Assalamualaikum. Mohon pengesahan tuan, mana satukah yang betul: 'Pengunjung ke-1000' atau 'Pengunjung ke-1,000'? Terima kasih. | Salam, Jawapan yang lebih tepat ialah Pengunjung ke-1000. | Tatabahasa | 25.06.2015 |
Perbezaan antara pelawat, pengunjung dan pelancong. | Menurut Kamus Dewan, pelawat ditakrifkan sebagai orang yg melawat atau pengunjung.Pelancong pula ditakrifkan sebagai orang yg melancong. Contoh ayat :Kedua-dua bandar itu selalu dilawati pelancong kerana pemandangannya yg cantik. Pengunjung pula ditakrifkan sebagai orang yg mengunjungi sesuatu tempat, pelawat atau pelancong. Contoh ayat: Pemandangan di tempat tersebut demikian indahnya sehingga banyak para pengunjung datang ke sana. | Makna | 08.09.2007 |
Adakah ayat ini betul tatabahasanya? Banyak pengunjung berduyun-duyun memasuki zoo. | Berduyun-duyun telah membawa maksud jamad, ayat yang gramatis "pengunjung berduyun-duyun memasuki zoo". | Tatabahasa | 14.07.2012 |
Betulkah ayat ini: Menerusi galeri ini para pengunjung dapat hargai dengan lebih mendalam tentang perjuangan mereka. | Ayat yang betul ialah, Galeri ini membolehkan para pengunjung menghargai perjuangan mereka dengan lebih mendalam. | Lain-lain | 07.04.2023 |
Bolehkah di dan dalam diwujudkan dalam masa yang sama? Contoh ayat : Pengunjung boleh melibatkan diri di dalam beberapa aktiviti. Adakah ayat itu betul? | Daripada ayat yang diberi, jawapan yang betul ialah: Pengunjung boleh melibatkan diri dalam beberapa aktiviti. | Tatabahasa | 30.09.2021 |
Saya ingin tahu penggunaan perkataan hargai dalam ayat berikut betul atau salah :Menerusi galeri ini para pengunjung dapat hargai dengan lebih mendalam tentang perjuangan mereka. | Ayat yang betul ialah: Galeri ini membolehkan para pengunjung menghargai perjuangan mereka dengan lebih mendalam. | Tatabahasa | 07.04.2023 |
sya akan menunjukkan langkah demi langkah kepada pengunjung itu untuk menggunakan mesin gelongsor buku supaya dia memahami cara penggunaannya dan berjaya memulangkan buku. adakah ayat ini betul dan gramatis? | Ayat yang betul ialah “Saya akan menunjukkan langkah penggunaan mesin gelongsor buku kepada pengunjung supaya mereka faham cara pemulangan buku menggunakan mesin berkenaan.” | Tatabahasa | 09.10.2024 |
Selamat sejahtera. Betulkah ayat berikut: Amaran. Anda kerap berada di kawasan kerap berlaku kemalangan. Pengunjung dinasihatkan tidak mandi-manda di kawasan ini ketika waktu hujan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. | Ayat yang betul ialah: Amaran. Kawasan kerap berlaku kemalangan. Pengunjung dinasihatkan tidak mandi-manda ketika hujan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. | Tatabahasa | 27.06.2022 |
Apakah kesalahannya? 1) Pengunjung yang ke 1000 pasar raya itu layak menerima hadiah. 2) Jangan cerobohi rumput-rumput yang baru ditanam di taman ini. 3) Wajah Mak Usu mengingatkan saya kepada arwah ibu yang saling tak tumpah seiras. 4) Promosi barangan murah oleh pasaraya menarik perhatian. 5) Haji Khalid gemar cerita mengenai zaman bujangnya kepada anak-anak. | Ayat yang saudara kemukakan terdapat kesalahan dan telah kami perbetulkan. 1) Pengunjung yang ke-1000 pasar raya itu layak menerima hadiah. 2) Jangan pijak rumput-rumput yang baru ditanam di taman ini. 3) Wajah Mak Usu salin tak tumpah arwah ibu dan mengingatkan saya kepadanya. 4) Promosi barangan murah oleh pasar raya menarik perhatian orang ramai. 5) Haji Khalid gemar bercerita mengenai zaman bujangnya kepada anak-anak | Tatabahasa | 05.04.2013 |
Salam sejahtera. A) Pulau ini mampu menggamit pengunjung dengan batu karangnya yang tumbuh mengelilingi pulau ini serta kawasan pantai yang cantik. B) ...menggamit perasaan... {SOALAN 1} Bolehkah perkataan 'menggamit' digunakan dalam ayat (A)? Apakah maksudnya dalam konteks ayat ini? {SOALAN 2} Apakah bolehkah menggamit digunakan dalam frasa (B)? Apakah fungsi dan maksudnya yang tersirat, terutamanya dari segi KEPUITISANNYA? | Perkataan "menggamit" boleh digunakan dalam ayat A dan B. Kata "menggamit" pengunjung bermaksud menimbulkan minat dan keinginan orang ramai untuk datang dan menikmati keindahan pulau tersebut. Manakala "menggamit" perasaan ialah menimbulkan/ memberi kesan perasaan kepada seseorang terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang dialami. | Tatabahasa | 15.10.2020 |