Perbezaan antara pengulangan dan perulangan | Pengulangan bermaksud hal atau perbuatan mengulang atau mengulangi. Manakala, perulangan bermaksud hal berulang-ulang. | Makna | 22.09.2017 |
Kenapakah "kayu-kayan" dikategorikan sebagai kata ganda berentak pengulangan konsonan sedangkan tiada huruf konsonan "n" pada perkataan "kayu"? Bagaimanakah boleh timbul huruf konsonan "n" pada perkataan "kayan"? Kenapakah "sayur-mayur" pula dikategorikan sebagai kata ganda berentak pengulangan vokal sahaja? Apakah "sayur-mayur" tidak boleh menjadi kata ganda berentak pengulangan konsonan disebabkan oleh huruf konsonan "y" dan "r" seperti "kayu-kayan"? Adakah huruf konsonan "m" bagi "mayur" dan huruf konsonan "n" bagi "kayan" hanya untuk menyedapkan bunyi pasangan kata ganda masing-masing? | Penggandaan berentak vokal ialah penggandaan yang mengulang ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu. Sayur-mayur, pengulangan vokal a dan u, dan bukannya pengulangan pada huruf konsonan. Penggandaan konsonan ialah penggandaan yang mengulangi ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu. Kayu-kayan, pengulangan konsonan k dan y. Kata ganda tersebut telah diterima seperti demikian, dan tidak ada fakta tentang penyuaipadanan huruf dalam kata ganda. | Tatabahasa | 06.11.2014 |
dalam istilah sastera, wujud tak perkataan sinkof ? saya jumpa dalam kamus dewan ialah sinkope. jadi yang mana satu betul, sinkof atau sinkope? untuk istilah kata yang kita ulang dalam puisi, kita sebut repetisi atau perulangan/pengulangan ? antara perulangan/pengulangan mana satu yang tepat? | Ejaan yang tepat ialah sinkope dan pengulangan untuk repetisi. | Lain-lain | 01.08.2007 |
Salam, Saya hendak bertanya berkaitan dengan kata ganda. Menurut Tatabahasa Dewan (2010), terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggnda separa dan penggandaan berentak. Penggandaan berentak pula terdiri daripada; i. penggandaan kata nama pengulangan vokal ii. penggandaan berentak kata nama pengulangan konsonan iii. penggandaan kata nama berentak bebas SOalan saya, Mengapa contoh kata ganda 'sedu-sedan' dimasukkan dalam kategori kata nama berentak bebas sedangkan kata ganda 'kayu-kayan' pula dimasukkan dalam kategori prnggandaan kata nama pengulangan konsonan? Jika dilihat kata ganda 'sedu-sedan' menunjukkan terdapat pengulangan konsonan 's' dan 'd' Jawapan daripada pihak tuan seperti berikut; Saya merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2010, contoh kata ganda berentak pengulangan konsonan ialah batu-batan, gunung-ganang dan suku-sakat, tidak ada contoh kayu-kayan; manakala contoh bagi kata ganda berentak bebas ialah lintang-pukang, remeh-temeh dan simpang-siur, tidak ada contoh sedu-sedan. Namun saya sudah buat semakan semula, sila lihat muka surat 139, subtajuk Penggandaan berentak. Saya lampirkan bersama-sama muka surat dan bukti | Jawapan telah kami berikan semalam tentang kata ganda berentak kayu-kayan dan sedu-sedan. Kami perlu merujuk pihak yang berkenaan tentang lampiran yang tuan sertakan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Tatabahasa | 06.07.2021 |
Salam, Saya hendak bertanya berkaitan dengan kata ganda. Menurut Tatabahasa Dewan (2010), terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggnda separa dan penggandaan berentak. Penggandaan berentak pula terdiri daripada; i. penggandaan kata nama pengulangan vokal ii. penggandaan berentak kata nama pengulangan konsonan iii. penggandaan kata nama berentak bebas SOalan saya, Mengapa contoh kata ganda 'sedu-sedan' dimasukkan dalam kategori kata nama berentak bebas sedangkan kata ganda 'kayu-kayan' pula dimasukkan dalam kategori prnggandaan kata nama pengulangan konsonan? Jika dilihat kata ganda 'sedu-sedan' menunjukkan terdapat pengulangan konsonan 's' dan 'd' | Saya merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, 2010, contoh kata ganda berentak pengulangan konsonan ialah batu-batan, gunung-ganang dan suku-sakat, tidak ada contoh kayu-kayan; manakala contoh bagi kata ganda berentak bebas ialah lintang-pukang, remeh-temeh dan simpang-siur, tidak ada contoh sedu-sedan. | Tatabahasa | 05.07.2021 |
yang manakah betul membawa maksud pengulangan perkataan dalam satu baris, dalam sesebuah syair, 'repetisi' atau 'responsie'. dua buah buku rujukan memberi dua perkataan yang berlainan untuk maksud yang sama. terima kasih | Istilah yang digunakan untuk pengulangan perkataan dalam satu baris dalam puisi ialah REPETISI. | Lain-lain | 20.02.2008 |
SOALAN MENGENAI PENGGUNAAN BENTUK JAMAK - PENGULANGAN SEMUA KATA DALAM FRASA NAMA - YANG SAYA PERHATIKAN KERAP DISEBUT DALAM MAJLIS. ADAKAH BERIKUT BETUL? (1) TAN SRI-TAN SRI? (2) PUAN SRI-PUAN SRI? (3) DATO' SERI-DATO' SERI? DAN SEBAGAINYA. | Pengulangan semua perkataan dalam gelaran seperti contoh yang diberi adalah betul. | Tatabahasa | 04.04.2012 |
Apa perbezaan asonansi dan aliterasi ? | asonansi - pengulangan “bunyi vokal” dalam deretan kata seperti “secupak” dan “sesukat”, atau “pokok” dan “tokoh”. aliterasi - pengulangan “bunyi” atau “huruf pertama” pada beberapa perkataan yang berturutan dalam sesuatu baris, terutamanya dalam sajak seperti “derup” “derap”. Carian jawapan boleh dibuat melalui laman web PRPM atau klik pautan FAQ (Soalan Lazim) melalui laman web KNDBP. Rujukan juga boleh dibuat pada halaman 115, 163, 197-198, 200-201, 228 Ensiklopedia Bahasa Melayu.
| Lain-lain | 19.08.2022 |
Apakah perbezaan asonansi dan aliterasi ? | asonansi - pengulangan “bunyi vokal” dalam deretan kata seperti “secupak” dan “sesukat”, atau “pokok” dan “tokoh”. aliterasi - pengulangan “bunyi” atau “huruf pertama” pada beberapa perkataan yang berturutan dalam sesuatu baris, terutamanya dalam sajak seperti “derup” “derap”. Carian jawapan boleh dibuat melalui laman web PRPM atau klik pautan FAQ (Soalan Lazim) melalui laman web KNDBP. Rujukan juga boleh dibuat pada halaman 115, 163, 197-198, 200-201, 228 Ensiklopedia Bahasa Melayu.
| Lain-lain | 19.08.2022 |
Mohon huraian adakah ayat ini gramatis. Terdapat tiga kali pengulangan perkataan 'di' yg menunjukkan tempat. -Pakaian yang selesai dibasuh dijemur di ampaian di halaman rumah di bawah panas matahari. Terima kasih atas penjelasan. | Ayat "Pakaian yang selesai dibasuh dijemur di ampaian di halaman rumah di bawah panas matahari." adalah betul walaupun terdapat pengulangan tiga sendi nama "di" yang menunjukkan tempat. | Tatabahasa | 05.09.2012 |