Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.kar.ya.an] | ڤڠکارياءن

Definisi : penghasilan karya, pencip­taan (sesuatu karya): ASAS 50 agak kurang cergas kegiatannya terutamanya dlm soal ~; kreativiti para penulis itu utk menyempitkan ruang ~ amat penting bagi mewujudkan kesedaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.kar.ya.an] | ڤڠکارياءن

Definisi : perihal atau perbuatan menghasilkan karya; penciptaan (sesuatu karya): Kumpulan penulis itu agak kurang cergas dlm soal ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengkaryaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan, bidang mengkarya adalah salah, dan sepatutnya digantikan dengan apa?

Antara maksud bidang termasuklah  bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dan sebagainya) yang tertentu, seperti  bidang kejuruteraan awam dan bidang sejarah. Tidak ada kata terbitan mengkarya, yang ada ialah berkarya, perkaryaan dan pengkaryaan. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan dan sesuaikan dengan konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16.

Tatabahasa15.08.2011
sila jelaskan panduan penyediaan kertas cadangan judul?

Salam sejahtera,

Panduan penyediaan kertas cadangan judul yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

Kertas cadangan judul perlu mengandungi  maklumat yang berikut:

1. Halaman tajuk - cadangan tajuk lengkap dan subtajuk, sebaik-baiknya yang boleh menarik pembaca.

2. Jadual kandungan kertas cadangan - senarai kandungan kertas cadangan dan dinomborkan mengikut susunan.

3. Pernyataan konsep buku - menyatakan konsep asas dan skop  buku dengan jelas. Dinyatakan anggaran tebal manuskrip dan jumlah ilustrasi, sasaran pembaca dan keistimewaan buku tersebut. Pernyataan kosep ini antara 50 - 100 perkatan dan tidak melebihi 250 perkataan.

4. Perihal buku - pernyataan konsep buku dengan lebih terperinci. Nyatakan manfaat kepada pembaca yang akan diperoleh daripada buku itu, huraikan keunikan buku dan mengapa buku tersebut wajar diterbitkan.

5. Perihal penulis - biodata penulis, maklumat yang menyokong kepakaran penulis dalam bidang berkenaan, pengalaman kerja, latar pendidikan serta anugerah dan penghargaan (jika ada) yang berkaitan dengan pengkaryaan.

6. Perihal saingan dan pasaran - buku  perlu memenuhi keperluan semasa dan penulis perlu mengenal pasti judul yang serupa di pasaran. Penulis perlu menyerlahkan keistimewaan bukunya berbanding dengan judul lain.

7. Jadual kandungan buku - senaraikan kandungan buku yang dicadangkan termasuk bahan awalan, isi dan bahan akhiran.

8. Ringkasan bab - huraian secara ringkas untuk setiap bab.

9. Rancangan serahan bahan - nyatakan rancangan serahan bahan yang lengkap kepada DBP untuk urusan penerbitan.

10. Bab contoh - satu bab yang ditulis lengkap perlu disediakan untuk menilai keupayaan penulis menghasilkan karya tersebut.

 

Lain-lain12.07.2010
apakah panduan penulisan kertas cadangan

Salam sejahtera,

Harap maaf, soalan sdr. tidak jelas, adakah sdr. bermaksud panduan menyediakan kertas cadangan judul? Jika pertanyaan sdr. berkisarkan tentang panduan menyediakan kertas cadangan judul, maka jawapannya adalah seperti yang berikut:

Panduan penyediaan kertas cadangan judul yang ditetapkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

Kertas cadangan judul perlu mengandungi  maklumat yang berikut:

1. Halaman tajuk - cadangan tajuk lengkap dan subtajuk, sebaik-baiknya yang boleh menarik pembaca.

2. Jadual kandungan kertas cadangan - senarai kandungan kertas cadangan dan dinomborkan mengikut susunan.

3. Pernyataan konsep buku - menyatakan konsep asas dan skop  buku dengan jelas. Dinyatakan anggaran tebal manuskrip dan jumlah ilustrasi, sasaran pembaca dan keistimewaan buku tersebut. Pernyataan kosep ini antara 50 - 100 perkatan dan tidak melebihi 250 perkataan.

4. Perihal buku - pernyataan konsep buku dengan lebih terperinci. Nyatakan manfaat kepada pembaca yang akan diperoleh daripada buku itu, huraikan keunikan buku dan mengapa buku tersebut wajar diterbitkan.

5. Perihal penulis - biodata penulis, maklumat yang menyokong kepakaran penulis dalam bidang berkenaan, pengalaman kerja, latar pendidikan serta anugerah dan penghargaan (jika ada) yang berkaitan dengan pengkaryaan.

6. Perihal saingan dan pasaran - buku  perlu memenuhi keperluan semasa dan penulis perlu mengenal pasti judul yang serupa di pasaran. Penulis perlu menyerlahkan keistimewaan bukunya berbanding dengan judul lain.

7. Jadual kandungan buku - senaraikan kandungan buku yang dicadangkan termasuk bahan awalan, isi dan bahan akhiran.

8. Ringkasan bab - huraian secara ringkas untuk setiap bab.

9. Rancangan serahan bahan - nyatakan rancangan serahan bahan yang lengkap kepada DBP untuk urusan penerbitan.

10. Bab contoh - satu bab yang ditulis lengkap perlu disediakan untuk menilai keupayaan penulis menghasilkan karya tersebut.

Lain-lain17.09.2010

Kembali ke atas