebuah keluarga untuk tempoh tertentu'. Homestay programme didefinisikan sebagai 'Program pelancongan yang diatur supaya pelancong tinggal bersama keluarga tempatan'. Ekopelancongan pula didefinisikan sebagai 'Pelancongan yang berasaskan alam semula jadi seperti hutan tropika, pantai, pulau, bukit, taman, laut dan sebagainya'. Istilah08.02.2012
SAYA PELAJAR TINGKATAN EMPAT SM SAINS ALAM SHAH BERMINAT UNTUK MENYERTAI KEM PENULISAN MUDA YANG AKAN DIADAKAN DI DBP.SOALAN SAYA:BAGAIMANA DENGAN TEMPAT PENGINAPAN?BERAPA KOS YANG PERLU SAYA BAYAR BAGI KEM INI?SIAPA PENCERAMAH DI KEM INI NANTI?untuk keterangan lanjut tuan boleh menghubungi Encik Shahrun Nizal bin Mohd Noor di talian 03-24182345Tatabahasa12.11.2007
Adakah kosa kata "chalet" dan "resort" telah menjadi sebahagian daripada kosa kata dalam bahasa Melayu? Jika tidak apakah terjemahan yang tepat?Calet ialah rumah yang dibuat dripada kayu sebagai tempat penginapan sementara pelancong. Kata ini telah digunakan sebagai kosa kata bahasa Melayu. Sementara 'resort' bermakna tempat peranginan. Kata ini tidak dijadikan kosa kata bahasa Melayu.Makna26.12.2006
12

Kembali ke atas