Antara 'pengkomputeran' dan 'pengkomputan', yang mana satu patut diguna? Kategori http://ms.wikipedia.org/wiki/Kategori:Peranti_output_pengkomputan wujud di Wikipedia. Tapi betulkah namanya? Atau sepatutnya 'Peranti output pengkomputeran'? Saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Kata/frasa yang betul ialah pengkomputeran dan Peranti Output pengkomputeran. | Tatabahasa | 14.10.2011 |
pengkomputeran adalah kaat kerja terbitan? tq | Pengkomputeran merupakan kata kerja terbitan. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pengkomputeran untuk maksud pengkomputeran. | Tatabahasa | 01.08.2013 |
Dalam Peraturan-Peraturan Timbang & Sukat 1972, terdapat perkataan Inggeris iaitu "Computing Device" diterjemahkan kedalam Bahasa Malaysia sebagai "peranti pengkomputeran" Persoalan:- 1) Adakah terjemahan ini tepat ? 2) Apakah huraian/maksud (definasi) "computing device" ? 3) Adakah maksud/huraian(definasi) Inggeris sama dengan perterjemahkan dalam bahasa malaysia iaitu "peranti pengkomputeran" ? 4) sekiranya berbeza, apakah ciri-ciri perbezaan? 5) sekiranya sama, apakah ciri-ciri persamaan? | Jika melihat pada konteks Peraturan-Peraturan Timbang dan Sukat 1972, terjemahan yang lebih sesuai ialah alat/peranti/mesin kira, kerana ia melibatkan sukat dan timbang. Bagaimanapun, saudara perlu melihat konteks penggunaannya, sama ada menggunakan sistem komputer atau tidak. Mengikut Daftar Istilah DBP, computing ialah kiraan atau komputeran, manakala device ialah peranti (alat, perkakas, pesawat: lihat Kamus Dewan Edisi 4). Bagi istilah computing, yang ada dalam rujukan kami ialah computing machine - mesin kira, manakala computing element - unsur perkomputeran. Saudara perlu jelas dari segi konteks untuk mengenal pasti penggunaan dan bidangnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.01.2008 |
1. Mobile computing 2. Software 3. Content | 1. Pengkomputeran mudah alih 2. Perisian 3. Kandungan | Istilah | 02.02.2007 |
Untuk perpustakaan "on hold" - the book is "on hold". Untuk pengkomputeran "Browse" | Cadangan terjemahan kami bagi "the book is on hold" ialah sama ada "buku itu sedang dalam perhatian" atau "buku itu ditangguhkan...". Walau bagaimanapun, terjemahannya bergantung pada konteks. Bagi "browse" dalam bidang komputer, istilah bahasa Melayunya ialah semak seimbas atau imbas/mengimbas. | Istilah | 18.04.2009 |
Apakah istilah dalam bahasa Melayu untuk cloud computing? | Padanan cloud computing ialah pengkomputeran awan. | Istilah | 08.11.2011 |
Apakah itu Cloud Computing? | Padanan istilah bahasa Melayu untuk cloud computing ialah pengkomputeran awan. Pihak kami tidak mempunyai huraian tentang istilah tersebut. | Istilah | 19.06.2012 |
Salam, Saya ingin mendapatkan penterjehaman yang rasmi mengenai istilah dalam IT iaitu "Cloud Computing" yang telah mula di perluaskan perkhidmatannya. | Padanan Clou Computing dalam bahasa Melayu ialah Pengkomputeran Awan. | Istilah | 16.01.2012 |
Faculty of Applied Sciences and Computing (translation in Malay) | Padanan bahasa Melayu untuk "Faculty of Applied Sciences and Computing" ialah Fakulti Sains Gunaan dan Pengkomputeran. | Istilah | 21.05.2013 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Cloud Browser"? Adakah "Pelayar Awan" sesuai digunakan? Terima kasih. | Tiada padanan untuk "Cloud Browser" dalam bahasa Melayu. Namun, untuk istilah "Cloud Computerizing" DBP mencadangkan "Pengkomputeran Awan", maka untuk istilah "Cloud Browser" istilah "Pelayar Awan" boleh digunakan. | Istilah | 02.11.2013 |