Apakah terjemahan yang sesuai digunakan bagi perkataan bahasa Inggeris “Countdown”? | Terjemahan perkataan "countdown" dalam bahasa Melayu ialah "pengiraan detik" atau "pengiraan detik pelancaran". Walau bagaimanapun terjemahan bagi perkataan "countdown" dalam bahasa Melayu perlulah mengikut konteks penggunaan dalam ayat atau bidang tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pangkalan data PRPM melalui https:prpm.dbp.gov.my. | Makna | 20.10.2024 |
perkiraan vs pengiraan? | "Perkiraan" bermaksud hal berkira-kira; perhitungan; jangkaan. Manakala "pengiraan" bermaksud hal atau perbuatan mengira.
| Makna | 21.02.2020 |
Selamat petang, saya ingin bertanyakan tentang pengiraan bilangan patah perkataan untuk penanda wacana. Sebagai contoh, penanda wacana ""di samping itu"" dikira sebagai satu atau tiga patah perkataan? | Tiada pengiraan khusus bagi penanda wacana. Lazimnya penanda wacana dikira sebagai satu perkataan sahaja. Contohnya "di samping itu" dikira sebagai satu perkataan sahaja dalam penulisan. | Tatabahasa | 31.10.2024 |
Bagaimanakah pengiraan minggu dalam setiap bulan dinafikan? Contohnya: Februari 2013 Minggu pertama dalam setiap bulan, adakah ia mula dikira semasa minggu tersebut mengandungi 7 hari? Atau, ia dikira bermula pada 1 hb Februari? Minggu ketiga Februari adakah mula dikira dari 10hb hingga 16hb? Adakah pengiraan ini sah digunakan dalam sistem awam/kerajaan di dalam negeri? Ribuan terima kasih. | Minggu Pertama yang ada pada setiap bulan berdasarkan satu haribulan jatuh pada hari apa dalam minggu berkenaan. Contohnya Sabtu minggu pertama bulan Februari 2013 jatuh pada 2 Februari 2013. | Lain-lain | 29.01.2013 |
Kalsom Lajim Saya berminat untuk mempelajari dan mendalami ilmu permainan SAHIBBA dalam aspek pengiraan markah dan peraturan permainan..bolehkah pihak tuan emailkan kepafa saya maklumat tersebut.Terima kasih. Saya berminat untuk mempelajari dan mendalami ilmu permainan SAHIBBA dalam aspek pengiraan markah dan peraturan permainan..bolehkah pihak tuan emailkan kepafa saya maklumat tersebut.Terima kasih. | Terima kasih bersahabat dengan DBP. Puan boleh mencarinya melalui ww.google.com. Sungguhpun begitu, pihak kami sedaya-upaya membantu puan. Puan boleh menghubungi pegawai kami yang mengendalikan Pertandingan Sahibba Puan Zety Akhtar Jaffar di talian telefon 03-21479208 atau e-mel zeti@dbp.gov.my | Lain-lain | 17.04.2014 |
Saya dan pelajar telah menjalankan kajian mengenai "COMPUTATIONAL STUDIES IN A CLASS OF NONLINEAR FRACTIONAL DIFFERENTIAL EQUATIONS". Saya ingin mendapat nasihat mengenai tajuk kajian ini di dalam Bahasa Malaysia yang betul "KAJIAN PENGIRAAN BAGI SUATU KELAS PERSAMAAN PEMBEZA PECAHAN TAK LINEAR" terima kasih. | Frasa yang betul ialah "KAJIAN PENGIRAAN DALAM KELAS PERSAMAAN PEMBEZAAN PECAHAN TAK LINEAR". | Penyemakan dan penterjemahan | 19.06.2015 |
Secara logiknya, dalam pengiraan jumlah patah perkataan, kata sendi nama ' di sini atau di situ" ,adakah dikira 2 patah perkataan? KN Khas, Taib Mahmud bin Tuan man, adakah dikira 4 patah? TQVM | Bilangan patah perkataan bagi perkataan di sini ialah dua patah kata dan Taib Mahmud bin Tuan Man ialah lima patah kata. | Tatabahasa | 20.05.2011 |
Selamat sejahtera.saya ingin bertanya tentang pengiraan jumlah patah perkataan peribahasa dalam penulisan karangan. Contohnya "Bagai aur dengan tebing". Adakah dikira satu patah perkataan atau empat patah perkataan? Sekian, terima kasih. | Bagai aur dengan tebing dikira empat patah perkataan. | Lain-lain | 11.05.2016 |
Salam 1 Malaysia, Saya ingin bertanya tentang pengiraan jumlah patah perkataan peribahasa dalam penulisan karangan. Contohnya ialah "Bagai aur dengan tebing". Adakah dikira satu patah perkataan atau empat patah perkataan? Sekian, terima kasih. | Bilangan perkataan dalam peribahasa "Bagai aur dengan tebing" dikira sebagai empat patah perkataan. | Istilah | 21.05.2010 |
Bagaimanakah RM0.028 ditulis dalam perkataan? | Lazimnya dalam pengiraan ringgit dan sen melibatkan dua digit sahaja. Contohnya RM0.28 ditulis Ringgit Malaysia kosong perpuluhan dua puluh lapan. | Lain-lain | 25.02.2019 |