Saya keliru tentang kata 'penglibatan' dan ' pelibatan', yang mana satu betul? Berdasarkan kamus dewan, penglibatan dianggap betul tetapi berdasarkan rumus pengimbuhan, pelibatan ialah kata yang sepatutnya. | Mengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri penglibatan iaitu melibatkan diri sesuatu hal atau perkara. | Tatabahasa | 19.03.2014 |
Penglibatan atau pelibatan? Yang Mana digunakan dalam kontek yang betul untuk penglibatan ibubapa atau pelibatan ibubapa | Mengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri ‘penglibatan” iaitu melibatkan diri sesuatu hal atau perkara, jadi “penglibatan” juga boleh digunakan untuk maksud yang sama dengan “pelibatan”. | Tatabahasa | 25.07.2018 |
Mohon sedikit penjelasan. Saya dimaklumkan oleh rakan sejawat bahawa penggunaan perkataan PENGlibatan adalah salah dan sepatutnya PElibatan. Merujuk kepada Khidmat Nasihat DBP, adakah PENGlibatan dan PElibatan adalah betul atau hanya PElibatan ejaan yang betul. | Mengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri ‘penglibatan” iaitu melibatkan diri sesuatu hal atau perkara, jadi “penglibatan” juga boleh digunakan untuk maksud yang sama dengan “pelibatan”. | Tatabahasa | 19.02.2014 |
Pelibatan dan penglibatan, mana satu tepat? |
| Ejaan | 18.08.2017 |
assalamualaikum... saya merupakan seorang pelajar tahun akhir yang sedang membuat thesis. saya mempunyai masalah dari segi perkataan ketidak penglibatan. adakah ayat ini boleh digunakan atau saya pelu menggunakan ayat tidak penglibatan. diharap membantu saya... | Nurul Hafizal, Ketidak penglibatan bukan tidak boleh digunakan tetapi bukankah lebih mudah dan baik jika kita gunakan yang tidak terlibat atau tidak terlibat. Tereima kasih | Tatabahasa | 17.03.2010 |
Penglibatan Abdullah Tahir dalam dunia sastera terutama dalam karyanya yang berbentuk eksperimen | Penglibatan Abdullah Tahir dalam dunia sastera terutama dalam karyanya yang berbentuk eksperimen boleh dilihat melalui kumpulan cerpen beliau seperti berikut: i. Hujan di Daerah Settha, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 1978. ii. Di Perhentian Pertama, Kuala Lumpur: Utusan Melayu & Distributors, 1975. iii. Di Tengah Perempuan, Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu Raya, 1984. iv. Kepulangan Seorang Tua, Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu Raya, 1984, dan v. Sang Tahanan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997. | Lain-lain | 29.02.2008 |
Salam. (Penglibatan atau pelibatan) . Mana betul. | Menurut data kami, ejaan yang betul ialah penglibatan. | Tatabahasa | 28.03.2019 |
Penglibatan kokurikulum akan melahirkan murid cemerlang. Munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TK | Ayat yang betul ialah penglibatan murid dalam kokurikulum akan melahirkan murid yang cemerlang. | Tatabahasa | 06.08.2012 |
setiap peserta kursus diberi sijil penglibatan sebagai menghargai kehadiran mereka dalam kursus tersebut. (tuan, adakah sijil penglibatan salah dalam ayat ini, kalau salah, bagaimana betulkannya>tq) | Yang betul ialah Sijil Penyertaan. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
Salam sejahtera, Apakah perbezaan "penglibatan" dan "keterlibatan"? | Salam sejahtera, Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penglibatan bermaksud perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm sesuatu hal (perkara dsb). Keterlibatan pula bermaksud perihal terlibat. Untuk makluman lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Sekian, terima kasih. | Makna | 06.06.2017 |