Pak Majid ditarik gerainya oleh penguatkuasa majlis perbandaran dalam operasi pemeriksaan lesen peniaga-peniaga kecil di pasar minggu. (tuan, apakah kesalahan dalam ayat ini dan bagaimana membetulkannya? TQ) | Ayat yang diberikan kurang tepat maknanya kerana lazimnya dalam operasi pemeriksaan lesen, pegawai memeriksa sama ada peniaga mempunyai lesen atau sebaliknya. Ayat ini sepatutnya berbunyi "Pak Majid tidak dibenarkan berniaga kerana tidak mempunyai lesen oleh penguatkuasa majlis perbandaran dalam operasi pemeriksaan lesen peniaga-peniaga kecil di pasar minggu". Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
maksud perkataan 'autoritatif' | Saudara, Perkataan autoritatif bermaksud 1. diiktiraf (diakui, diterima) sbg yg benar atau yg boleh dipercayai dan dijadikan pegangan: pd umumnya kecekapan sesuatu bahasa itu terpancar dlm kamus yg ~ dlm bahasa yg berkenaan; makalah yg ~ tentang masalah yg dihadapi peniaga-peniaga kecil; 2. (penuh) berkuasa, berwibawa. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 03.10.2009 |
Salam, 1. "Demi menjadi seorang peniaga yang berjaya, seseorang itu perlu berusaha dengan gigih","Untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya, seseorang itu perlu berusaha dengan gigih". Dalam kedua-dua ayat di atas, ayat manakah yang betul? Bolehkah "demi" dan "untuk" bertukar ganti penggunaanya dalam ayat-ayat tersebut? 2."Daun pokok itu gugur kerana _________." Sila lengkapkan ayat tersebut dengan perkataan yang paling tepat. Bolehkan "kehausan" digunakan? Terima kasih. | 1. "Demi menjadi seorang peniaga yang berjaya, seseorang itu perlu berusaha dengan gigih", "Untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya, seseorang itu perlu berusaha dengan gigih". Dalam kedua-dua ayat tersebut perkataan "demi" dan "untuk" boleh bertukar ganti. Untuk maklumat lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 277. 2. Perkataan "kehausan" tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut, berkemungkinan boleh diisi dengan perkataan "... kerana ditiup angin" atau perkataan lain yang tepat dari segi maknanya. | Tatabahasa | 27.10.2014 |
Saya merupakan peniaga yg menjalankan bengkel kereta. Baru baru ini sy beri amaran oleh PIHAK BERKUASA TEMPATAN kerana papan perniagaan saya tertera perkataan 'PUSAT SERVIS KENDERAAN' Adakah salah penggunaan bahasa saya? | Sekiranya perkhidmatan yang disediakan ialah menservis kenderaan, PUSAT SERVIS KENDERAAN adalah betul. Sekiranya puan menjalankan perkhidmatan membaiki kenderaan dan lain-lain, BENGKEL KENDERAAN atau BENGKEL MEMBAIKI KENDERAAN ialah perkataan yang lebih sesuai. | Tatabahasa | 04.09.2014 |
NOTIS PEMAKLUMAN PERHATIAN Adalah Dimaklumkan Bahawa, Pekan Sehari Pada Setiap Isnin Akan Berpindah Sementara Mulai 30 Januari 2018. Peniaga Yang Terlibat Bagi Perpindahan Tersebut Hanyalah Peniaga Yang Berada Di Lokasi Berhadapan Rumah Rehat Lama Sahaja. Perpindahan Tersebut Adalah Memberi Laluan Kepada Pembinaan Dewan Terbuka Di Lokasi Tersebut. Rujuk Pelan Lokasi Sebenar Di Bawah. HARAP MAKLUM | Sila betulkan ayat dalam notis pemakluman seperti yang berikut: Dimaklumkan bahawa Pekan Sehari pada setiap hari Isnin akan berpindah sementara mulai 30 Januari 2018. Peniaga yang terlibat bagi perpindahan tersebut hanyalah peniaga yang berada di lokasi berhadapan dengan Rumah Rehat Lama sahaja. Perpindahan tersebut bertujuan memberi laluan kepada pembinaan dewan terbuka di lokasi tersebut. Sila rujuk pelan lokasi sebenar seperti di bawah. Sila ikut pola huruf permulaan setiap perkataan dengan betul. | Tatabahasa | 23.01.2018 |
Salam sejahtera, Para peniaga di pasar malam mulai/mula tiba. (perlu tambah imbuhan akhiran atau tidak perlu) Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Ayat yang tepat ialah Para peniaga di pasar malam mula tiba. perkataan Mula membawa maksud paling awal atau dahulu sekali. Oleh itu, imbuhan akhiran tidak perlu digunakan. Sekian. Tuan/puan boleh melayari pusat rujukan persuratan melayu atau prpm.dbp.gov,my untuk mengetahui lebih lanjut. | Pengembangan | 25.02.2020 |
Salam. Tuan.. Mak Cik Kintan peniaga sayur di pasar tani. _______ menjual sayuran segar yang diambil dari ladang. A. Dia B. Beliau jawapannya A atau B tuan. Terima kasih... | Mak Cik Kintan peniaga sayur di pasar tani. Dia menjual sayuran segar yang diambil dari ladang. | Tatabahasa | 03.03.2015 |
apakah maksud perniagaan dari badan-badan tertentu, perbezaan usahawan dan peniaga, penerangan tentang jenis-jenis perniagaan, contoh artikel. jurnal serta kajian mengenai penglibatan pelajar dalam bidang perniagaan. | Usahawan ialah orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan, manakala peniaga ialah orang yang berniaga. Bagi maklumat berhubung dengan jenis perniagaan dan sebagainya, sila rujuk perpustakaan negara, institusi pengajian tinggi, persatuan perniagaan dan Kementerian Kewangan (Bank Negara Malaysia). | Makna | 13.02.2007 |
Apakah istilah yang biasa/boleh digunakan untuk "Money Market Dealer" dan "Foreign Exchange Dealer". Saya sudah cuba mencari di bahagian Carian Kata tapi tidak ada yang sesuai. Terima kasih | Istilah bahasa Melayu untuk "Money Market Dealer" dan "Foreign Exchange Dealer" ialah Peniaga Pasaran Wang dan Peniaga Pertukaran Asing. | Istilah | 06.09.2013 |
1)Karung guni itu dipenuhi buah-buah durian dari dusun Pak Mail. 2)Satu karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan sedang dijalankan di pentas legar pusat beli-belah itu. Tolong betulkan.Terima kasih. | 1) Karung guni itu dipenuhi buah durian daripada dusun Pak Mail. 2) Karnival jualan komputer oleh peniaga tempatan diadakan di ruang legar pusat beli-belah itu. | Tatabahasa | 29.06.2012 |