Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.ku.han] | ڤڠوکوهن

Definisi : perihal mengukuhkan (mene­guhkan), peneguhan; pidato ~ Id pidato atau syarahan penerimaan jawatan (dibuat ketika mula memangku jawatan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.ku.han] | ڤڠوکوهن

Definisi : perihal (perbuatan) menjadikan kukuh; peneguhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengukuhan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan Bahagian Pengukuhan Seni dan Budaya dalam bahasa Inggeris?Untuk makluman puan, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com atau  hubungi Institut terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), melalui talian 03-41451800 atau e-mel info@itbm.com.myMakna21.02.2023
family strengthening workshipbengkel pengukuhan keluargaMakna27.03.2007
Jika tajuk buku tersebut ialah LATIHANAN ASAS PENGUKUHAN ADOBE ILLUSTRATOR CS26, INDESIGN DAN PHOTOSHOP, adakah perkataan adobe illustrator, indesign dan phtoshop perlu italic? Untuk pengetahuan, penggunaan perkataan tersebut jugak banyak digunakan di dalam teks.Tidak perlu diitalikkan kerana perkataan tersebut merupakan nama khas bagi perisian komputer.Lain-lain17.05.2016
Lazimnya, Strategi dalam dokumen ditulis menggunakan kata kerja. Contohnya, Memperkukuh Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa. Sekiranya Strategi tersebut dijadikan tajuk/subtajuk, adakah ia ditulis menggunakan kata kerja atau ditukar kepada kata nama, iaitu Pengukuhan Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa. Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.Ya, akan menjadi kata nama Pengukuhan Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa.Tatabahasa13.01.2015
Salam. Apakah terjemahan terhadap istilah "inaugural lecture" dalam bahasa Melayu.Kami mencadangkan inaugural lecture diterjemahkan sebagai "syarahan pengukuhan". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah24.03.2022
saya ingin tahu makna perjatan isbatSetakat ini, makna perjatan tidak terakam di dalam mana-mana kamus, walau bagaimana pun isbat bermaksud ketetapan, penetapan, pengukuhan, sah (tentu).Makna02.03.2007
apa kah padanan untuk perkataan "market rally" dalam bahasa melayuIstilah "market rally" belum ada lagi padanannya dalam bahasa Melayu. Namun, kami mencadangkan padanan yang sesuai ialah "pengukuhan pasaran" yang merujuk suatu keadaan orang ramai yang berminat membeli sesuatu saham yang pada mulanya jatuh di pasaran.      Istilah09.06.2009
nama lain dalam Bahasa Malaysia untuk tajuk Program Team Building selain Program Bina Pasukan ?Tiada nama lain yang sesuai untuk Program Bina Pasukan. Walau bagaimanapun, jika hendak menggunakan nama lain, boleh juga digunakan dengan nama "Program Pengukuhan Kerja Berpasukan" atau "Program Kepimpinan dan Bina Pasukan".Lain-lain01.09.2020
Assalamualaikum, terima kasih didahulukan kerana sudi membaca dan menjawab pertanyaan saya. Saya ingin meminta saranan dan khidmat nasihat mengenai frasa "Pelaksanaan Kelestarian Kewangan". Setahu saya, lestari bermaksud kekal maka agak kurang sesuai digunakan dalam konteks kemajuan atau kecemerlangan atau penjanaan kewangan. Adakah wujud perkataan kebih sesuai untuk digunakan bagi menggantikan perkataan lestari dalam ayat tersebut? Sekian terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, lestari bermaksud dalam keadaan tidak berubah daripada yang asal atau tetap pada tahap yang tertentu. Isunya adakah penggunaan perkataan "kelestarian" dalam konteks Pelaksanaan Kelestarian Kewangan bermaksud sedemikian? Hal kewangan lazimnya dikaitkan dengan pengukuhan atau kemampanan. Pengukuhan bermaksud perihal menjadikan sesuatu itu kukuh/teguh, manakala kemampanan bermaksud (berkenaan ekonomi) mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik dalam jangka masa panjang.Tatabahasa28.12.2023
apakah sumbangan dewan pustaka dan bahasa di Malaysia?Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan menyumbang bagi menggerakkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia.Lain-lain11.07.2012
12

Kembali ke atas