Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mula ditubuhkan sejak tahun 2005 lagi namun nama Agensi masih asing kepada segelintir rakyat Malaysia manakala nama singkatan Maritim Malaysia pula kurang menggambarkan peranan utama penubuhan Agensi. Adakah wajar sekiranya diwujudkan satu perkataan baru iaitu “Kosgad” (terjemahan terus dari Coast Guard) bagi menggantikan “Penguatkuasa Maritim” | Penetapan nama agensi diputuskan oleh agensi berkenaan. Sekiranya perkataan yang digunakan dalam penamaan itu memenuhi maksud bidang kuasa agensi berkenaan dan mematuhi struktur bahasa Melayu, maka tidak perlu digantikan dengan perkataan lain. Apatah lagi menggunakan perkataan yang diterjemah terus daripada bahasa asing. | Makna | 09.05.2019 |
Bahagian Penguatkuasaan menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen, proses akan bermula jika sebut haraga disetujui... Bagaimana saya boleh dapat tahu sebut harga assignment ini? | Lihat Lampiran | Lain-lain | 15.05.2012 |
Kenapa penguatkuasaan penggunaan bahasa Melayu masih di takuk lama. Pelbagai kesalahan penggunaan bahasa berlaku di mana-mana. Hal ini bukan melibatkan badan swasta sahaja, malah jabatan kerajaan juga. Sila turun padang dan cuba lihat penggunaan papan-papan tanda oleh JKR misalnya..... Sebenarnya hal ini demikian boleh mengganggu pembelajaran pelajar di sekolah-sekolah. | Untuk makluman tuan, DBP meneruskan kerja pemantauan penggunaan bahasa Melayu di tempat awam dan membuat teguran kepada pihak yang jelas mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. DBP sedia bekerjasama dalam hal memperkasakan bahasa Melayu, walaupun tanggungjawab memastikan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul di tempat awam ialah di bawah pihak berkuasa tempatan. DBP juga menyediakan Khidmat Nasihat Bahasa sebagai saluran untuk pengguna menanyakan hal-hal kebahasaan tetapi mungkin khidmat ini tidak dimanfaatkan sepenuhnya. | Lain-lain | 06.06.2009 |
enforcement | penguatkuasaan | Istilah | 19.02.2009 |
Assalamualaikum & Salam Sihat 1Malaysia, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan kata "penguatkuasa" atau "penguat kuasa" atau "penguatkuasaan". Sebelum itu saya pegawai farmasi daripada Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri Kelantan. Terima kasih | Menurut data kami, ejaan yang betul ialah penguat kuasa dan penguatkuasaan. Penguat kuasa ialah orang yang menguatkuasakan (undang-undang dan sebagainya) http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penguat+kuasa manakala penguatkuasaan ialah perihal menguatkuasakan: ~ undang-undang penguatkuasaan">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penguatkuasaan | Ejaan | 29.12.2015 |
Dalam penulisan teks, yang mana lebih tepat dan gramatis untuk menulis tajuk atau subtajuk, iaitu: 1. Memantapkan Kerjasama Antara Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dan Masyarakat; atau 2. Pemantapan Kerjasama Antara Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang Dan Masyarakat Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih. | Pemantapan Kerjasama antara Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang dengan Masyarakat , lazimnya tajuk/subtajuk ditulis dalam bentuk kata nama. | Tatabahasa | 06.01.2015 |
Salam 1 Malaysia, Tuan, Saya memohon pencerahan frasa yang betul: Bahagian Undang-Undang dan Penguatkuasaan atau Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan? Sekian, terima kasih. | Undang-undang bermaksud peraturan yang digubal untuk sesuatu perbadanan (perkumpulan, persatuan, dan lain-lain) oleh orang-orang tertentu, manakala perundangan pula bermaksud yang berhubungan (berkaitan) dgn atau berasaskan undang-undang: menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang perundangan dan kehakiman. Maka, frasa yang betul ialah Bahagian Undang-undang dan Penguatkuasaan.
| Tatabahasa | 09.11.2014 |
Selain itu, pihak kerajaan juga menjalankan penguatkuasaan undang-undang untuk mengurangkan kes pemerdagangan manusia. Dalam ayat ini, dua penanda wacana wujud sekaligus. Saya ingin bertanya adakah kedua-dua penanda wacana iaitu selain itu dan juga boleh wujud dalam satu ayat | Ayat yang gramatis, "Pihak kerajaan juga menjalankan penguatkuasaan undang-undang untuk mengurangkan kes pemerdagangan manusia". | Tatabahasa | 22.07.2016 |
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mula ditubuhkan sejak tahun 2005 lagi namun nama Agensi masih asing kepada segelintir rakyat Malaysia sendiri manakala nama singkatan Maritim Malaysia pula kurang menggambarkan peranan utama penubuhan Agensi. Adakah wajar sekiranya satu kata nama baru iaitu “Kosgad” (terjemahan terus dari Coast Guard) diwujudkan bagi memberi pemahaman yang lebih khusus menjurus kepada fungsi dan peranan utama Agensi sepertimana agensi penguatkuasaan yang lain sebagai contoh Bomba, Imigresen, Kastam, Polis dan lain-lain? | Penetapan nama agensi diputuskan oleh agensi berkenaan. Sekiranya perkataan yang digunakan dalam penamaan itu memenuhi maksud bidang kuasa agensi berkenaan dan mematuhi struktur bahasa Melayu, maka tidak perlu digantikan dengan perkataan lain. Apatah lagi menggunakan perkataan yang diterjemah terus daripada bahasa asing. | Istilah | 09.05.2019 |
kuat kuasa. 2 patah perkataan ini apabila ada penambahan awal/akhir seperti dikuat kuasa, dikuatkuasakan, penguat kuasa, berkuat kuasa, penguatkuasaan, apabila jadi kata khas Pegawai penguat kuasa/Pegawai Penguat Kuasa/Pegawai Penguat kuasa. Mohon buat ayat contoh bagi memudahkan kami faham. saya pernah membuat tempahan 'rubber stamp'di sebuah kedai yang biasa kakitangan kerajaan buat local order dimana perkataan 'penguat kuasa' dipersoal oleh seorang guru sekolah kerana menjarakkan perkataan tersebut. sekian terima kasih. | Contoh ayat: 1. Kuat kuasa: Larangan ini berjalan kuat kuasa mulai esok. 2. Berkuat kuasa: Mahkamah pun pd tiap-tiap hari memutuskan hukuman yg berkuat kuasa spt undang-undang juga 3. Menguatkuasakan: Negeri itu menguatkuasakan undang-undang melarang menuba ikan. 4. Penguatkuasaan: Kita boleh menyekat amalan negatif melalui penguatkuasaan undang-undang dan program moral yang giat diamalkan. 5. Penguat kuasa: Dia seorang pegawai penguat kuasa yang tegas. | Istilah | 22.06.2010 |