Perlukah nama pengirim ditulis di sebelah kanan dalam surat tidak rasmi sebelum menulis alamat pengirim? | Kebiasaannya dalam penulisan surat tidak rasmi, nama pengirim tidak perlu ditulis di bahagian atas sebelah kanan tetapi alamat pengirim sahaja yang perlu disediakan. Nama pengirim akan ditulis di bawah tandatangan pengirim surat. | Lain-lain | 01.09.2021 |
Guru sekolah anak saya merujuk kpd buku teks tahun 4, 5 &6 SJK dan mengingatkan murid tahun 6 bhw surat tak rasmi harus dituliskan nama pengirim sebelum alamat pengirim di bhg atas sebelah kiri surat. Saya ingin mendapat kepastian drp anda tentang isu ini sama ada nama pengirim harus ditulis. Terima kasih! | Untuk makluman tuan, kandungan buku teks telah disemak oleh panel yang dilantik oleh Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia dan disahkan oleh pihak kementerian. Jika terdapat sebarang kekeliruan, sila rujuk kepada pihak yang mempunyai hubungan secara langsung dengan kementerian, iaitu guru di sekolah. DBP mengguna pakai pekeliling kerajaan yang pemakaiannya khusus kepada urusan/surat-menyurat rasmi. | Lain-lain | 31.08.2013 |
Salam. Saya ingin bertanya, nama pengirim dalam surat rasmi perlu dimasukkan HAJI atau tidak kalau pengirim itu ada gelaran Haji. Terima kasih | Gelaran haji digunakan selepas sapaan tuan seperti Tuan Haji Ahmad bin Haji Sanusi. Untuk merujuk protokol di Malaysia termasuklah gelaran pangkat dan sebagainya kami mencadangkan saudara merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan (Mokhtar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri). Untuk makluman saudara juga, format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam . Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP merujuk pekeliling ini. Saudara bolehlah melayari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 06.09.2018 |
Surat rasmi perlu ada garisan atau tidak di bawah alamat pengirim? | Tidak perlu garisan di bawah alamt pengirim. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam . Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP merujuk pekeliling ini. | Lain-lain | 17.10.2014 |
Assalammualaikum... Saya ingin mendapatkan kepastian tentang cara menulis alamat pengirim. Ini kerana dalam buku teks Bahasa Melayu Tahun 4 (halaman ) pada alamat pengirim, bagi baris negeri adakah perlu ditulis semua huruf besar ataupun huruf pertama sahaja huruf besar. Contohnya : Kelab Doktor Muda, Sekolah Kebangsaan Seri Impian, 72000 Jemapoh, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS. Adakah betul atau salah? Mohon penjelasan yang lebih terperinci.. terima kasih | Lazimnya dalam penulisan alamat seperti contoh yang diberi, baris akhir dieja dengan huruf besar: Dewan Bahasa dan Pustak, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR. | Ejaan | 13.07.2015 |
Assalamualaikum Tuan, Mohon pengesahan dan bantuan tuan berkenaan dengan padanan istilah dalam Bahasa Melayu yang lebih tepat dan terkini bagi perkataan "carry over of animals" dalam ayat yang berikut: “25. (1) No carry over of animals shall be allowed between consignments of animals and such consignment shall adopt the “all-in, all-out” system.” Disertakan juga terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk perhatian dan rujukan tuan seperti berikut: “25. (1) Tiada apa-apa binatang boleh dibenarkan ditinggal di antara pengirim-pengirim binatang-binatang dan pengiriman tersebut hendaklah menerima-pakai sistem “masuk-semua, keluar-semua” Mohon pandangan dan nasihat tuan. | Cadangan terjemahan mengikut konteks ayat yang diberikan bagi No carry over of animals shall be allowed ialah "Tiada Pemindahan Haiwan yang dibenarkan" | Makna | 10.03.2022 |
Tuan, saya ingin mohon kepastian tentang penggunaan perkataan "tuan" atau "puan" di dalam penulisan surat rasmi. Sekiranya kita sebagai pengirim surat telah sedia maklum penerima surat merupakan seorang wanita, adakah kata ganti kedua di dalam badan surat menggunakan "tuan" ataupun "puan" ? Perkara ini timbul kerana ada pihak yang mengatakan penggunaan "puan" perlu dielakkan, kerana ianya kurang formal. Mohon penjelasan tuan berkenaan perkara ini. Terima kasih. | Kata sapaan 'puan' boleh digunakan pada permulaan surat sekiranya pengirim sedia maklum penerima surat ialah seorang wanita. Kata sapaan 'tuan' digunakan atas nama jawatan sekiranya pengirim tidak mengetahui jantina penerima surat. | Lain-lain | 17.04.2009 |
Assalamualaikum... Pertanyaan saya masih berkisar tentang surat kiriman rasmi yang enjadi pegangan atau amalan DBP. 1. Benarkah amalan meletakkan tanda baca pada alamat penerima dan alamat pengirim selepas tandatangan merupakan amalan lama dalam penulisan surat rasmi. Sekarang dikatakan tanda baca tidak perlu diketakkan pada setiap ayat alamat penerima dan pengirim. Amalan DBP bagaimana? 2. Tanda tiga titit (...) diletakkan jika ada lampiran. Adakah ini juga menjadi amalan DBP sebab ada pandangan mengatakan tanda tersebut sebagai penulisan gaya yang lama. Mohon penjelasan DBP. Terima kasih | Salam, 1. Pertanyaan tuan kurang jelas. Akan tetapi, untuk makluman, tanda baca, iaitu tanda koma dan noktah masih digunakan dalam penulisan alamat. Tanda koma digunakan untuk mengasingkan antara no. rumah, no. jalan, nama jalan, daerah dan sebagainya. Manakala, titik diletakkan selepas negeri atau negara. 2. Berkenaan dengan tanda (...) bagi merujuk kepada lampiran yang disertakan, pihak DBP masih menggunakan amalan yang sama. | Tatabahasa | 20.11.2015 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang format penulisan alamat pengirim/penerima di dalam surat rasmi. Mengikut kawan saya, dia menyatakan, hanya daerah sahaja ditulis dalam huruf besar, tetapi negeri ditulis dalam huruf kecil. Sedangkan praktis kami sebelum ini adalah negeri ditulis di dalam huruf besar, manakala lain-lain ditulis dalam huruf kecil (termasuk daerah) Ini contoh prakftis yang kami amalkan buat masa ini: No. 6, Jalan Mutiara, 83000 Batu Pahat, JOHOR. Boleh saya tahu praktis manakah yang betul? Terima kasih. | Format surat rasmi mesti mempunyai bahagian kepala surat, badan (isi), dan penutup surat. Bahagian kepala surat mengandungi nama, logo dan alamat penuh instutusi, diikuti nama penerima, nombor fail, tarikh dan sapaan. bahagian badan bermula dengan perkara, para pertama (penanda wacana), para dua (isi utama), para tiga (isi tambahan), para empat (penutup). bahagian penutup mengandungi slogan, saya yang menjalankan tugas, tandatangan, nama, jawatan (b.p. jika perlu), dan parap. Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam . Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP merujuk pekeliling ini. Untuk makluman saudara, dalam surat rasmi, nama dan alamat pengirim hendaklah diikuti dengan tanda baca koma dan diakhiri dengan noktah kerana ini merupakan satu ayat lengkap. Nama negeri hendaklah dibuat huruf tebal (Bold) tetapi ada gaya yang membuat huruf tebal bagi poskod dan daerah. Gaya ini bergantung pada ketetapan sesebuah institusi. Dalam konteks ini, penulisan daerah dalam surat yang selalu ditemui ialah "... 50460 Kuala Lumpur." dan "... 50460 KUALA LUMPUR." adalah betul. Tuan boleh membuat pilihan bentuk yang hendak digunakan dan penggunaannya hendaklah tekal dalam semua surat. | Lain-lain | 22.08.2021 |
Salam, Saya ingin dapatkan maklumat berkenaan surat rasmi. Saya keliru mengenai format yang betul mengenai :- 1.nama dan alamat pengirim. Perlukah setiap alamat ada tanda koma di hujungnya? 2.yang mana perlu di Boldkan... poskod,negeri atau daerah? 3.Nama negeri ditulis huruf kecil atau huruf besar? 4.penggunaan singkatan bagi perkataan...bagaimana penggunaan yang sebenarnya? | Dalam surat rasmi, nama dan alamat pengirim hendaklah diikuti dengan tanda baca koma dan diakhiri dengan noktah kerana ini merupakan satu ayat lengkap. Nama negeri hendaklah dibuat huruf tebal (Bold) tetapi ada gaya yang membuat huruf tebal bagi poskod dan daerah. Gaya ini bergantung pada ketetapan sesebuah institusi. nama negeri ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan dibuat huruf tebal (sekiranya menggunakan gaya sedemikian). Penggunaan singkatan perkataan dalam surat rasmi tidak dibenarkan kecualai di bahagian Ruj.tuan dan Ruj. kami . Untuk mendapat keterangan lanjut berkenaan penggunaan singkatan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Gaya Dewan Edisi Ketiga. | Lain-lain | 25.02.2009 |