Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngi.ring] | ڤڠيريڠ

Definisi : orang dll yg mengiring(i), pengikut, peneman: barang-barang yg tidak berkenaan diberikan baginda pd orang muda-muda ~ baginda; lagu ~ dimainkan semula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngi.ring] | ڤڠيريڠ

Definisi : orang yg mengiring atau mengiringi; pengikut: Hang Tuahlah yg menjadi ketua ~ kpd angkatan diraja itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iring
Kata Terbitan : seiring, beriringan, mengiringi, iringan, iring-iringan, pengiring,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
38. Bagaimanakah Sultan Mansor Syah memulakan hubungan dengan China ? A. Melalui pengiring-pengiring Puteri Li Po. B. Dengan mengahwini Puteri Li Po. C. Dengan kemasyhuran Kesultanan Melaka. D. Melalui sepucuk surat kepada Maharaja Yongle 40. Rangkai kata menarik hati dalam petikan bermaksud A. menggembirakan B. meyakinkan C. mengasyikkan D. mempersonakan38. Jawapan yang betul ialah D. Melalui sepucuk surat kepada Maharaja Yongle.
40. D.Mempesonakan
Tatabahasa12.09.2013
erti pengikut dalam kamus dewan. terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengikut ialah penganut, pengiring atau peserta, iaitu orang yang turut sama atau bersama-sama dalam sesuatu perkara.Makna07.04.2010
Salam, Adakah penggunaan kata gandaan sebanyak dua kali di dalam satu ayat dibolehkan? Contoh: Raja berangkat bersama pegawai-pegawai serta pengiring-pengiringnya pergi berburu.Raja bersama pengiringnya berangkat pergi berburu. - tidak perlu lagi digandakanTatabahasa27.06.2008
Salam hormat, Bolehkah saya tahu tentang peranan Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik? Terima kasih.

 

Saudara,

Watak Si Kembang Cina dan Bujang Selamat dalam teks klasik adalah watak pembantu yang taat setia kepada wira dan wirawati. Biasanya watak-watak ini terdiri dari kalangan rakyat biasa yang menjadi pembantu, pengasuh atau pengiring kepada watak utama sama ada pada watak wira atau watak wirawati yang menjadi pembantu dalam tindak-takduk watak utama.

watak-watak ini boleh ditemukan dalam cerita-cerita hikayat, contohnya Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Hikayat  Malim Deman. Dalam Hikayat Malim Deman  Bujang Selamat  adalah pembantu kepada wira iaitu Malim Deman.  Peranan Bujang Selamat sebagai pengasuh, pengiring Malim Deman ke mana saja Malim Deman pergi, serta menumpukan taat setia kepada tuannya. Manakala Si kembang Cina pula merupakan pengasuh perempuan kepada Malim Deman dan orang suruhan yang biasanya memiliki rupa paras yang memikat, pandai memujuk dan taat kepada tuannya.  

Sekian, terima kasih.

Sastera15.09.2011
Apakah beza diantara perkataan "garis panduan" dan "panduan". Bagaimanakah cara yang sesuai untuk menggunakanya?. Sekiranya saya ingin mengeluarkan suatu manual mengenai cara cara melakukan sesuatu kerja, adakah manual itu dirujuk sebagai panduan atau garispanduan?. Contoh: Manual bagaimana cara cara menjalankan kajian pencemaran sungai dimana diterangkan cara cara mengambil sampel dan sebagainya. Sekian, terima kasihKamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan, manakala panduan mempunyai 3 takrifan, iaitu: 1. orang yg menunjukkan jalan, pengiring; 2. pedoman, petunjuk, pimpinan: Quran ialah kitab Islam yg mengandungi segala ~ bagi umat Islam; 3. sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama, alamat, butir-butir, dll); ~ telefon buku yg mengandungi nombor telefon dan alamat pemunyanya. Berdasarkan huraian tersebut, garis panduan dan panduan membawa maksud yang sama.Istilah11.02.2010

Kembali ke atas