Salam sejahtera, Adakah "sistem slimming" sesuai diterjemahkan kepada "pengurangan sistem" atau "pelangsingan sistem"? Digunakan dalam perisian(Teknologi maklumat) Jika tidak sesuai, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Pada pandangan kami, terjemahan bahasa Melayu bagi slimming system ialah pengurangan sistem yang digunakan dalam bidang teknologi maklumat. | Penyemakan dan penterjemahan | 31.01.2018 |
Mohon bantuan pihak DBP untuk khidmat nasihat untuk mengalih bahasa: Selective Catalytic Reduction (SCR) System. Kami berpendapat bahawa perkataan diatas bermaksud: Sistem Pemangkin Pengurangan Selektif (SCR) dalam bahasa melayu. Mohon khidmat nasihat dan pengesahan pihak DBP | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi perkataan Selective Catalytic Reduction (SCR) System. Oleh itu, sekiranya bersesuaian dengan konsep atau bidang yang dimaksudkan, kami mencadangkan terjemahan Sistem Pengurangan Bermangkin Terpilih sebagai padanan untuk perkataan Selective Catalytic Reduction (SCR) System.
| Penyemakan dan penterjemahan | 23.07.2019 |
Tuan, Apakah yang dimaksudkan dengan mitigasi? | Perkataan mitigasi ialah terjemahan perkataan mitigation dalam bahasa Melayu tetapi hanya digunakan dalam bidang pertanian. Dalam bentuk kata umum, mitigation diterjemahkan kepada pengurangan. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.04.2014 |
salam saya ingin bertanya apakah maksud dan penggunaan perkataan mitigate & mitigation. | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan mitigate ialah mengurangkan, meringankan dan mitigation pula ialah pengurangan. | Makna | 21.05.2010 |
Harap encik/puan boleh tolong menterjemahkan bahan iklan tersebut. Terjemahan terkini adalah seperti berikut: Launch Print Ad – BM HEADLINE Siapa sangka Formula One™ boleh membantu anda menikmati lebih penjimatan petrol? Kami menjangka. Kami menciptanya. BODYCOPY Teknologi Formula One™, untuk semua. Petrol ciptaan kami menjadi pemacu Pasukan Formula One™ MERCEDES AMG PETRONAS. Kecekapannya yang unggul membolehkan mereka berlumba dengan pengurangan petrol sebanyak 30%. Kami terapkan teknologi yang sama dalam rumusan baharu Advanced Energy Formula yang membersih, menghasilkan semburan lebih halus dan mengurangkan geseran untuk penjimatan petrol yang unggul. Alami sendiri teknologi paling inovatif di dunia, kini di semua stesen PETRONAS. | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 20.05.2014 |
sesuai atau tidak sekiranya saya menggunakan perkataan 'pembakaran kerja' untuk ayat seperti yang diterjemahkan dari perkataan inggeris iaitu BURNOUT. Perkataan pembakaran kerja ianya melibatkan produktiviti kerja yang menurun, masalah kerja dari segi ketidakhadirin dan tekanan perasaan yang negatif. BURNOUT ini sering kali dikaitkan dalam bidang perubatan. Selain itu BURNOUT ini juga mempunyai tiga perkara asas iaitu keletihan emosi, dipersonalisasi dan pengurangan pencapaian peribadi yang mana ketiga-tiga aspek ini terhasil daripada masalah tekanan kerja, Adakah terdapat istilah lain bagi menggantikan penggunaan 'pembakaran kerja' untuk istilah BURNOUT. | Belum ada padanan bagi perkataan burnout, perkataan yang paling hampir bagi menerangkan konsep burnout dalam konteks yang tersebut ialah kehabisan tenaga. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.05.2015 |
Ada dua kekeliruan penggunaan kata noktah dan huruf besar. 1. Contoh ayat : a.Jawapannya ya, ada! Tidak terlewat untuk Malik melakukan "Perancangn Kewangan". - tanda noktah ( . ) selepas tanda petik atau sebelum penutup tanda petik? - Huruf P dan K (perancangan kewangan) perlu huruf besar atau kecil? 2. Purata umur masyarakat meningkat disebabkan jangka hayat yang lebih panjang dan juga pengurang kadar kelahiran.2 - penggunaan perkataan 'pengurang' betul ke? atau 'pengurangan' lebih sesuai. - Nota kaki selepas kelahiran. tanda noktah perlu selepas nombor nota kaki atau selepas nombor nota kaki? harap saudara/saudari dapat membantu saya. Terima kasih | Berikut merupakan penjelasan daripada DBP: - Tidak jelas sama ada ini perikan daripada pembicaraan atau ayat penyata. Sekiranya ayat penyata, penggunaan tanda baca yang betul ialah Tidak terlewat untuk Malik melakukan perancangan kewangan.
- Purata umur masyarakat meningkat disebabkan jangka hayat yang lebih panjang dan juga kadar kelahiran² yang berkurangan.
Puan boleh merujuk Buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu dan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 26.06.2014 |
Saya merupakan pelajar yang sedang menulis tesis dalam Bahasa Melayu. Oleh itu, saya mempunyai masalah untuk menentukan istilah bahasa melayu bagi tajuk tesis saya. Kajian saya berkaitan dengan gangguan di dalam lapisan ionosfera. Gangguan tersebut disebabkan oleh ketumpatan ionosfera yang rendah berbanding persekitarannya. Dalam bahasa inggeris, ia dikenali sebagai plasma depletion. Manakala bahasa yang lazim digunakan ialah equatorial plasma bubble. Perkataan bubble dalam bahasa melayu ialah gelembung atau buih. Manakala kajian saya tertumpu kepada "plasma depletion". Berikut saya lampirkan gambar rajah simulasi equatorial plasma bubble. Terima Kasih. | DBP tidak mempunyai istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "plasma depletion" dan "plasma bubble". , Kesesuaian istilah bahasa Mlayu bergantung pada konsep yang ingin disampaikan. Contohnya perkataan "depletion" mempunyai beberapa padanan seperti pengurangan, susutan, pengosongan, kehabisan dan pengikisan. Oleh itu, terpulang pada puan untuk memilih perkataan yang sesuai dengan konteks yang ingin dikemukakan. | Istilah | 07.03.2016 |