adakah perkataan berikut boleh digunakan: 1. kompetensi 2. fasiliti atau fisiliti 3. subkomponen 4. survival 5. persisten | Kompetensi boleh digunakan yang bermaksud kecekapan; fasiliti tidak digunakan, boleh digantikan dengan kemudahan; fisiliti kepada kefisilan (bidang Geologi); subkomponen boleh digunakan dalam perkara sukatan atau butiran; survival digantikan dengan hidup atau kewujudan atau peninggalan; persisten tidak digunakan, dan gantikan dnegan berterusan, berulang-ulang, atau tidak henti-henti. | Makna | 18.03.2008 |
apakah maksud "legasi" dan bagaimanakah contoh penggunaannya dalam ayat. terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat 'legasi' merupakan perkataan Indonesia Belanda yang bermaksud perwakilan negara di luar negara (tarafnya lebih rendah drpd kedutaan besar). Menurut Kamus Melayu Inggeris Dewan legasi membawa tiga maksud 1. pusaka, harta peninggalan (contoh ayat: Tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya.); 2. warisan (contoh ayat: Orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan kesusasteraan yang kaya kepada kita.); 3. kesan (contoh ayat: Kucar-kacir dalam masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan). | Makna | 10.01.2013 |
selam pagi. saya ingin bertanya pasal penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dengan lebih lanjut. berdasarkan apa yang aku belajar 7-8 tahu dulu, ialah -kata hununh antara subjek dengan frasa nama.Letah di hadapan frasa nama manakala adalah-kata yang menghubungkan antara subjek dengan frasa adjektif dan frasa sendi nama. adik aku yang kecil baru tingkatan 1 bertanyakan aku pasal pengguna sebenarnya kerana dia keliru tapi aku tidak dapat memberikan jawapan yang memuasakan. contoh ayah: 1)Rumah itu ialah/adalah rumah pusaka peninggalan ibu Osman. 2)Gunung kinabalu ialah/adalah gunung yang tertinggi di Malaysia. (contoh satu dan dua nampak sama tapi memberikan jawapan berlainain) bolehkan anda memberikan lebih lagi contoh untuk dua kata berkenaan. Terima kasih | Kata pemeri 'ialah' menunjukkan persamaan dan hadir dihadapan frasa nama, manakala 'adalah' menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. 'Adalah' juga boleh dijadikan kata penegas dalam ayat. Dalam kedua-dua contoh ayat yang diberikan, ayat yang betul menggunakan kata pemeri 'ialah'. Untuk penjelasan lankut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlm. 263 - 264. | Tatabahasa | 19.07.2010 |
Apakah maksud/ makna 'legasi'. Perkataan ini digunakan dalam buku yang saya baca 'legasi Mahathir'. kalau dilihat dalam kamus dewan, ia bermakna perwakilan negara di luar (tarafnya lebih rendah daripada kedutaan besar). Mohon penjelasan yang lengkap. Terima Kasih. | Cikgu Tajuddin terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.Cikgu nampaknya Cikgu hanya melihat maknanya daripada satu makna sahaja, jadi cuba Cikgu lihat makna yang diberikan ini. Saya rasa tentu Cikgu dapat jawapan yang diperlukan. Terima kasihn 1. bequest, pusaka, harta peninggalan; (tech) legasi: the land was a ~ from her grandparents, tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya; 2. heritage, warisan: the Elizabethans left us a rich ~ of literature, orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan kesusasteraan yg kaya kpd kita; 3. consequence, kesan (+ approp adj): the disruption of society is usually one of the legacies of war, kucar-kacir dlm masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan. | Makna | 21.05.2009 |