Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg menilai, pentaksir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang yg menilai; penaksir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penilai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Tuan/Puan yang dihormati. Saya ingin mengajukan soalan berkenaan terjemahan istilah "reviewer" dalam konteks kajian saintifik? Adakah istilah "penilai semula" sesuai bagi konteks ini? Juga, adakah istilah "penilaian setara" boleh digunakan sebagai terjemahan bagi "peer review"? Antara istilah "pengulas" dan "penilai semula", yang manakah lebih sesuai bagi "reviewer of a scientific journal"? Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu, iaitu penilai semula untuk reviewer dalam konteks kajian saintifik boleh diterima. Begitu juga dengan penialian setara untuk peer review. Namun begitu, kami mencadangkan “penilai semula” lebih sesuai digunakan untuk menilai penulisan jurnal yang belum diterbitkan, manakala “pengulas” untuk menilai jurnal yang telah diterbitkan.Penyemakan dan penterjemahan11.02.2018
Sebulan telah berlalu, saya cuma ingin tahu status manuskrip Memori Silam 1 dan Memori Silam 3. Terima kasih. Saya difahamkan ia hanya memakan masa 1 bulan untuk penilai menyatakan manuskrip tersebut layak diterbitkan atau tidak. Terima kasih.Manuskrip saudara telah diterima dan akan dibawa ke mesyuarat penilaian Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sasera Kanak-kanak, dan seterusnya akan dihantar kepada penilai luar, sekiranya kedua-dua mesyuarat dan penilai luar mendapati karya saudara layak untuk diterbitkan, pihak kami akan membawanya ke mesyuarat Jawatankuasa Editorial.Lain-lain18.06.2009
Soalan 1: Apakah istilah Bahasa Malaysia bagi istilah Bahasa Inggeris berikut: (1) inter-rater (2) intra-rater Jawapan Soalan 1: Sila kemukakan konteks penggunaan bagi istilah "inter-rater" dan"intra-rater" untuk pihak kami mencari padanan yang bersesuaian. Soalan 2: "inter-rater" dan "intra-rater" merujuk kepada "inter-rater reliability" dan "intra-rater reliability" dalam bidang statistik, di mana "reliability" ialah kebolehpercayaan. "inter-rater" adalah antara penilai, manakala "intra-rater" adalah "test-retest" pada penilai yang sama (sesama sendiri).Cadangan awal padanan "intra-rater reliability" dan "inter-rater reliability" ialah "kebolehpercayaan penilai dalaman" dan "kebolehpercayaan penilai antara". Istilah ini akan diperhalusi dan jika ada maklumat terbaharu kami akan menghubungi tuan melalui e-mel yang didaftarkan.Tatabahasa11.10.2018
salam sejahtera bagaimanakah caranya saya boleh mengetahui bahawa karya saya terpilih untuk diterbitkan.

Terima kasih kerana berminat dalam bidang penulisan. Untuk makluman saudara, setiap karya yang dihantar ke Dewan Bahasa dan Pustaka akan dinilai oleh editor dan penilai pakar untuk menentukan sama ada karya tersebut wajar diterbitkan. Pegawai projek akan memaklumkan kepada saudara secara bertulis sama ada karya tersebut diperakui penerbitannya oleh penilai. Untuk makluman saudara, sekiranya karya tersebut layak diterbitkan atas perakuan penilai, pengurus projek akan menyediakan laporan manuskrip untuk diajukan kepada mesyuarat Jawatankuasa  Editorial  dan Jawatankuasa Penerbitan untuk kelulusan penerbitan. Saudara akan dimaklumkan secara bertulis tentang keputusan daripada kedua-dua jawatankuasa tersebut.

Lain-lain11.03.2008
Saya memerlukan maksud dalam bahasa melayu yang paling tepat bagi istilah berikut: 1. severity - penggunaan istilah ini menunjukkan pemeriksa/penilai yang tegas. 2. leniency - penggunaan istilah ini menunjukkan pemeriksa yang pemurah atau baik hatiDBP tidak mempunyai istilah bahasa Melayu yang khusus untuk konteks yang diberikan. Kami berpendapat perkataan tegas, pemurah atau baik hati boleh digunakan dalam konteks yang diberikan.Istilah07.03.2016
Tuan/Puan, TERJEMAHAN “REAL ESTATE NEGOTIATOR” DI DALAM BAHASA MALAYSIA Merujuk kepada perkara di atas dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta Malaysia (LPPEH) seperti dalam lampiran 1. 2. Kami dari Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) ingin merujuk dan mendapatkan penjelasan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) apakah maksud sebenar terma “Real Estate Negotiator” di dalam Bahasa Malaysia. Sebarang jawapan dan maklumbalas daripada pihak tuan didahuli dengan ucapan terima kasih.Tuan,

Terjemahan dalam bahasa Melayu untuk 'REAL ESTATE NEGOTIATOR' ialah 'PERUNDING HARTA TANAH'. 

Terima kasih.
Makna26.02.2021
1. Kajian lepas menggunakan skala pengukuran "amat sangat tidak setuju" oleh penyelidik lalu. Item dan skala pengukuran bagi instrumen yang digunakan telah disahkan oleh pakar penilai dalam pembinaan item dan pengukuran. Antara kajian lepas yang menggunakan skala pengukuran "amat sangat tidak setuju" ialah: i. Garis panduan pembangunan media pengajaran berkonsepkanpenceriataan digital untuk tablet skin sentuh. Tesis UUM. ii. Kebolehpercayaan dan korelasi elemen multimedia dan antara muka tablet dalam menilai penceriataan digital. Artikel berindeks. Pengkaji diminta oleh pemeriksa tesis untuk mendapatkan pengesahan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk dimuatkan didalam tesis. 2. Mohon penerangan mengenai perbezaan antara: i. Jarang dengan sekali sekala ii. Sering dengan kerap Terima kasih.Penggunaan frasa yang betul ialah "sangat tidak setuju" atau "amat tidak setuju". 

 Perbezaan antara "jarang" dan "sekali-sekala" atau “sering” dengan “kerap”.  Menurut  Kamus Dewan Perdana makna perkataan "jarang" ialah tidak kerap atau tidak rapat kedudukannya antara satu sama lain, manakala “sekali-sekala” ialah ada masa atau ketika atau hanya sesekali sahaja. Perkataan “sering” dengan “kerap” juga tiada banyak perbezaannya. "Sering" ialah secara kerap atau selalu, manakala "kerap" pula bermaksud rapat sehingga tidak kelihatan sela antara satu sama lain atau rapat susunannya antara sama lain
Lain-lain06.01.2023
Saya ingin mengetahui ciri - ciri sebuah sastera yang baik.Sebuah sastera yang baik, sila baca: 1. Karya sasterawan negara kerana karya-karya tersebut telah dianggap bermutu oleh ahli panel penilai. 2. Karya yang menang hadiah kerana karya tersebut telah melalui proses penilaian. 3. Karya dalam majalah kerana semua karya tersebut telah melalui proses penyuntingan oleh editor.Lain-lain22.11.2007
Salam Sejahtera.. Saya ingin tahu mengenai proses penerbitan. Sekiranya status manuskrip ialah Jawatankuasa Penerbitan (JKP), berapa lamakah masa diambil untuk kelulusan? Yg kedua, apakah kriteria yang dibincang dalam JKP walhal telah dinilai oleh penilai pakar DBP? Dan proses apa dilakukan selepas dilulus JKP ? Terima kasih.Proses penerbitan terdiri daripada beberapa proses utama: Perancangan judul (perolehan manuskrip, penulisan), Editorial (penilaian, penyuntingan substantif, penyuntingan kopi, penyediaan manuskrip bersih), Pracetak (reka letak, atur huruf, semakan pruf, naskhah sedia kamera), Pencetakan, dan Penjualan/Pemasaran.

Mesyuarat JKP biasanya diadakan empat kali setahun.  Kelulusan judul diputuskan dalam Mesyuarat JKP bagi judul yang dilaporkan dalam mesyuarat tersebut. Walaupun  telah dinilai, laporan manuskrip perlu dimajukan ke Mesyuarat JKP  untuk pertimbangan kelulusannya. JKP merupakan punca kuasa untuk menerbitkan sesebuah manuskrip. 

Setelah manuskrip diluluskan oleh JKP, proses seterusnya ialah penyuntingan kopi, dan seterusnya seperti yang dijelaskan di atas.
Lain-lain30.03.2012
Saya dari Bahagian Penyelidikan dan Penerbitan, SEARCCT. Boleh saya dapat maklumat jika pihak DBP ada melantik external reviewer dan juga Editor untuk penerbitan jurnal DBP? Dan jika ada, adakah terdapat sebarang bayaran honorarium diberikan kepada mereka? Saya cuba untuk mencari jika terdapat sebarang garis panduan pembayaran mahupun pelantikan untuk External Reviewer dan juga Editor sesebuah penerbitan jurnal. Terima kasih.Ya. Pihak DBP ada melantik penilai luar bagi penerbitan jurnal.

Tanggungjawab Penilai

  • Melakukan penilaian secara objektif, adil dan profesional serta tanpa konflik kepentingan.
  • Memaklumkan kepada Ketua editor/editor jika berlaku pelanggaran etika penerbitan dalam makalah yang dinilai.
  • Memastikan makalah yang dinilai tiada unsur plagiat atau pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan sebelum ini.
  • Memastikan penilaian dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan dan memaklumkan kepada Ketua editor/editor jika memerlukan pelanjutan masa penilaian makalah.
  • Tidak membincangkan makalah yang dinilai kepada pihak lain tanpa kebenaran.
  • Penilai perlu menilai dari aspek kualiti, kerelevanan dan ketepatan makalah serta digalakkan untuk menyemak silang sitasi dan rujukan.
 
Untuk makluman juga, penilaian akan dilakukan dalam bentuk penilaian sulit berganda (double-blind review). 
  • Penilai akan menilai kualiti makalah (termasuk pemformatan, penilaian umum, pembentangan plagiat dan perbincangan serta data) dan memberikan cadangan, sama ada makalah boleh diterima, perlu diperbaik atau ditolak.
  • Penilai akan menyerahkan laporan penilaian bersama-sama ulasan terhadap makalah kepada editor.

Sila layari pautan ini http://jurnal.dbp.my/index.php/MalayLiterature/index atau menghubungi YBrs. Dr. Rosmani binti Omar ros_omar@dbp.gov.my, Ketua Editor Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lain-lain10.07.2025
123

Kembali ke atas