Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengkebumian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
LOS ANGELES 22 Ogos – Upacara pengkebumian Michael Jackson telah ditangguhkan sehingga 3 September ini daripada tarikh asal pada 29 Ogos. - Utusan Online Betulkah penggunaan kata 'pengkebumian' pada ayat tersebut. Jika salah, mengapakah media cetak menggunakannya? Bagaimana pula dengan kata 'ketepi' dan 'ketengah' apabila menerima imbuhan meN-....-kan? Terima kasih.Istilah yang betul ialah pengebumian. Media menggunakan pengkebumian mungkin disebabkan mereka tidak mengetahui tatabahasa yang betul. Bagi kata ke tepi dan ke tengah apabila menerima imbuhan meN- akan menjadi mengetepikan dan mengetengahkan kerana huruf yang digugurkan ialah huruf k pada ke tepi / ke tengah, bukan huruf t. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 152. Tatabahasa22.08.2009
Mana satukah yang betul? "Pengkebumian" atau "Pengebumian"? "Mengkebumikan" atau "Mengebumikan"Ejaan yang betul ialah pengebumian dan mengebumikan. Ejaan21.10.2014
Manakah yang betul, pengebumian atau pengkebumian?Daripada kata dasar ke bumi diimbuhkan dengan peN-…-an, kata terbitan yang betul ialah pengebumian, iaitu perihal atau perbuatan mengebumikan, penguburan.  Tatabahasa01.12.2014
Apakah perkataan yang betul sama ada 'pengebumian ' atau 'pengkebumian'Kata terbitan yang betul ialah pengebumian, kata bumi menerima apitan penge-...-an.Tatabahasa22.03.2012
Tuan, sestengah upacara pengebumian (mayat) dilakukan dengan pembakaran mayat. Apakah istilah yang sesuai untuk cara pembakaran?

Encik Wong terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Setakat yang kami ketahui inilah istilah yang diguna pakai dalam upucara pengkebumian mayat. Terima kasih

Istilah13.05.2009

Kembali ke atas