A. Seorang penjaja sedang menarik teh tarik? B. Seorang penjaja sedang membancuh teh tarik? Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang perbuatan menarik teh tarik, mana ayat yang sesuai? | Ayat yang betul ialah "Seorang pekerja sedang membancuh teh tarik". | Tatabahasa | 07.10.2013 |
apa kesalahan dalam ayat di bawah: 1. Tandas itu mereka rosakkan kerana tidak puas hati terhadap penjaja kedai itu. | Ayat yang betul ialah : Tandas itu dirosakkan oleh mereka kerana tidak puas hati terhadap penjaja kedai itu. Ayat ini merupakan bentuk ayat pasif diri ketiga. | Tatabahasa | 11.04.2008 |
Ahmad Aiman Nordin Jul 7th, 9:53am Penjaja minuman dikehendaki _______________________ daripada menggunakan pewarna yang tidak dibenarkan. A. memberhentikan B. memberhenti C. berhentikan D. berhenti Apakah jawapan yang tepat? Mohon jasa baik pihak DBP menerangkan waktu bila digunakan memberhentikan , memberhenti, berhentikan dan berhenti. Terima kasih. | Penjaja minuman dikehendaki berhenti daripada menggunakan pewarna yang tidak dibenarkan. Berhenti bermaksud tidak meneruskan lagi. Memberhentikan bermaksud menjadikan (menyebabkan) berhenti, seperti Ali memberhentikan basikalnya. Tidak ada perkataan memberhenti. | Tatabahasa | 07.07.2015 |
1. Bapa sedang menunggu kopi yang dibancuh oleh ibu. 2. Penjaja itu tawar-menawar dengan wanita itu. Adakah ayat ini betul? Terima kasih. | Betul. | Tatabahasa | 08.04.2010 |
Adakah penggunaan kata yang BERHURUF BESAR betul dalam konteks ayat ini? 1) BARISAN pokok-pokok pinang itu memisahkan tanah Pak Ali dengan Pak Seman. (barisan bermaksud "jamak"?) 2) Sikap penjaja yang menyorok barangan menyebabkan KURANG dalam pasaran. (sepatutnya kekurangan?) | 1) BARISAN pokok-pokok pinang itu memisahkan tanah Pak Ali dengan Pak Seman. Barisan bermaksud deretan dan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. 2) Sikap penjaja yang menyorok barangan menyebabkan kekurangan bekalan dalam pasaran. | Tatabahasa | 02.08.2013 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Mereka diarah oleh pihak polis supaya bertinggung. 2. Mereka beruniform semasa menyertai perarakan. 3. Bola lisut tidak popular di negara kita. 4. Penjaja itu membawa buntil yang berisi barang ke pasar untuk dijaja. Terima kasih. | 1. Mereka diarah oleh pihak polis supaya bertinggung. (Betul) 2. Mereka beruniform semasa menyertai perarakan. (Betul) 3. Bola lisut tidak popular di negara kita. Permainan bola lisut kurang popular di negara kita. 4. Penjaja itu membawa buntil yang berisi barang ke pasar untuk dijaja. (Betul) | Tatabahasa | 17.01.2013 |
Definisi perkataan "street food" dalam Bahasa Kebangsaan. Perkataan ini ditafsirkan secara berasingan dalam Kamus Dewan Bahasa dan secara literal boleh didefinisikan sebagai "makanan jalanan". Niat Pihak Berkuasa Negeri untuk memasukkan makanan-makan yang dijual oleh penjaja kecil termasuk di "food court". Pohon bantuan definisi yang tepat yang boleh digunakan | Untuk makluman, belum ada definisi yang khusus untuk "street food" dalam pangkalan data kami. Kami mencadangkan puan menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan definisi yang sesuai. Nombor telefon bahagian tersebut ialah 03-21479166/21479159/21479158. | Istilah | 22.07.2014 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Jangan membaca buku dalam cahaya yang malap. 2. Jurulatih melatih kami dengan tegas. 3. Bahan yang mudah meletup mesti dijauhi daripada api. 4. Kerusi-kerusi di dalam dewan telah disusun memanjang. 5. Dia menamakan kucingnya Si Comel. 6. Para penjaja takut akan Mak Cik Aishah yang suka menawar. 7. Pekerja itu didapati berniat menderhaka kepada / terhadap majikannya. 8. Mereka mengasingkan buah catur putih daripada / dengan buah catur hitam. Terima kasih. | Berikut merupakan ayat yang betul setelah pindaan dibuat. 1. Jangan membaca buku dalam cahaya yang malap. 2. Jurulatih melatih kami dengan tegas. 3. Bahan yang mudah meletup mesti dijauhi daripada api. 4. Kerusi-kerusi di dalam dewan telah disusun memanjang. 5. Dia menamai kucingnya Si Comel. 6. Para penjaja takut akan Mak Cik Aishah yang suka menawar. 7. Pekerja itu didapati berniat menderhaka terhadap majikannya. 8. Mereka mengasingkan buah catur putih dengan buah catur hitam. | Tatabahasa | 04.03.2013 |