Pengisytiharan. Adalah dengan rasminya diisytihar kanak-kanak TABIKA KEMAS berumur 6 Tahun dalam Parlimen Kuala Krau telah menyempurnakan pengajian bagi sesi 2012 Dan layak dianugerahkan Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak. * mohon semak kesalahan atau kesilapan ayat. terima kasih. | Dengan rasminya diisytiharkan bahawa kanak-kanak TABIKA KEMAS berumur 6 tahun dalam Parlimen Kuala Krau telah menyempurnakan pengajian bagi sesi 2012 dan layak dianugerahi Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak. | Tatabahasa | 09.10.2012 |
1. Penggunaan perkataan PELANJUTAN dan PERLANJUTAN mana yg sepatutnya digunakan untuk kes di mana pegawai memohon perlanjutan/pelanjutan cuti. 2. Penggunaan perkataan PENGISYTIHARAN dan PENGISHTIHARAN mana yang betul untuk kes pengisytiharan/pengisytiharaan harta Selamat Berpuasa + Selamat Hari Raya | 1. lanjut - melanjutkan(perbuatan), pelanjutan(proses melanjutkan). Oleh itu yang betul ialah pegawai memohon pelanjutan cuti. 2. isytihar - mengisytiharkan(perbuatan), pengisytiharan(proses mengisytiharkan. Oleh itu yang betul ialah kes pengisytiharan harta. | Lain-lain | 26.09.2008 |
Mana yang tepat, Istiadat Pengisytiharan Pro-Canselor atau Istiadat Perisytiharan Pro-Canselor | Istiadat Perisytiharan Pro-Canselor yang tepat. Perisytiharan bererti pengumuman, pemakluman, pernyataan, atau pemasyhuran. Pengisytiharan ialah perbuatan mengisytiharkan sesuatu. Contoh: Mereka berkumpul di dalam Dewan Budiman untuk menyaksikan Istiadat Perisytiharan Pro-Chanselor. Pengisytiharannya sebagai Pro-Canselor Universiti …disambut baik oleh sekalian warga universiti tersebut. | Makna | 05.05.2011 |
mana yg betul? Pengisytiharan atau perisytiharan Imbuhan yg betul perlu diguna utk perkataan yg bermula dgn huruf L cth: Lanjut- Perlanjutan atau Pelanjutan? Saya hanya pasti untuk Pelesenan (lesen). Tetapi tdk pasti utk kata nama perbuatan | Kata terbitan perisytiharan dan pengisytiharan kedua-duanya betul. Perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran, contohnya: Mereka datang ke Kuala Lumpur hendak menyaksikan hari perisytiharan kemerdekaan. Manakala pengisytiharan bermaksud perbuatan mengisytiharkan sesuatu, atau disebut juga pengumuman, pemakluman. Begitu juga dengan perlanjutan dan pelanjutan, kedua-duanya betul. Perkataan yang kata akarnya bermula dengan huruf L tidak mengalami peluluhan apabila menerima imbuhan/apitan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 15.12.2010 |
Ismail Narasantikun Aug 2nd, 11:13pm Salam hormat dari saya dua kata ini adakah betul kedua-kedua pengisytiharan perisytiharan | Salam hormat, 1. Pengisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran. 2. Perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran. Berdasarkan maksud tersebut, kedua-dua kata itu betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 02.08.2015 |
perisytiharan harta atau pengisytiharan harta | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran: mereka datang ke Kuala Lumpur hendak menyaksikan hari ~ kemerdekaan; manakala pengistiharan pula ialah perbuatan mengisytiharkan sesuatu, pengumuman, pemakluman; | Lain-lain | 29.09.2010 |
Perkataan "wara-wara" bermaksud pemberitahuan, pengumuman, pengisytiharan. Bagaimana pula dengan perkataan "wara"? Apa maksud perkataan itu? | Dalam bidang sukan, "wara" bermaksud depan. | Makna | 04.06.2014 |
Kastam Diraja Malaysia, WPKL akan mengadakan majis perisytiharan perpisahan di antara KDRM, KLIA dan KDRM, WPKL. Mohon pandangan pihak tuan mengenai penggunaan istilah pengisytiharan dan perisytiharan, apakah perbezaan dan dalam keadaan bila ianya sesuai digunakan.Kerjasama dan tindakan segera dari pihak tuan amat saya hargai.Terima kasih. | Perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran: contohnya; mereka datang ke Kuala Lumpur hendak menyaksikan hari perisyitiharan kemerdekaan; manakala pengisytiharan bermaksud perbuatan mengisytiharkan sesuatu, pengumuman, pemakluman. Melihat kepada maksud kedua-dua perkataan tersebut dan contoh yang diberi, maka istilah yang paling sesuai ialah perisytiharan. | Istilah | 12.03.2009 |
apakah perkataan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan perkataan SEMARAK.. Larian semarak perbandaran Semarak pengisytiharan perbandaran | Perkataan Semarak boleh juga digantikan dengan perkataan lain, contohnya perkataan gemilang. Namun begitu, perkataan semarak amat digalakkan sekiranya bersesuaian dan mengikut konteks ayat. | Makna | 05.09.2017 |
Assalamualaikum.. Saya nak tanya mana yang lebih sesuai digunakan untuk ayat ini Majlis Sempena PENGISYTIHARAN Bandar Maharani Bandar Diraja ATAU Majlis Sempena PERISYTIHARAN Bandar Maharani Bandar Diraja Terima Kasih.. | Puan Zi, Majlis Sempena PERISYTIHARAN Bandar Maharani Bandar Diraja penggunaan ayat yang betul. | Tatabahasa | 03.10.2012 |