Untuk makluman saudara, pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, pantun berkait dan sebagainya. Contoh pantun dua kerat: Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata. Contoh pantun empat kerat pula: Pagi-pagi mengutip lokan, Lokan dikutip di tepi laut; Cantik bukan kaya pun bukan, Mengapa pula hati terpaut. Contoh pantun enam kerat: Tempayan pecah jangan diterap, Boleh buat pengisi dedak, Dedak basah penjemur padi; Orang miskin apa diharap, Budi tiada bahasa pun tidak, Emas perak jauh sekali. |