Salam sejahtera dan terima kasih kerana membantu. Dalam konteks pembiayaan perdagangan asing, istilah "avalisation" merujuk kepada tindakan pihak ketiga (biasanya bank atau institusi kewangan) untuk menjamin obligasi pembayaran oleh pembeli kepada penjual mengikut terma kontrak jualan, bil pertukaran dll. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "avalisation" - bolehkah "penjaminan" diterima? | Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: avalisation - avalisasi Padanan ini merujuk kepada jaminan pembayaran oleh pihak bank ke atas tanggungan hutang oleh penghutang kepada pemberi hutang. Istilah ini sudah mantap digunakan di institusi perbankan dan kewangan. | Lain-lain | 10.02.2022 |
Salam sejahtera dan terima kasih kerana membantu. Saya ingin bertanya sekali lagi soalan saya bertarikh 10 Februari 2022 yang belum berjawab: Dalam konteks pembiayaan perdagangan asing, istilah "avalisation" merujuk kepada tindakan pihak ketiga (biasanya bank atau institusi kewangan) untuk menjamin obligasi pembayaran oleh pembeli kepada penjual mengikut terma kontrak jualan, bil pertukaran dll. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "avalisation" - bolehkah "penjaminan" diterima? Harap boleh mendapat jawapan pihak DBP dalam masa yang terdekat, terima kasih. | Padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: avalisation - avalisasi Padanan ini merujuk kepada jaminan pembayaran oleh pihak bank ke atas tanggungan hutang oleh penghutang kepada pemberi hutang. Istilah ini sudah mantap digunakan di institusi perbankan dan kewangan. | Lain-lain | 23.02.2022 |