Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengkalan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkhidmatan pengkalan data korpus DBP tidak berfungsi minggu ini. Hal ini sangat menimbulkan kesulitan kepada pelajar dan penyelidik. Difahamkan banyak aduan telah dibuat namun kesulitan masih belum diatasi. Tindakan segera pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.Aduan tuan kami salurkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan selanjutnya. DBP sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik melalui pelbagai medium demi keperluan pengguna.Lain-lain20.06.2015
Assalamualaukum/Selamat pagi, Tuan/Puan/Cik, Saya dengan sukacitanya merujuk perkara di atas memaklumkan bahawa terdapat penggunaan bagi kosa kata "Pengkalan" dan "Pangkalan" yang digunakan bagi merujuk kepada pejabat cawangan kami. Sebagai contoh Pengkalan/Pangkalan Sri Aman dan lain-lainnya. Sebagai pengguna, saya keliru yang mana satu daripadanya boleh digunapakai sebagai kosa kata yang tepat. Apa yang saya ketahui perkataan "Pengkalan" tidak terkandung dalam daftar rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka melainkan perkataan" Pengkal" sahaja, yang saya fahami digunakan untuk awalan atau terbitan bagi sesuatu objek. Saya memohon khidmat nasihat pihak tuan bagi membetulkan penggunaan kosa kata ini, seterusnya membetulkan penggunaannya untuk tujuan pejabat cawangan kami secara tepat. Penjelasan daripada pihak tuan akan kami jadikan sebagai rujukan rasmi. Sekian, terima kasih. Yang benar, AFFANDDY BIN NARANI Eksekutif, Padiberas Nasional Berhad, Pejabat Wilayah Sarawak. Kuching.

Perkataan yang betul ialah "pangkalan", iaitu dari kata dasar pangkal dan mendapat akhiran -an. Pangkalan membawa pelbagai maksud: 1. perhentian: hentian, stesen, terminal, persinggahan, transit, pelabuhan, limbungan, jeti, tambatan dan pelantar; dan 2. ibu pejabat: markas, depo, kem dan pusat. Lihat Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, halaman 619. Pengkal ialah kata lama yang bermaksud pingkal dan tidak ada kata terbitan yang wujud daripada kata pengkal.

Tatabahasa21.07.2011
Sila nyatakan kesalahan yang terdapat dalam ayat ini: Perahu-perahu nelayan berlabuh di pengkalan pada musim tengkujuh.Perahu nelayan berlabuh di pengkalan pada musim tengkujuh.Tatabahasa11.05.2010
apa kah singkatan untuk perkataan pengkalan, pgkl atau pkln? terima kasih.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, Pengkal ialah kata arkaik (pingkal) yang tidak lagi digunakan dalam bahasa Melayu. Perkataan pingkal daripada dialek Jawa bermaksud tertawa tergelak-gelak.  

Makna05.09.2008
Kenapa perkataan mengerikan tidak wujud dalam pengkalan data DBP?Subentri mengerikan wujud di bawah entri ngeri di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Pelajar Edisi Kedua yang boleh dirujuk pada laman PRPM (https://prpm.dbp.gov.my/)

Semoga jawapan ini menjawab pertanyaan tuan/puan. 

Terima kasih.
Lain-lain28.02.2023
manakah istilah yang betul bagi penggunaan pusat data? adakah 'Pengkalan data' atau 'Pangkalan data'?
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah "pangkalan data" yang bermaksud simpanan sejumlah besar data dalam bentuk yang dapat dikendalikan oleh komputer. 

Istilah23.08.2022
Khasimee Mohd Jun 20th, 2:15am Assalamualaikum, telah beberapa hari e-penyelidikan iaitu pengkalan data korpus DBP gagal berfungsi dan menimbulkan kesulitan kepada pelajar dan penyelidik. Diharap pihak DBP dapat menyelesaikan masalah ini. Tindakan segera pihak tuan didahului dgn ucapan terima kasih.Aduan tuan kami salurkan kepada Bahagian Sistem Maklumat DBP untuk tindakan selanjutnya. DBP sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik melalui pelbagai medium demi keperluan pengguna.Lain-lain20.06.2015
Terjemahan istilah Perakaunan Penyata untung rugiUntuk makluman puan, istilah yang ada dalam pengkalan data kami ialah profit and loss statment, terjemahannya penyata untung rugi. Pada pandangan kami, jika konsep statement of profit or loss sama seperti profit and loss statment (hanya pembentukan kata yang berbeza), maka padanan penyata untuk rugi boleh digunakanIstilah25.02.2014
Apakah perbezaan antara yatim, piatu dan yatim piatu semasa mengisi maklumat murid yang terdapat dalam pengkalan data murid APDM ada tiga pilihan iaitu piatu, yatim dan yatim piatuyatim =anak yg kematian ibu atau bapanya
yatim piatu = anak yg kematian kedua-dua ibu bapanya
Piatu- tiada beribu dan tiada berbapa: anak ~; rumah ~ rumah tempat memelihara anak-anak piatu; 2. sl tidak mempunyai sanak-saudara; dagang ~ orang asing yg tidak mempunyai sanak-saudara; rimba ~ sl rimba besar; kepiatuan sl hidup bersendirian (tiada beribu bapa atau tiada bersanak-saudara), tersendiri.

Yatim dan yatim piatu mempunyai maksud yang sama. Saudara boleh memilih dan merujuk kepada pembuat sistem maklumat tersebut.
Tatabahasa07.09.2012
Salam. Saya mahu bertanya. Apakah perkataan yang sesuai untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu bagi perkataan "gimnastrada"? Dalam pengkalan data PRPM DBP hanya ada perkataan gimnastik. Mohon kerjasama pihak DBP.Daripada segi pembentukan, istilah gimnastrada boleh digunakan.Istilah12.01.2015
12

Kembali ke atas