Gandaan untuk jawatan. Adakah ditulis: 1. Pengurus Besar - Pengurus Besar; atau 2. Pengurus-Pengurus Besar Mohon pengesahan penggunaan gandaan jawatan yang betul. Terima kasih. | Jawapan yang tepat ialah Pengurus-pengurus Besar. | Ejaan | 02.09.2016 |
Yang mana betul 1) Pengurus diminta memaklumkan Unit Pentadbiran sekiranya.. atau 2) Pengurus diminta memaklumkan kepada Unit Pentabiran sekiranya... | Puan Robiaton, Ayat yang betul ialah 'Pengurus diminta memaklumi Unit Pentadbiran sekiranya... | Tatabahasa | 06.05.2010 |
1.( Encik Ali, pengurus syarikat itu / Encik Ali pengurus syarikat itu ) akan bersara pada minggu depan. | 1.Encik Ali pengurus syarikat itu akan bersara pada minggu depan. - tidak perlu tanda koma selepas Encik Ali, walau bagaimanapun dalam sebutan memang berhenti sekejap (pause). | Tatabahasa | 17.09.2010 |
apa definisi pengurus dan apa pula definisi ketua serta peranannya? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Pengurus ialah 1. (orang dll) yg mengurus, (orang dll) yg menjalankan pengurusan: dia telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa ~ perayaan hari kebangsaan; 2. orang yg mengendalikan perjalanan sehari-hari syarikat perniagaan dsb: pentadbiran syarikat diserahkan kpd seorang ~ dan sebuah jawatankuasa; ~ agung = ~ besar pengurus yg tertinggi, pucuk pimpinan (syarikat dll); ~ harian pengurus yg menjalankan tugas hari-hari; ~ lini pengurus yg bertanggungjawab merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi: perancangan merupakan fungsi utama ~ lini; ~ syarikat orang yg menguruskan (mengendalikan) sesebuah syarikat. Ketua pula ialah orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, perkumpulan, pertubuhan, jabatan, dll): ~ persatuan; ~ pengarang; guru ~ guru besar (kepala sekolah); ~ adat pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kampung, suku, dll); ~ jurumasak cef; ~ kampung orang yg mengepalai kampung, penghulu kampung; ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; ~ Menteri menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; ~ muda wakil ketua; ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid; ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; ~ pejabat orang yg mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat; ~ satu ketua yg terkanan (terpenting) sekali (dlm pertubuhan dll); | Istilah | 01.07.2009 |
salam sejahtera. 1. circulation manager dalam bahasa malalaysia. 2. advertisment manager dalam bahasa malayisia 3.business development manager dalam bahasa malaysia. 4.education publication manager dalam bahasa malaysia. Terima kasih. | 1.circulation manager =Pengurus Edaran 2.advertisment manager=Pengurus Iklan 3.business development manager=Pengurus Pembangunan Perniagaan 4.education publication manager= Pengurus Penerbitan Pendidikan | Istilah | 03.06.2014 |
Mana yang LEBIH sesuai digunakan bagi jawatan Regional Manager dalam Bahasa Melayu sama ada Pengurus Wilayah atau Pengurus Rantau. Sekian,terima kasih. | Saudara, terjemahan bahasa Melayu yang sesuai bagi Regional Manager ialah Pengurus Kawasan. Untuk keterangan lanjut, sila klik pada laman ini 1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Regional+Manager&d=1. | Lain-lain | 26.01.2011 |
Mana satu penggunaan yang betul. 1. Saya menghadiri mesyuarat Lembaga Pengurusan / Pengurus Sekolah. 2. Ali telah menyediakan carta organisasi Lembaga Pengurusan / Pengurus Sekolah. Terima kasih. | Salam sejahtera, Frasa yang betu: 1. Saya menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengurusan Sekolah . 2. Ali telah menyediakan carta organisasi Lembaga Pengurusan Sekolah. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 18.06.2019 |
Jawapan yang manakah betul ? 1 I Pendapat seorang pengurus syarikat biasanya kukuh. II Jambatan yang lama itu masih kukuh untuk digunakan. III Kedudukan Encik Amin sebagai pengerusi persatuan itu kukuh. IV Persembahan yang kukuh akan menjadikan majlis lebih menarik. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV | Sdr. jawapan yang betul ialah B. | Tatabahasa | 11.09.2007 |
Assalamualaikum, minta bantuan Tuan. saya membuat kajian mengenai tajuk ini: 1. MANAGERIAL COACHING: betulkan dalam bahasa 'Pengerusan Kejurulatihan 2. MANAGER AS A COACH : dalam konteks pengurusan bolehkan saya menyatakan peranan pengurus sebagai PEMBIMBING, kerana saya rasa tidak sesuai untuk menyatakan peranan pengurus sebagai jurulatih. | Dalam konteks ini,kami berpendapat perkataan PEMBIMBING sesuai digunakan. | Istilah | 20.03.2016 |
Tuan, Untuk setiap dua set tiga ayat yang berikut yang manakah betul dari segi tata bahasanya? 1a) Guru sebagai pemimpin komuniti. 1b) Seorang guru sebagai pemimpin komuniti. 1c) Seorang guru sebagai seorang pemimpin komuniti. 2a) Seorang guru perlu menjadi seorang pengurus kelas yang baik. 2b) Seorang guru perlu menjadi pengurus kelas yang baik. 2c) Seorang guru perlu menjadi seorang pengurus kelas yang baik. Didahului dengan ribuan terima kasih. Yg benar, Mark. | Bagi ayat nombor 1, ayat yang betul ialah 1a, iaitu Guru sebagai pemimpin komuniti. Manakala ayat nombor 2, dicadangkan ayat berikut : Seseorang guru perlu menjadi pengurus yang baik. | Tatabahasa | 15.11.2010 |