tuan, saya ada beberapa soalan yang menimbulkan kekeiruan: 1. suasana mesra diwujudkan melalui interaksi sesama mereka.( kesalahan jawapan ialah sesama) 2. aktivis bermasyarakat itu dianugerahkan pingat.(kesalahan: bermasyarakat) 3. pengulas sukan itu kelihatan berat sebelah ketika membuat ulasan siaran secara langsung. (kesalahan:pengulas) 4. perkhidmatan layan diri.(kesalahan di mana?) 5. kawasan hilir sungai dipenuhi lumpur selepas banjir surut.( kesalahan di mana?) 6. pelbagai jenis lauk-pauk( kesalahan di mana?) | 1. Suasana mesra diwujudkan melalui interaksi sesama mereka. - sesama bermaksud antara, ayat ini betul 2. Aktivis bermasyarakat itu dianugerahkan pingat. - yang betul 'aktivitis masyarakat', iaitu kata majmuk 3. Pengulas sukan itu kelihatan berat sebelah ketika membuat ulasan siaran secara langsung. - ayat ini betul kerana pengulas ialah orang yang bertugas memberikan ulasan terhadap kegiatan sukan itu 4. Perkhidmatan layan diri. - buang perkataan 'perkhidmatan' kerana tiada khidmat yang diberikan. 'Layan Diri' sahaja 5. Kawasan hilir sungai dipenuhi lumpur selepas banjir surut. tiada kesalahan 6. Pelbagai jenis lauk-pauk - Frasa yang betul 'pelbagai jenis lauk' atau 'lauk-pauk' | Tatabahasa | 29.03.2011 |
saya nak tanya peninju atau petinju,dalam akhbar dan pengulas sukan menyebut petinju sedangkan tinju bermula denga huruf t maka apabila menerima imbuhan huruf t akan digugurkan dan diganti dengan huruf n menjadi peninju. | petinju - ahli tinju, orang yang berlawan tinju peninju - penumbuk, tinju | Tatabahasa | 24.08.2007 |
Salam sejahtera Tuan/Puan yang dihormati. Saya ingin mengajukan soalan berkenaan terjemahan istilah "reviewer" dalam konteks kajian saintifik? Adakah istilah "penilai semula" sesuai bagi konteks ini? Juga, adakah istilah "penilaian setara" boleh digunakan sebagai terjemahan bagi "peer review"? Antara istilah "pengulas" dan "penilai semula", yang manakah lebih sesuai bagi "reviewer of a scientific journal"? Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu, iaitu penilai semula untuk reviewer dalam konteks kajian saintifik boleh diterima. Begitu juga dengan penialian setara untuk peer review. Namun begitu, kami mencadangkan “penilai semula” lebih sesuai digunakan untuk menilai penulisan jurnal yang belum diterbitkan, manakala “pengulas” untuk menilai jurnal yang telah diterbitkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.02.2018 |
Assalamualaikum. Mohon bantuan tuan untuk mencadangkan terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'viewer'. Dalam konteks ini, 'viewer' ialah orang yang melihat dokumen. Contoh ayat: Viewers are not allowed to edit documents. Terjemahan biasa bagi 'viewer' ialah penonton tetapi saya berpendapat kurang sesuai untuk konteks ini. Mohon bantuan tuan. Terima kasih. | Cadangan terjemahan yang boleh digunakan ialah pembaca, pemerhati atau pengulas selain penonton mengikut konteks bahan. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.03.2019 |