Ramai ahli filosofi, pemikir, pengkaji masyarakat dan pemimpin melontarkan pelbagai pendapat berkaitan perkara ini. | Sila jelaskan soalan saudari. | Lain-lain | 28.02.2010 |
Memandangkan kepentingan aritmetik mental, pengkaji bercadang agar... Soalan: Adakah penggunaan kata 'Memandangkan kepentingan' perlu diganti dengan kata yang lebih sesuai? | 'Memandangkan kepentingan' boleh digunakan. Selain itu, boleh juga digunakan 'memandangkan keperluan'. | Lain-lain | 11.01.2007 |
apakah yang dimaksudkan dengan leadership? kerana sesetengah pengkaji berpendapat kepimpinan dan sesetengahnya kepemimpinan. yang mana satu harus digunakan dalam kajian saya yang bertajuk Instructional Leadership setelah dialih ke bahasa melayu. terima kasih!! | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan dan sebagainya) seseorang pemimpin. Oleh itu, puan boleh pilih salah satu yang bersesuaian dengan konteks dan konsep istilah tersebut. | Makna | 28.02.2013 |
penggunaan untuk numbor kosong '0', di hadapan titik perpuluhan, ramai pengkaji mengabaikan penggunaan 0 di hadapan titik perpuluhan ( .123). Soalan saya, penggunaan mana yang tepat antara 0.123 atau .123 dalam penulisan?. Terima kasih | Nombor kosong sebelum titik perpuluhan perlu ditulis, contohnya 0.123 | Ejaan | 23.06.2011 |
Soalan terperinci saya - Mengenai istilah penggunaan perkataan TRET iaitu rata-rata pengkaji menggunakan istilah Personaliti TRET atau dalam bahasa inggeris Personality Traits. Justeru, saya memohon jasa baik pihak tuan untuk membantu saya samada perkataan tersebut boleh digunapakai atau tidak. Terima kasih | Perkataan "Traits" dalam bahasa Inggeris boleh diterjemahkan kepada "ciri" dalam bahasa Melayu. | Istilah | 29.08.2019 |
Assalamualaikum, Adakah menjadi kesalahan dari segi tatabahasa sekiranya dalam menulis tajuk kajian, pengkaji memulakan dengan kata kerja? Contoh tajuk: 1. Meningkatkan kemahiran menulis huruf besar dalam kalangan murid tahun tiga melalui kaedah SaSiSu 2. Meningkatkan kemahiran lisan dalam kalangan murid prasekolah melalui aktiviti perbualan pagi. Soalan ini dikemukakan kerana ada ahli bahasa menyatakan tajuk mesti bermula dengan kata nama untuk memenuhi konsep ayat tetapi saya berhujah bahawa tajuk kajian bukannya ayat tetapi frasa kerana: i. tiada subjek dan predikat ii. tidak didahului dan diakhiri dengan kesenyapan. iii. Intonasi ujarannya tidak sempurna. Tolong kemukakan justifikasi: 1. Adakah tajuk kajian berupa ayat atau frasa? 2. Adakah tajuk kajian mesti dimulai dengan kata nama? 3. Adakah tajuk kajian tidak boleh dimulai dengan kata kerja? Terima kasih. | Penulisan kertas kerja sama seperti menulis tajuk buku. Walaupun binaan tajuk bukanlah dalam satu ayat yang lengkap, lazimnya penulisan tajuk ini menggunakan kata nama. Berdasarkan semakan kami dalam data Pusat Dokumentasi Melayu, DBP ditemukan juga tajuk buku/kertas kerja/artikel bermula dengan kata kerja. Walau bagaimanapun terbitan DBP tekal mengguakan kata nama sebagai tajuk karya, kecuali karya kreatif. | Tatabahasa | 09.11.2015 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai terjemahan yang tepat bagi terma 'millennial generation' yang digunakan oleh pengkaji Strauss & Howe (1991) untuk merujuk kepada generasi manusia yang dilahirkan dari tahun 1982 hingga 2004. Sekian, terima kasih atas kerjasama. | Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah millennial generation. Cadangan daripada pihak kami terjemahan yang sesuai ialah Generasi Millennial. Untuk maklumat lebih lanjut tuan/puan boleh majukan persoalan ini kepada Bahagian Peristilah dan Leksikolgi berkenaan istilah-istilah baharu. Tuan/puan boleh menghubungi: Puan Hendun binti Ibrahim, 03-2147 9155 hendun@dbp.gov.my
| Makna | 28.10.2017 |
Peribahasa menyebut " tak kenal maka tak cinta " . Jadi sejauhmana peribahasa ini dapat mempengaruhi dalam bidang pengkaji bahasa. Tq. | Sila rujuk buku dan bahan yang berkaitan. | Lain-lain | 22.05.2010 |
maksud sinkope(pemendekkan kata) secara penuh serta kajian lalu artikel,rencana atau sebagainya yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu terhadap sinkope. | Dalam bidang linguistik sinkopé ditakrifkan sebagai pemendekan sesuatu kata dengan menggugurkan satu atau lebih huruf atau suku kata dari tengah-tengah kata itu, misalnya pengguguran ha dalam sahaja menjadi saja, dan id dalam tidak menjadi tak. Untuk maklumat lanjut sila rujuk makalah/buku yang berkaitan. | Tatabahasa | 27.07.2010 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya mengenai daftar rumi-jawi versi beta. Sekarang saya sedang menjalankan kajian mengenai mesin transliterasi dan text mining engine yg akan membantu pengkaji manuskrip untuk melakukan content analysis. Jadi saya berminat untuk membina integrasi diantara sistem DBP dan sistem kami melalui API dimana sistem kami menghantar perkataan ke daftar rumi-jawi sistem dan sistem dbp akan respon dengan maklumat yang berkenaan. Saya ingin tahu sekiranya DBP menyediakan perkhidmatan ini? Sekian. Terima Kasih. | Untuk tujuan kajian, kami mencadangkan puan berhubung terus dengan Ketua Bahagian Penyelidikan Bahasa, Jabatan Dasar dan Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Khidmat Nasihat Bahasa merupakan pengguna sistem beta yang dibangunkan dan untuk mendapatkan maklumat tentang sistem dan perisian tersebut perlulah merujuk pihak yang berwenang. | Lain-lain | 22.03.2018 |